Ke Negeri Melaka, Jom Singgah ke Billionaires Concept Cuisine
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca blog yang budiman. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai kafe hispter yang menyajikan makanan Barat kepada anda di negeri Melaka.
Jika anda berkunjung ke negeri Melaka, bukan sekadar sejarahnya sahaja yang patut anda tahu. Tetapi patut juga cuba pelbagai jenis masakan yang ada di sana. Air kelapa goncang (coconut Shake) Klebang sahaja yang popular, tapi banyak lagi yang patut anda cuba sendiri,.
Kali ini saya ingin kongsikan salah satu kafe makanan barat halal atara yang terbaik di negeri melaka. Tempatnya pun betul-betul dihadapan Aeon Bandar Melaka. Waze sahaja ke sini, anda pasti menjumpainya. Lagipun memang sudah menjadi buah mulut semua orang. Jadi tidak hairanlah jika mudah dijumpai lokasinya.
Oh! Panjang pulak mukadimahnya. Sekarang saya ingin perkenalkan Billionaires Concept Cuisine. Wah! Nama gah tuh. Billionaires. Jutawan katanya. Mana tidaknya kalau makanan barat yang mewah dihidangkan kepada pelanggan. Namun jangan terkejut ketika membayarknya! Harga memang mampu milik. Eh? Mampu makan!
Konsep santai kafe ini juga memang menarik perhatian. Anak-anak muda pastinya suka tempat sebeigni. Kawasan santai dan terbuka juga disedikan untuk sesiapa yang merokok dan bervapor.
Jom kita saksikan dulu seleksi makanan yang disediakan.
Berikut adalah Carat Tortilla Chips & Cheese dari @BillionairesConceptCuisine #MestiMakan #FoodReview #amirnawawi #blogger #foodporn A photo posted by amir nawawi (@amir_nawawi) on
Selain makanan, beberapa air minuman juga menjadi kegemaran pengunjung di sini.
Amacam? Menarik bukan? Dah kecur airliur menengoknya kan? Jadi apa lagi, pergi lah terjah makanan yang enak di sini. Stafnya pun memang happening! Cer teka yang mana staffnya?
AM: Memang kenyang giler makan. Satu portion makanan tu memang besar-besar. Nak menangis rasanya nak habiskannya.
Yeay, balik Melaka nanti boleh la ushar kedai billionaires ni. 😀
Look tempting makanan kat sini..cair tengok aiskrim dengan popcorn tu..sedapnya!!
Dah banyak kali ke Melaka tapi tak pernah tau lak ade tempat makan ni