Kelantan Akan Ada Stadium Baru
Wah! Seronok giler aku rasa bila Menteri Besar Kelantan umumkan yang Kelantan akan ada satu lagi stadium mengantikan stadium Sultan muhammad ke-V yang ada sekarang. Tak sangka ek dalam mundur2 negeri aku nih (orang kata la) masih lagi ade duit kerajaan negeri nak buat stadium tuh. Tujuan utama stadium nih adalah untuk memastikan yang sukan negeri Kelantan akan bertambah maju. Senibina stadium ini mengandungi ruangan solat yang agak besar untuk memastikan pengunjung dapat menunaikan solat dengan sempurna dan tanpa perlu solat dalam keadaan yang kurang selesa seperti stadium sekarang. Berikut adalah petikan artikel yang aku petik dari sini
KOTA BHARU, 18 Mei: Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukt Merbau, Pasir Puteh.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.
“Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.
“Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh,” kata beliau.
Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.
Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri.
Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti, katanya.
Menurut Nik Aziz, cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.
“Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah,” katanya.
Itu dia petikan ucapan Tok Guru Nik Aziz. Dulu aku dah dengar ura-ura yang nak buat stadium nih tapi aku macam tak yakin jek.Tapi bila dah keluar dari mulut Menteri Besar sendiri nih aku rasa yang memang betul la stadium nih akan jadi realiti. Harap-harap stadium nih dapat siap dengan cepat dengan kualiti yang baik la. Jangan sampai runtuh sudahla..he3
AM: Nak mintak cuti ngan bos nak tgk final Kelantan vs Terengganu bulan depan. Harap2 boss bagi cuti la yer.
tahniah. harap2 jadi la. tp kenapa stadium tu mcm besar sblh?
memang design dia macam tu kot..he3
Tahniah kepada seluruh warga Kelantan terutama skuad Red Warrior. Dengan stadium baru ni, dpt meningkatkan tahap bola sepak negara di peringkat antarabangsa.
Dengan stadium baharu yang memenuhi spesifikasi antarabangsa, boleh digunakan venue tambahan untuk acara-acara sukan peringkat antarabangsa (Piala Asia, Piala Suzuki AFF).
Stadium-stadium negeri lain pun kena naik taraf juga supaya memenuhi spesifikasi antarabangsa (Std. Shah Alam, dll) supaya dpt meningkatkan taraf bola sepak negara.
Kapasiti 40000 mungkin tak mencukupi, mereka mungkin boleh naikkan kapasiti sehingga 60000 orang memandangkan sokongan padu rakyat Kelantan kepada skuad Red Warrior. Apa pun, peringkat seterusnya ialah seluruh penyokong negeri termasuk negeri-negeri lain untuk lebih berdisiplin dan bersemangat kesukanan agar tiada provokasi melampau hingga menyebabkan rusuhan dan pergaduhan.
Majulah bolasepak untuk Malaysia.
kemah klate kito..tapi gak..
bilo la nok siap tuh?hahaha..
Xtau la tuh.. Abih cepat pom 4 tahun la.. hok peting, dekat ngan umoh sayo..he3
Wah… peminat bola yek rupanya mu ni? harap2 jgn runtuhlah stadium mu itu yek..ekekeke…