February 12, 2025
Hal-hal Semasa

Jom Ke Man City dengan Dashing!

Assalamualaikum dan salam sjeahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai cara-cara untuk anda pergi ke Manchester City dengan PERCUMA!

KEY VISUAL DASHING MCFC

Ya! Dapatkan trip ke Machester City dengan percuma dengan membeli barangan Dashing. Dan untuk makluman semua. Dashing merupakan partner Man City di Malaysia. Jadi setiap tahun diadakan peraduan untuk pelanggan setia Dashing ke Man City.

Pada Selasa lepas, 28 September 2015, telah berlangsung pelancaran Dashing MCFC Limited Edition. Terdapat 2 wangian yang diinspirasi khas dari Man City. Ianya ialah Ultimate Kick dan Hattrick.

Pelancaran berlangsung dengan gahnya di The Score Bandar Utama. 3 seleksi produk yang dipamerkan atau dilancarkan adalah produk minyak wangi, deodorant spray dan deodorant roll-on. Dengan 2 seleksi pilihan bau, masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.

Harga yang disyorkan untuk minyak wangi, RM20.90, deodorant spray, RM11.45 dan deodorant roll-on pada harga RM5.90. Semua harga tercatat adalah termasuk GST.

Bagi pelanggan yang membeli produk keluaran Dashing melebihi RM20 pada satu resit boleh menyertai peraduan SMS dan menang ke Manchester City. hanya ikuti langkah mudah seperti yang tertera pada produk anda.

Selamat berjaya!

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Jom Ke Man City dengan Dashing!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *