January 22, 2025
Hal-hal Semasa

Jom Membeli-belah di LINE Shopping!

Salam sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca blog saya yang budiman sekalian .Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. baiklah, tenangkan diri anda dan ayuh kita bersama saya dalam menulis tentang pengalaman terbaru shooping di LINE Shopping!

Oh! Sebelum kita berbicara lebih lanjut mengenai LINE Shopping, jom kita kenali dulu apa itu LINE.. Oh yeah jika anda kenal Fizo Omar, Nazim Othman dan Neelofa pastinya akan kenal aplikasi LINE ini kerena mereka bertiga adalah duta LINE di Malaysia ini. Iklan-iklan di televisyen yang dilakonkan oleh mereka bertiga sememangnya membuatkan saya lebih mengenali LINE. LINE adalah salah satu aplikasi dimana kita boleh menghantar pesanan kepada rakan kita secara PERCUMA! Ya memang percuma.

wpid-SC20140310-234643.png

Namun sekarang bukan hanya kita boleh menghantar pesanan ringkas secara percuma, malah kita juga boleh membeli-belah dalam aplikasi LINE! Feeling excited? Jom kita tambah dulu aplikasi LINE Shopping ini ke dalam senarai kenalan kita. Caranya cukup mudah.

1. Cari  LINE Shooping di  “Official Account”

line1

2. Tekan butang “Add Friends” dalam  LINE dan key in ID: @lineshoppingmy

line 2

3. Scan sahaja kod QR ini.

line 3

Mudah bukan? Sekarang jom kita tengok apa pula kempen yang sedang berlangsung di LINE Shopping ini. Untuk makluman semua, sekarang LINE Shopping sedang mengadakan 2 kempen iaitu 10X10 Super deal dan juga Name Your Own Price.

Name Your Own Price

Untuk kempen Name Your Own Price, kita dikehendaki mengisi apa jua harga yang tak popular untuk lebih berpeluang memenangi barangan yang ditawarkan. Isi nombor seperti biasa, namun kita kena pastikan hanya nombor tanpa simbol RM di depan. Sebagai contoh 12.34 dan bukannya RM12.34. Setiap orang hanya dibenarkan mengisi hanya sekali, dan penyertaan ditolak sekiranya didapati mengisi lebih dari sekali.

Untk makluman semua, dalam kempen Name Your Own Price ini, sememangnya semua barangan yang ditawarkan adalah eksklusif. Memang rambang mata yang melihatnya. Sebagai contoh semalam mereka menawarkan beg tangan Kate Spade Cobble Hill Andee. Memang mewah dan ekslusif tau beg tangan ini. Rugi kalau kita tidak turut serta dalam kempen ini.

wpid-SC20140310-234512.png

Dan yang menariknya, kita akan dimaklumkan sebelum tempoh kempen ini berlangsung. Supaya ada yang tidak terlepas peluang untuk turut serta.

wpid-SC20140310-234608.png

RM10 Rock Bottom Deal

Untuk makluman semua, kempen ini bukanlah scam ataupun skim penipuan. Mungkin ramai yang terkejut bila diberitahu harga barang-barang ni murah daripada biasa. Ada juga yang cakap scam juga bila kempen ini susah untuk diakses. Untuk makluman semua, kejadian susah di akses ini mungkin terjadi disebabkan trafik yang tinggi dalam satu-satu masa. Jadilah pengguna bijak, akseslah semasa talian tidak sibuk. Pastikan juga anda sentiasa periksa LINE Shopping untuk mengelakkan anda tertinggal sebarang kempen yang diadakan.

Ini kerana ada kempen yang harga ribuan ringgit dijual hanya RM10. Sebagai contoh Samsung Galaxy Tab 3 7.0 yang berharga RM999 dijual hanya RM10. Menarik bukan?

Selain kempen-kempen di atas, terdapat jugak perlbagai lagi tawaran istimewa untuk pengguna aplikasi LINE khasnya untuk pengguna LINE Shopping, antaranya seperti di bawah. Potongan harga berpuluh-puluh peratus untuk semua. Memang tidak patut dilepaskan peluang sebegini.

wpid-SC20140310-234542.png

Ayuh beramai-ramai kita muaturun aplikasi LINE dan tambah LINE Shopping kedalam senarai kenalan anda. Banyak lagi yang menarik untuk kita terokai bersama.

Untuk maklumat lanjut bolehlah layari di lama

SELAMAT BERBELANJA!

*Ini adalah sponser post*

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Jom Membeli-belah di LINE Shopping!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *