Jom Mengimbau Nostalgia Kampung di Warna-Warni Aidilfitri Kompleks Kraf
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi semua. semoga anda semua berada dalam kedaan sihat sejahtera hendaknya. Kita semua telah memasukki fasa kedua untuk Ramadan pada tahun ini. Cepat sungguh masa berlalu sehingga tidak sedar akan Ramadan telah memasuki fasa kedua.
Oleh yang demikian, moga kita semua dapat memperbanyakkan lagi amal ibadah kita. Sempena Ramadan ini juga, pihak Kraftangan Malaysia, iaitu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia mengadakan kempen promosi Warna-Warni Aidilfitri. Pada tahun ini merupakan tahun yang ke-13 penganjurannya.
Terdapat pelbagai barangan yang diketengahkan dalam kempen ini antaranya produk kraf tempatan, seperti busana raya, perhiasan dan aksesori, peralatan dan kelengkapan, juadah raya, dekorasi, dan hiasan rumah sehinggalah kepada biskut raya dan bingkisan raya.
Nolstagia Kampung merupakan konsep sambutan Warna-Warni 2017 yang membawa kembali kenangan berhari raya di kampung dengan penerapan unsur-unsur kemeriahan, kerjasama serta uniknya beraya di kampung walaupun berada di perantauan dan kepada yang tidak berkesempatan beraya di kampung konsep ini memberi pendidikan dan nilai-nilai murni sambutan hari raya Aidilfitri.
Sempena penganjuran ini, ianya memberi peluang kepada usahawan kraf dan usahawan perkhidmatan yang lain dalam memasarkan produk terus kepada pengguna dan pengunjung yang secara tidak langsung membantu menjana sumber ekonomi.
Promosi ini juga membawa pengalaman membeli belah yang lain dari yang lain dengan menawarkan produk kraftangan sebagai produk utama di samping memberi keselesaan membeli-belah di bawah satu bumbung. Warna-warni Aidilfitri ini juga diserikan dengan aktiviti menarik serta kemudahan berbuka puasa di bazar Ramadan dan beramal ibadat.
Antara aktivti yang dijalankan adalah:
- Jualan Kraf dan Perkhidmatan Aidilfitri
- Pameran dan Jualan Produk Rekaan Baru Aidilfitri
- Pameran Kraf Warisan Aidillfitri
- Demonstrasi Produk Kraf
- Interaktif Kraf- Adunan Kraf Memeriahkan Raya
- Aroma AidilFitri / Fresh From Oven
- Gema Aidilfitri
- Aktiviti Galakan Pengunjung
- Cabaran Rentap Raya
- As Salam Ya Ramadan
- Gaya Raya
- Lawatan Berpandu Berkumpulan.
Diharapkan agar penganjuran aktiviti seperti ini dapat memberi banyak pilihan kepada pengguna, terutama pengguna yang menggunakan produk kraf dalam persiapan menyambut lebaran ini. Semoga penganjuran aktiviti seperti ini dapat meningkatkan lagi pengunjung yang berkunjung ke Kompleks Kraf Jalan Conlay.
Selamat Hari Raya!
Bagus program anjuran sebegini banyak boleh dapat pengetahuan juga
ya. Demi untuk memastikan anak-anak remaja kita tak lupa kemeriahan beraya di desa