March 23, 2025
Lain-Lain

Kafe Sarawak Johor Kuala Lumpur – Bufet Ramadan 2022

Bufet Ramadan Kafe Sarawak Johor Kuala Lumpur | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Bufet Ramadan Kafe Sarawak Johor di Kuala Lumpur.

Saya sedang berbuka di kafe Sarawak Johor
Saya sedang berbuka di kafe Sarawak Johor
Kafe Sarawak Johor

Buat anda yang penggemar makanan dari Sarawak dan Johor, inilah tempat yang sesuai untuk anda berbuka puasa. Saya sendiri memang penggemar laksa dan juga mee kolok dari Sarawak. Susah betul nak jumpa yang authentic dan sedap seperti di Sarawak di Lembah Klang ini. Namun kali ini saya berjaya jumpa restoran yang memberikan rasa yang sama seperti di Sarawak.

Rupanya pemilik kepada tempat makan ini merupakan anak jati Sarawak. No wonder la rasa masakan memang asli dari sana. Serius sedap mee kolok dan juga laksa Sarawak. Saya memang rekemen kepada semua yang teringin untuk mencuba masakan Sarawak.

Tak lupa juga makan yang memang popular dari Johor juga dibawakan dalam menu bufet pada kali ini. Antaranya adalah lontong, soto, ikan cencaru sumbat. Yangi ni memang terbaik. anda wajib cuba sendiri.

Menu di Kafe Sarawak Johor

Untuk menu di sini, mereka menyajikan pelbagai menu yang popular dari Sarawak dan Johor. Yang pastinya sajian yang dipamerkan sesedap rasanya. Memang puas hati. Untuk menu dari Sarawak, ada menyajikan Mee Kolok/Goreng, Laksa Sarawak, Kuih Penyaram.

Mee kolok kering
Kuih penyaram

Manakala untuk menu Johor ada Lontong, Soto, Asam Pedas Ayam, Ikan Cencaru Sambal Terutuk.

ikan cencaru sumbat sambal di kafe Sarawak Johor
Ikan cencaru
Asam pedas ayam

Untuk pencuci mulut pula mereka ada menyediakan bubur of the day seperti bubur kacang hijau, sate, ulam-ulaman.

Seri Muka di kafe Sarawak Johor
Kuih Seri Muka
Onde-onde di kafe Sarawak Johor
Onde-onde

Tak lupa juga air. Terdapat air sejuk dan juga panas untuk para tetamu.

Harga Bufet Ramadan

Untuk makluman semua, bufet ramadan 2022 di sini bermula dari 9 April 2022 sehingga 2 Mei 2022. Bufet ini bermula dari pukul 6.30 petang sehingga pukul 9.30 malam.

Berikut adalah harga yang ditetapkan untuk bufet Ramadan di sini.

Harga bufet:
RM48.90 – Dewasa
50% – Kanak-kanak 6tahun kebawah

Untuk reservation & pertanyaan: wasap.my/+601154102298/BuffetRamadhan

📍Kafe Sarawak Johor (D’Sungai Cafe)Jalan 1/64D Off Jalan Putra 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Teruskan membaca blog amirnawawi.com!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *