Sekolah Tahfiz Moden di Kajang, Pertama Seumpamanya di ASEAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai sebuah sekolah tahfiz yang berada di Kajang.
Sebelum ini saya telah menonton video mengenai sekolah ini di Facebook. Wow! agak tertarik juga dengan segalal kemudahan yang ada disekolah ini. Ialah kalau berbicara tentang sekolah tahfiz ataupun pondok ini kita masih lagi skeptikal dengan keadaan sekolah tersebut. Namun sebenarnya segala kaedah pembelajaran sekolah tahfiz sekarang sudah lebih baik sesuai dengan peredaran zaman.
RizQ Islamic School juga tidak ketinggalan dalam memastikan pembelajaran sekolah tahfiz ini tidak seperti dahulu kala. Kaedah pengajaran mereka cipta untuk memastikan pelajar mereka membesar secara holistik dari segi kerohanian dan juga ilmu duniawi. Kaedah pembelajaran yang mereka gunakan adalah seperti di Finland dan Jepun. Sekolah ini diasaskan oleh anak-anak muda Gen Y iaitu Abdullah Firdaus Abd Jalil (29 tahun), Dr Shiefa (27 tahun), Mohd Azzizat Abd Rahman (28 tahun) dan Khairul Azwan Mohd Shafee (24 tahun)
Mereka menggunakan konsep play based learning yang lebih merangsang minda anak-anak di awal pembelajaran. Tidak terlalu membebankan mereka dengan kerja rumah pastinya akan lebih membuatkan anak-anak gembira untuk terus belajar di skolah ini. Walaupun sekolah ini merupakan sekolah swasta namun mereka menggunakan silibus pembelajaran daripada Kementerian Pendidikan. Segala peperiksaan besar juga akan dilangsungkan disekolah ini kerana mereka berdaftar dengan pihak kementerian. Jadi belajar di sini, ambil peperiksaan pun di sini.
RizQ Islamic School mempunyai 16 buah kelas, auditorium, gym, playroom area, art room, dewan, bilik permainan, padang bola dan banyak lagi kemudahan asas yang lain. Setiap kelas dilengkapi dengan penghawa dingin dan Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa pengantara di sekolah. Setiap kelas hanya akan memuatkan kira-kira 20 pelajar. Ini adalah untuk memastikan setiap pelajar mendapat tumpuan sepenuhnya daripada tenaga pengajar. Murid lebih cepat faham dengan fokus yang tertumpu kepada mereka lebih kerap oleh para guru. Kelas akan bermula pada pukul 8 pagi sehingga 4.30 petang. Bagi mereka yang tinggal di sekitar Kajang, Bangi dan Putrajaya, pihak pengurusan RizQ Islamic School ada menyediakan khidmat pengangkutan untuk mengambil dan menghantar pelajar ke sekolah.
Selain itu, di RizQ Islamic School ini juga iPad juga akan digunakan sebagai alat bantu mengajar spesifiknya dalam subjek Hafalan/Hafazan Al-Quran memang buat sekolah ni lagi unik dan berbeza konsep pembelajarannya. Untuk melengkapkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang ditetapkan, lima subjek islami dari Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memang RizQ Islamic School sediakan di sekolah ini iaitu subjek Tauhid, Feqah, Akhlak, Sirah, Khaf & Imla’.
Tidak hanya subjek tersebut diajar, terdapat juga subjek lain yang terapkan iaitu subjek Astronomi dan juga Robotik. Anak-anak kita sejak kecil lagi akan diterapkan dengan ilmu ilmu sebegini seterusnya dapat mengembangkan lagi minda mereka. Menarik bukan?
Yuran pengajian untuk sekolah ini hanyalah RM600 sebulan unutk lower grade dan RM700 sebulan untuk upper grade. Namun untuk pendaftaran 100 yang terawal akan mendapat potongan harga istimewa iaitu hanya RM580 sahaja untuk 3 tahun. Wah!
Sesi pertama persekolahan akan bermula pada Januari 2017 dengan sasaran 300 pelajar sebagai permulaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang pendaftaran, yuran dan sekolah boleh terus hubungi
RizQ Islamic School (RIS)
Wisma RIZQ, Lot 1456-2,
Jalan Cempaka OFF Jalan Teratai,
Kg Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor.
Contact Number:
+603 8912 0447
atau
+6018 961 1615 (whatsapp)
Website:
Facebook:
Instagram:
Twitter:
Alhamdulillah, nampak moden dan elegant 🙂