February 12, 2025
Lain-Lain

Majlis Pelancaran Maybank Go Ahead Challenge 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai Maybank Go Ahead Challenge (MGAC).

Untuk makluman semua MGAC telah memasuki tahun ke 4 penganjurannya. Tahun ini dijangkakan lebih meriah dari tahun-tahun sebelumnya. Pada Sabtu yang lepas saya berkesempatan untuk sama-sama dalam majlis pelancaran MGAC ini untuk tahun 2015 di Subang Skypark.

wpid-img_20150430_173853.jpg

MGAC ini disasarkan penyertaannya kepada lepasan graduan serta graduan tahun akhir. Penyertaan setakat majlis pelancaran ini adalah seramai 11000 penyertaan dan dijangka bertambah sehingga tarikh tutup penyertaan.

Untuk makluman, terdapat 14 buah negara yang terlibat untuk Maybank Go Ahead Challenge 2015 ini iaitu :
• Malaysia
• Indonesia
• Singapore
• Vietnam
• Cambodia
• Laos
• Thailand
• Brunei
• China
• Myanmar
• The United Kingdom
• Hong Kong
• Philippines
• The United States
wpid-img_20150430_181638.jpg
Majlis perasmian MGAC2015 dirasmikan oleh Puan Nora,

And with that, the Maybank GO Ahead Challenge 2015 is LAUNCHED! Go ahead everyone, if you have what it takes, let go…

Posted by Roaring Careers on Thursday, April 30, 2015

Maybank Go Ahead Challenge 2015 disertai oleh ribuan pelajar universiti dan lepasan graduan yang berebut untuk memenangi lebih $72,000 USD dari hadiah yang ditawarkan! Selain itu juga tawaran tempat latihan untuk 3 orang pemenang iaitu antaranya London dan Hong Kong. Memang menarik!
AMGAC-2015-Flyer
Selain itu ‘People’s Choice’ award adalah berdasarkan undian dari orang awam. Orang awam boleh mengundi untuk menentukan pemenang bagi kategori ini.Kategori favorite Challenger yang juga dipilih melalui public vote! jadi kita semua juga boleh memilih siapa pemenang yang bertuah itu.

Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya apakah ujian yang akan dilaksanakan di dalam program ini nanti. Apabila ianya berkaintan dengan bank semua mesti skeptikal ianya mesti berkaintan dengan kewangan dan juga ekonomi.
Namun anda semua silap, #MoreThanAChallenge bukan sekadar menguji peserta dari segi mental dan fizikal sahaja. Ianya juga menguji peserta dari sudut keberanian, kecekapan dan kepintaran dalam mengatasi suatu masalah serta bagaimana peserta menonjolkan diri mereka.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai Maybank Go Ahead Challenge, layari http://www.goaheadchallenge.com/ . Daftar segera kerana permohonan hanya dibuka sehingga 17hb Mei 2015!
Klik di sini untuk pendaftaran.

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Majlis Pelancaran Maybank Go Ahead Challenge 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *