Jenis-Jenis Kad Pengenalan di Malaysia
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat semua para pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai jenis-jenis kad pengenalan di Malaysia.
Semua sudah setia maklum, seseorang warga negara perlulah mempunyai kad pengenalan untuk mengesahkan kewarganegaraan mereka. Tak kiralah dari mana asal usulnya, setiap negara mesti mempunyai kad pengenalan ataupun lebih dikenali sebagai identification card (IC).
Bagi kita warganegara Malaysia, kad pengenalan kita yang dikenali sebagai MyKad adalah salah satu pengesahan kita sebagai rakyat Malaysia. Setiap warganegara Malaysia wajib mempunyai kad ini dan perlu dibawa kemana sahaja untuk pengesahan.
Namun, untuk makluman anda juga, terdapat beberapa kad pengenalan lain yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk rakyat dan permastautin di negara ini.
Bagi warganegara yang normal ataupun biasa, kita mempunyai kad pengenalan yang berwarna biru (MyKad) . Bagi permastautin tetap ianya berwarna merah (MyPR) dan bagi permastautin sementara ianya berwarna hijau (MyKAS)
Bagi anda yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pekara ini bolehlah menghubungi pihak Jabatan Pendaftaran Negara sendiri.
Semoga bermanfaat!
Kongsikan kepada rakan-rakan anda juga ya 🙂
Salam nak buat myPR hanya ade pasport je boleh Ke?