December 13, 2024
Travel

Jom Bercuti di Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca. Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua tempat menarik di Malaysia. Oh! Musim perayaan dah semakin hampir, jadi bolehlah anda merancang untuk percutian anda.

Pada kali ini saya ingin kongsikan dengan anda tentang Melaka. Bandaraya Melaka, bandaraya bersejarah merupakan ibu negeri Melaka, Malaysia. Bandaraya ini merupakan bandar ke-8 diwujudkan di selatan Malaysia. Bandaraya ini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia 2008.

Bandaraya Melaka terletak berhampiran muara Sungai Melaka yang mengalir ke Selat Melaka. Kawasan bandar bersejarah yang terletak berhampiran dengan pantai, termasuk Bukit St Paul dengan runtuhan kubu Portugis, A Famosa.  

Casa Del Rio adalah pilihan paling tepat bagi anda yang mahukan penginapan serba mewah dan eksklusif sejajar dengan status 5 bintang hotel butik berkenaan yang terletak No.88 Jalan Kota Laksamana, 75200 Melaka, Malaysia mengadap panorama indah Sungai Melaka penuh bersejarah!

Menampilkan ciri bangunan agak unik berkonsepkan Mediterranean yang turut menggabungkan kehebatan sentuhan seni bina Melaka,China, Arab, Portugis serta Belanda hakikatnya kewujudan Casa Del Rio telah menjadi ikon kebanggaan Melaka yang diletakkan di tangga ke 28 dari 45 tempat yang mesti dilawati tahun ini oleh The New Yorks Times  terbitan 6 Januari 2012.


Casa Del Rio Melaka menawarkan 66 bilik penginapan mewah yang menampilkan ciri-ciri sentuhan dekorasi dan fasaliti yang berbeza pada setiap bilik. Anda juga boleh merehatkan badan seketika di Satkara Spa yang menawarkan teknik urutan tradisional seperti Shiatsu, Lomi Lomi, Thailand, Bali atau Sweden. So kalau badan lenguh lenguh tu dan rasa nak berehat, tunggu apa lagi bolehlah rehatkan bdan ke spa yang diberitahu tu. Jangan lengah lengah lagi. Mesti lepastu terasa segar badan anda. Baru seronok nak bercuti kan?

Kelainan juga dapat anda rasakan bila melangkah masuk ke Bar Rio, River Cafe atau River Grill bagi menikmati sajian makan malam atau sekadar minum petang dengan pelbagai pilihan menu antarabangsa atau tempatan. So takperlu anda risau tentang makanan. Anda boleh pilih pelbagai jenis makanan yang anda inginkan. Seperti syurga makanan. Makan sampai kenyang. Dengan rasanya yang sangat umph. Memang anda akan menghargai makanan yang sedap sehingga menjilat jari. Seriously memang sedaplah jadi anda tak payah nak keluar cari tempat makan best best. Dalam ni pun anda boleh dah dapat yang buatkan perut anda terasa bahagia.

Bilik yang menghadap Sungai Melaka

Setanding dengan statusnya sebagai hotel butik 5 bintang, Casa Del Rio Melaka telah mendapat anugerah Go Green. Salah satu bilik yang selesa di Casa Del Rio adalah jenis Studio Lago King yang memiliki pemandangan terus ke Sungai Melaka melalui private balcony.

So kalau ada pasangan yang nak honeymoon tu bolehlah kan pilih bilik ni. Sweet gitu. Sesuai sangat dah tu kalau pasangan nak honeymoon pilih bilik ni. Memang selesa dan sangat sangat menarik.  Bilik  ala mediterania ini ukurannya lebih luas dibanding Bilik Deluxe Lago. Gaya hiasan dan kualiti yang tinggi dan furniture kayu mendominasi hampir seluruh ruangan bilik.

Ditambah lagi lantai kayu menambah kesan mewah ala mediterania. Tak ingin rasanya keluar bilik. Bagi saya keseronokan menginap dihotel lima bintang adalah  sangat sangat memuaskan hati. Jadi kalau nak honeymoon dalam malaysia pun boleh je. Bawak pasangan anda ke hotel ini. Confirm jatuh cinta tiap hari.

Salah sebuah bilik yang terdapat di sini.

Casa Del Rio menjadikan Melaka River Cruise ini sebagai salah satu atraksi pilihan bagi penghuni hotel dan tentunya dapat menggunakan Jetty milik hotel sendiri. Harga tiket Melaka River Cruise.

Selain River Cruise menyusuri sungai Melaka, ada begitu banyak tempat-tempat lawatan menarik yang boleh kita kunjungi di Melaka dan tak jauh pula dari Casa Del Rio. Kamu juga boleh ke Chruch Christ Melaka yang cuma berdekatan dengan hotel. Cuma lima minit perjalanan, anda akan terpegun dengan melihat seni bangunan bersejarah di serata anda. Memang tak salah UNESCO  menobatkan Melaka sebagai satu World Heritage City.

Memilih hotel yang baik adalah pilihan anda dan hak anda. Tapi memilih hotel yang selesa sesuai dengan gaya kehidupan anda dan membuatkan percutian anda bermakna adalah sangat penting. Sebabtu saya sarankan Casa Del Rio sebagai hotel percutian anda. Dengan layanan lima bintang pasti akan berasa seperti taknak balik rumah. Rasa macam nak stay sini terus ja. So tunggu apa lagi jom book Casa Del Rio Melaka package online.

Jom bercuti!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *