#MGAC2015 – Season of Smiles
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog amirnawawi yang budiman. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai Maybank Go Ahead Challenge 2015 (#MGAC2015). Lebih khususnya lagi mengenai Season of Smiles Execution dan juga Gala Dinner untuk pengumuman pemenang keseluruhannya.
Sebelum ini anda semua mengkin telah membaca mengenai majlis pelancaran MGAC2015 yang gilang gemilang yang telah saya hadiri di Subang Skypark yang lepas. Bagi yang masih belum membacanya bolehlah klik di sini. Setelah beberapa hari perseta MGAC ini mengharungi pelbagai cabaran dan tugasan, pada Rabu yang lepas 26 Ogos, mereka telah diberi satu tugasan besar iaitu untuk membuat kutipan amal di Bukit Bintang.
Seasons of Smile Execution Day
Dalam aktiviti hari tersebut setiap kumpulan diberi peluang untuk membuat aktiviti masing-masing dalam usaha mengumpul dana bagi rumah kebajikan dan persatuan yang mereka wakili. Ada pelbagai idea yang timbul yang dilakukan oleh para peserta dalam mengumpul dana ini. Bukit Bintang merupakan tempat mereka menjalankan segala aktiviti mereka kerana di sinilah tempat tumpuan awam yang paling sibuk di Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh para peserta, antaranya ialah khidmat pengguntingan rambut, Diner in the Dark, Shooping Experience, Cupcakes, Hotdogs dan bermacam-macam lagi. Sememangnya iadea yang bernas dilakukan oleh mereka semua. Pastinya ia adalah satu pengelaman yang terbaik untuk saya sendiri laluinya.
A photo posted by amir nawawi (@amir_nawawi) on
A photo posted by amir nawawi (@amir_nawawi) on
Global Finals Gala Dinner
Dan masa yang ditunggu-tungu sudah tiba. Malam Gala bagi MGAC2015 telah diadakan pada 28 Ogos 2015 di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur. Pastinya segala jawaban bagi usaha mereka semua terjawab pada hari ini. Majlis gilang gemilang ini diadakan bagi meraikan setiap warga yang bertungkus lumus dalam menjayakan MGAC2015- Seasons of Smile ini. Bukan itu sahaja, para peserta #MGAC2015 juga berdebar debar kerana segala keputusan pertandingan yang mereka lalui bakal diketahui. Bermula dengan anugerah Ultimate Go Ahead Challenger #UGAC2015 , sebelum diumukan juara 3 calon akhir ditemubual dahulu oleh CEO Maybank Malaysia, CEO Maybank Singapura dan Pn Noora Ab. Manaf. Memang mendebarkan dan jawapan yang dilontarkan dijawab dengan penuh hemah oleh para peserta.
A photo posted by amir nawawi (@amir_nawawi) on
Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba berikut merupakan keputusan bagi Ultimate Go Ahead Challenger #UGAC2015:
1st Runner Up – Team Terminator ( USD 20,000)
2nd Runner Up (also People’s Favourite Team) – Team X-Men (USD 10,000)