October 14, 2024
Travel

Ke Kundasang Sabah Menggunakan Pengangkutan Awam

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda smeua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua cara-cara untuk anda ke Kundasang Sabah menggunakan pengangkutan awam.

Semua maklum akan ramai yang teringin nak melancong dalam negara tapi cuba untuk jimatkan duit daripada menggunakan perkhidmatan travel agency, jadi ada yang mengambil pilihan untuk travel dalam keadaan bersendirian ataupun redah je semua sendiri.

malindo kota kinabalu

Lagipun sekarang untuk tiket dari Semenanjung ke Borneo tiada la mahal sangat jika dibandingkan dengan dulu. Tambahan sekarang bulan kemerdekaan, banyak promosi yang dilakukan oleh pihak syarikat penerbangan untuk menghubungkan Sabah, Serawak dan Semenanjung Malaysia. Mengeratkan silaturahim gituh.

gunung kinabalu

Pertengahan bulan lepas sempat la saya berkunjung ke Sabah, itupun plan 2 3 hari sahaja. Tiket pergi balik dalam RM200 sahaja. Kalau dulu memang mahal, tapi sekarang baguslah pihak syarikat penerbangan buat macam ini, walaupun jauh tapi kalau penerbangan domestik, murah juga la tiketnya.

Jadi berbalik kepada tajuk entri, bagaimana nak guna public transport untuk ke Kundasang ini. Kundasang merupakan antara tempat yang wajib pergi kalau anda smeua berkunjung ke Sabah kerana di sini letaknya Gunung Kinabalu yang menjadi sebutan ramai. Mana tidaknya ianya merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara.

gunung kinabalu 2

Setibanya anda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), anda boleh mengambil airport bus ke Terminal Wawasan Padang Merdeka. Bas ulang alik setiap 30 minit ini hanya berharga RM5 untuk seorang.

Dari terminal Padang Merdeka ini ada pelbagai pilihan untuk ke Kundasang antaranya mini bas dan juga teksi. Bagi bus mini  dan teksi ini harga tambangnya ialah RM20 untuk satu kepala. Jadi bolehlah anda buat pilihan nak naik yang mana. Kalau pergi ramai tu boleh la guna teksi. Lagi cepat kan.

Jadi total untuk berkunjung ke sana adalah RM25 dari lapangan terbang. Kalau ramai-ramai tu elok juga sewa sahaja kereta, mudah nak berjalan ke sana sini. Tapi kalau solo, ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda berjimat!

 

Have fun in Sabah uolls… 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Ke Kundasang Sabah Menggunakan Pengangkutan Awam

  • Mirrr xdpt pon mybud202 kak dah try wat..dah downld apps oyo tu pon..hgra xdpt pon murah mcm u

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *