Jenis Iklan ChurpChurp
Jenis Kempen Iklan ChurpChurp (Type of Rewards)
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sedang membaca blog saya yang tidak seberapa ini. Semoga semuanya sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah kali ini ingin saya ceritakan sedikit sebanyak mengenai kempen yang dijalankan di ChurpChurp.

Mungkin anda tetanya kenapa tetiba saya nak cerita pasal kempen  churpchurp ini. Ini adalah disebabkan banyak sangat pertanyaan yang diajukan kepada saya oleh kenalan dekat-dekat. Jadi saya ambil peluang ini untuk menerangkan kepada anda semua. Lepas ini kalau ada yang tanya saya lagi, saya bagi jer terus link blog ni biar dia baca sendiri. haha. Malas nak explain benda yang sama berulang kali.
Antara soalan yang biasa diaju,
“Seeding tu apa bro?”
“Macamana churpchurp ni bayar ek?”
“Macamana nak join churpchurp nih?
“Yang iklan banyak-banyak kau share kat fb tu amende? Kau kerja ngan company tu ker?”
YANG PALING PARAH:
“CHURPCHURP TU APE YA?’

Tak tahu la nak explain macamana lagi. Padahal dah bergunung dah entri ditulis oleh pelbagai blogger di alam maya ini. Just tanya Encik google sahaja, konform dapat jawapannnya. Namun sebagai seorang blogger, kena sabar dalam melayan kerenah kekawan kita yang masih baru dalam arena media sosial ini. Layan sahajalah.
Baiklah kembali kepada topik asal, mungkin ada yang masih tertanya-tanya apa maksud semua reward yang tertulis ini,
Jawapannya adalah ini merupakan jenis ganjaran yang diberikan kepada Churpers (iaitu kita) sekiranya mengikut segala tugasan yang diberikan.
Social Share
Yang ini kempen yang biasa kita lihat. Kempen ini Churpers dikehendaki menyiarkan iklan di mana-mana platform media social dan bayaran diberikan 20 sen untuk setiap Unique View (kadang-kadang ada 40 sen)
Contohnya,
Social Seeding
Untuk kempen yang ini, para Churpers dikehendaki untuk mencipta tweet (compose tweet) dan hantar draft. Pabila draft diluluskan barulah iklan itu boleh disiarkan di facebook atau twitter kita. Kita akan dibayar mengikut bilangan teman facebook kita. (Makin ramai kawan di faceook, makin banyak la bayarannya)
Contohnya,
Snap Share
Bagi kempen ini pula, Chupers dikendaki untuk berkongsi gambar di Instagram mengikut spesifikasi kempen yang dijalankan. Biasanya untuk kempen ini, sebanyak RM2.50 dibayar untuk setiap keping gambar yang menepati kreateria kempen.
Contohnya,
Campaign Seeding
Dalam kempen ini, terdapat beberapa pula pecahannya. Dalam kategori ini terdapat beberapa sub-kempen iaitu ‘Churp Live and Loud’ dan IStagram Seeding. Untuk Churp Live and Loud biasanya ganjaran RM100 diberikan untuk beberapa tugasan mudah. Seperti update kempen di facebook, twitter mahupun Instagram. Manakala instagram seeding pula semestinya updated gambar kat instagram kan..haha. Takkan kat witter pula. Dan untuk kempen ini juga dibayar mengikut bilangan followers kita. Makin ramai followers, makin tinggi la bayarannya. 🙂
Contohnya
Churp Live and Loud
Instagram Seeding
Penerangan versi video
Semoga penerangan serba sedikit mengenai segala ganjaran yang diberikan oleh Churpchurp terjawab sudah. Semoga anda memahami penulisan saya yang ringkas ini. Jika anda yang masih ragu dan ingin bertanya lagi? Komen sahaja di bawah dan saya akan balas.
Dan buat yang masih belum join ChurpChurp, bolehlah turut serta dengan menekan pautan ini.
Tekan di sini
Happy Churping!
AM: Masih belajar dan terus belajar..
“
O… macam itu rupanya,baru faham.
Begitulah alkisahnya…
Hye, I’m a new blogger 🙂 Salam perkenalan, Mohon singgah blog saya 🙂
Dah singgah. Mohon selalu datang sini juga
Saya agak lambat sertai ChurpChurp. Sudah pernah cash out dari hasil churping ini. 🙂
Saya pun lambat juga, tapi better late then never kan? hehe
alhamdulillah, rezeki dengan churpers pulok loni 🙂
Alhamdulillah, ado la sikit dari takdop lasum tuh
Untunglah org tu anak emas hehehe.. lepas ni byk job lagi lah dari Churp Churp…
Aminn.. Semoga kita semua sukses lagi lepas nih.. Tak mau cantas-cantas k..haha
nak tanye gak churp churp tu apa..hihihi
hahaha.. Sejenis burung biru..hehe
haha macam tau je entri ni muncul sebab apa? :p
Thanks bro
Sebab kamu tanya la.. Lagipun ramai yang sok tanya gak…hahaha
Wah tak pernah tau pun jenis2 iklan churp2 ni
oh macam best je 😀
Memang best!
kenapa sekarang takboleh share rewards dah ?
tersinggah sini. good idea
Bagus nie.. Nak aktif SmlA laa.. hee.. tq