Kepelbagaian Menu Makanan dalam Pesawat AirAsia
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca blog amirnawawi yang dikasihi sekalian. Hari ni sekali lagi saya akan kongsikan dengan anda smeua menu yang dihidangkan di dalam pesawat AirAsia.
Jika sebelum ini telah saya kongsikandengan anda menu yang lama, dan masih lagi menjadi carian dalam enjin carian seperti google. bagi yang belum membacanya bolehlah baca di sini.
Menu AirAsia yang diberi nama Santan ini menawarkan pelbagai menu untuk dinikmati oleh pelanggan mereka di dalam pesawat. hidangan yang disediakan termasuk pesawat AirAsia dan AirAsia X. Konsep Santan dipilihj kerana iainya bahan asas yang tidak asing lagi dalam kesemua komuniti Asean.
Antara hidangan terbaru yang tersedia dalam penerbangan AirAsia Berhad (AK) bagi pembelian dalam pesawat adalah Nasi Dagang dengan kari ayam dan dihidang bersama dodol, nasi kepal ayam teriyaki dan juga sandwic pizza ayam salai. Sementera menu pra-tempah adlaah nasi tomato dengan yam percik, balutan satay ayam dan pasta sayuran dengan ayam panggang.
Berikut pula harga yang terbabit. Buat tempahan awal untuk lebih penjimatan!
AM: Serius semua makanan dalam pesawat AirAsia ni best-best semuanya.