January 15, 2025
Lain-Lain

Akaun Paypal Digodam dan Wang Di Dalam Akaun Dicuri

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya Paypal digodam ataupun dihack oleh individu yang tidak dikenali.

Semua sedia maklum akan zaman sekarang penuh dengan penjenayah dimana sahaja termasuk juga di dalam alam maya ini. Mudah sahaja sekarang mereka membuat jenayah tanpa perlu mendedahkan identiti mereka. Saya suka menonton CSI Cyber jadi nampak juga sendikit gambaran bagaimana jenayah ini berlaku.

Tak sangka pula saya yang terkena kali ini. Ingatkan saya sudah cukup berhati-hati namun saya silap. Mereka lebih bijak dalam menjari jalan untuk mendapatkan keuntungan di atas angin. Saya menjadi mangsa! Ini adalah kali pertama saya melalui pengalaman sebegini.

Pagi-pagi saya bangun dan mendapati sebahagian duit saya telah dipindahkan ke akaun milik orang lain. Bukan itu sahaja, si bedebah ini siap tukarkan pasword dan tambah alamat email beliau ke akaun paypal saya.

Mendapat email bahawasanya saya telah menghantar duit ke akaun yang saya sendiri tidak kenal
Mendapat email bahawasanya saya telah menghantar duit ke akaun yang saya sendiri tidak kenal
Siap tukar alamat email dia lagi sebagai email baharu
Siap tukar alamat email dia lagi sebagai email baharu
Siap tukar password baru lagi!
Siap tukar password baru lagi!

Terfikir juga saya, bila agaknya virus ataupun mereka ini mencuri identiti saya. Rasanya saya sudah cukup berhati-hati dengan segala jenis spam. Namun apakan daya ada juga tembusnya di mana-mana.

Apapun berhati-hatilah anda agar pekara sebegini tidak berlaku kepada anda semua. Malang tidak berbau.. Tak banyak tapi kalau dalam USD tu kali 4.2  beratus jugak la..

Kemaskini

Kes sudah selesai. Dapat kembali duit saya!
Kes sudah selesai. Dapat kembali duit saya!

AM: Terus saya cashout duit dalam akaun paypal ini. Tidak mahu segalanya berulang kembali.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

4 thoughts on “Akaun Paypal Digodam dan Wang Di Dalam Akaun Dicuri

  • Saya pun dah pernah terkena… Beberapa ratus USD lesap macam tu jer…. Huhuhu… Lepas tu saya terus terminat kad kredit saya dan akaun paypal saya…. sehingga sekarang saya dah tak ada akaun paypal lagi..

    Reply
  • ko tukar kad kt dalam akaun tu, pakai debit kad Big ke..topup bila nak pakai je…jgn pakai kad ATM yang biasa masuk duit dari memane tu..payah sikit le nak guna Paypal tu nanti, tapi bleh je topup..daripada hilang beribu..:D

    Reply
  • Adohai! Tapi nasib berjaya dapat balik duit tu.

    So, sampai sekarang mmg x tau cara dia hack ye? Maybe pc pun nak kena scan spyware etc.

    Saya pun pernah kena hack. Tapi bukan paypal, tapi site kena hack — semua sekali. Password mmg kuat sbb pakai LastPass yg pelik & panjang. Sy rasa yg saya kena keylogger.

    Harap u chk, Takmo berulang laie.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *