Ressa Herlambang dan Artis Malaysia ke Indonesia
Artis Malaysia Sukar Untuk Melebarkan Sayap ke Indonesia
Assalamuaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Pada entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai seputar industri hiburan di Malaysia dan Indonesia.
Semua sedia maklum bahawa pasaran di Indonesia amatlah besar kerana jumlah penduduknya amatlah ramai. Jadi tak kira apa jua keadaan, mereka pasti mempunyai lebih banyak pasaran berbanding Malaysia.
Nah! Oleh yang demikian, Hessa Herlambang, seorang artis yang cukup terkenal di Indonesia hadir ke Malaysia untuk mengwar-warkan kepada media dan umum bahawa beliau telah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu. Tanggungjawab yang dimaksudkan adalah membawa artis Malaysia untuk meneroka pasaran Indonesia.
Dengan lebih 1 bilion penduduk, saya yakin yang jika marketing dan teknik yang betul, ianya bakal memberikan pulangan yang lumayan kep[ada artis Malaysia. Saya sendiri mlihat dekat senario yang berlaku di Malaysia. Penduduk negara kita adalah lebih kurang 31 juta. Namun hanya 65% adalah komuniti yang mendengar lagu bahasa Melayu.
Dahla negara kita penduduknya sedikit, tambah lagi dengan pecahan kaum yang sebegini. Namun semua ini tidak berlaku di Indonesia. Pasaran yang luas amatlah sesuai untuk diterokai. Lagipun di sana bahasa pertuturannya tidak jauh berbeza dengan kita di sini.
Menurut Ressa,
“Inilah misi terbaru saya setelah 12 tahun berjuang sebagai orang seni. Dengan pengalaman dan hubungan baik dengan pihak media serta badan penyiaran di Indonesia, saya akan memanfaatkan untuk mengetengahkan bakat-bakat baru dari Malaysia selain Indonesia sendiri.”
“Ia tentunya membabitkan sejumlah pelaburan yang bersesuaian di pihak yang berminat unutk bekerjasama dengan kami dan kami akan menyusun agenda penerbitan, promosi dan persembahan dengan sebaik mungkin.”

“Langkah ini diharapkan dapat melupuskan stigma bahawa karya dan lagu-lagu dari Malaysia sukar untuk menembusi pasaran Indonesia. Bagi saya lagu atau karya itu tiada masalah.”
Semua saudah sedia maklum bahawa hanya segelintir sahaja atris kita yang berjaya dikenali di sana berbanding artis mereka yang lebih dikenali di sini. Nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Shiela Majid, Search dan Slam antara nama yang sudah dikenali di sana.
Jadi Ressa berharap agar lebih ramai lagi artis Malaysia yang tampil ke depan untuk bekerjasama dengan syarikatnya RH Productions untuk menembusi pasaran Indonesia.

Turut hadir pada hari tersebut adalah bakat baru yang bernaung di bawah RH Productions. Artis tersebut adalah Fedi yang hadir dengan single pertamanya iaitu Jatuh Cinta. Fedi merupakan artis pertama bernaung dibawah label NH Productions.
Pada usia yang baru sahaja mencecah 17 tahun, suara lunak dan besar Fedi dijangka bakal mengegarkan arena seni Indonesia bahkan di Malaysia dengan bakatnya yang luar biasa.
Jom kita saksikan sedikit video lirik terbaru Fedi.