March 18, 2025
Travel

Apa Itu Cukai Pelancongan (Tourism Tax) ?

Asslamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca sekalian .Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Cukai Pelancongan ataupun Torism Tax.

Kecoh hari ini apabila kerajaan mengumumkan untuk mengenakan cukai pelancongan ini kepada para pengunjung yang menginap di mana-mana hotel di dalam Malaysia. Tak kiralah anda rakyat Malaysia ataupun pengunjung luar negara. Bayar tetap kena bayar. Ada yang bersetuju dan tidak lupa juga ramai yang membantah. Namun tahukah anda apa itu Cukai Pelancongan yang dikenakan oleh kerajaan ini?

Cukai Pelancongan (Tourism Tax)

Cukai pelancongan adalah cukai yang dikenakan oleh pihak hotel kepada para pengunjung berdasarkan tempat pengipan yang mereka duduki.

Bila?

Cukai ini akan mula dilaksanakan pada 1 Ogos 2017. Namun pendaftaran premis penginapan bermula pada 1 Julai.

Siapa?

Badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan cukai ini adalah pihak Kementerian Kewangan Malaysia dan juga Kastam Diraja Malaysia

Kenapa?

Cukai ini dilaksanakan untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengunjung. Duit kutipan cukai ini akan digunakan dalam proses mengindahkan dan mencantikan kawasan tumpuan pelancongan. Selain daripada itu, ianya juga akan dimanfaatkan untuk kemudahan pelancong seperti menaik taraf kemudahan dan fasiliti.

Berapa?

Cukai yang dikenakan ini bergantung kepada taraf penginapan yang anda duduki.

5 bintang; RM20/malam/bilik

4 bintang: RM10/malam/bilik

1/2/3 bintang: RM5/malam/bilik

Tanpa bintang: Rm2.5/malam/bilik

Bagaimana?

Cukai ini adalah tambahan kepada cukai dan bayaran sediaada seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan servis charge (10%) yang biasa dikenakan oleh pihak penyedia penginapan. TAMBAHAN ya kawan-kawanku sekalian. maka makin bertambah la nilai bayaran anda nanti.

Semoga anda berjaya merancang apa jua perjalanan anda. Jangan telebih bajet sudah. Namun saya percaya apa yang dilakukan oleh kerajaan ini bakal memberikan manfaat yang lebih baik dalam industri pelancongan di Malaysia.

Malaysia, Truly Asia!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *