October 11, 2024
Lain-Lain

Cukuran Lebih Sempurna Dengan Seleksi Gillette Mach3

Hi dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan sendiri pengalaman saya menggunakan pencukur Gillette Mach3 ini.

gil

Semua sedia maklum yang lelaki zaman sekarang amatlah mementingkan penjagaan penampilan diri. Kelihatan segak setiap masa merupakan satu kemestian. Mana tidaknya, penampilan diri merupakan first impression orang untuk berurusan dengan kita. Saya juga tidak berkecuali. Berjumpa pihak klient setiap hari pastinya perlu untuk saya titik beratkan soal penjagaan diri saya.

Lelaki pada asasnya perlu untuk bercukur sekurang kurangnya 2 kali sehari. Ini adalah untuk kelihatan bersih di muka. Jika lebih daripada itu, bulu-bulu mulai tumbuh dimuka dan menjadikan kita tidak kelihatan kemas.S aya juga mengamalkan rutin bercukur setiap hari.

Rutin kebersihan lelaki tidak sama seperti wanita. Lelaki lebih pentingkan kepantasan dalam membuat sesuatu pekara. Soal sahaja tentang waktu mandi, semua sedia maklum yang masa diambil untuk lelaki di dalam bilik air adalah lebih cepat berbanding wanita. Ini adalah kerana lelaki melakukan sesuatu dengan pantas temasuklah bercukur.

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri! Paling lama untuk lelaki di dalam bilik mandi adalah 5 minit. Hahaha. Ini adalah fakta. Jadi untuk bercukur perlulah menggunakan sesuatu yang sesuai supaya tidak berlaku apa jua masalah terhadap kulit muka.

DSC02238

Bercukur dengan cepat biasanya akan menjadikan cukuran kita tidak licin dan kemas. Itu belum lagi jika hendak berbicara tentang kesan selepas bercukur. Jika sebelum ini saya menggunakan pisau cukur biasa yang murah harganya. Sekali guna lepas itu dibuang terus. Kadang-kadang masih menggunakan berkali-kali walaupun bilahnya sudah tumpul. Lelaki! Itulah kalau bab kemalasan dalam menitik beratkan penjagaan diri dialah juara.

Akhirnya kesan dari kemalasan diri sendiri ini mengakibatkan kulit merengsa dan kadang-kadang luka terhadap bibir. Saya sendiri pernah mengalaminya.Ini berdasarkan pengalaman peribadi. Nak cepat punya pasal, dengan pisau yang tumpul akhirnya kulit sendiri yang merana. Kesan merah dan luka terjadi dan menyakitkan!

Namun sekarang dengan adanya Gillette Mach3 ini segala masalah yang saya sebutkan dapat diatasi. Gillette Mach3 baharu sekarang datang dengan bilah pencukur yang lebih tajam dan jalur pelincir yang dipertingkatkan untuk memberi hasil cukuran dan kulit yang hebat berbanding pencukur pakai buang biasa.

Syukur setelah saya mengetahui tentang kebaikan menggunakan pencukur Gillette Mach 3 ini saya terus jatuh cinta dengannya.Pagi saya lebih efisien dengan cukuran yang lebih lancar.

Gillette Mach 3 menumpukan kepada cukuran yang hebat untuk membolehkan lelaki mendapatkan kulit yang hebat. Pertamanya ia adalah pisau cukur tiga bilah dimana bilah pencukur yang pertama menarik rambut keluar dari folikel kulit untuk membenarkan 2 bilah yang lain mencukur rambut hingga ke dasarnya. Ini akan memberikan cukuran yang lebih licin dan kemas.Setiap pisau cukur Gillette boleh digunakan sehingga 10 kali. Berbaloi bukan?

gillette-1

Ia juga mempunyai pemegang spring individu yang melaras tekanan pencukuran dan jenis kulit yang berbeza untuk memberikan pengalaman bercdukur yang selesa. Semua sedia maklum kulit setiap orang berbeza, dengan ini ciptaan terbaru untuk Gillette adalah lebih mementingkan keselesaan ini.

Apa yang boleh saya katakan adalah rangkaian terbaru March 3 Turbo ini adalah satu inovasi hebat untuk para lelaki diluar sana. Jadikan pengalaman bercukur anda sesuatu yang luar biasa. Saya sudah mencubanya dan berpuas hati.Anda pula bagaimana?

Untuk makluman anda semua, rangkaian produk Rangkaian Gillette Mach3® yang baru ini boleh didapati dimana-mana pasaraya yang terdekat dengan seleksi harga yang mampu milik bermula daripada RM15.90 untuk Mach3® Classic , RM17.90 untuk Mach3® Sensitive dan RM18.50 untuk Mach3® Turbo. Jom dapatkan sekarang kerana ianya memang keperluan untuk lelaki yang mementingkan kekemasan dan keselesaan mencukur diluar sana.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gillette Mach3® bolehlah melayari mana-mana medium dibawah:

Facebook | www.facebook.com/GilletteMalaysia

Laman Web | www.gillette.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *