April 19, 2024
Hal-hal Semasa

Penat!!

Waduh waduh, penat banget rasanya. Dah bersawang blog ni aku update. Aku bukan malas nak update tapi sekrang aku sibuk bekerja. Bila balik je aku letih sangat dan tertidur. Mesti korang nak tahu kan kt mana aku mencari rezeki sekrang kan.

Aku sekarang bekerja di 7 Eleven. Mesti korang kenal kan. Terlampau menipu la kalau korang tak tahu ape itu 7 Eleven. Alaa kedai serbaneka tu la. Aku masuk kerja kul 6 pagi. So aku kena banguun awal la. Lepas sembahyang subuh terus pergi kerja. Nasib baik dekat je ngan rumah. Jalan kaki pom boleh sampai la.

Letih bebenar kerja nih. Dahla 8-12 jam xleh duduk. Ase macam nak putus je urat betis aku nih. Dahla terpaksa berhadapan dengan seribu macam perangai pelanggan. Aduh!! Sabor jelah. Aku balik kul 6 petang. Tapi aku rehat la kul 1-2 petang kejap untuk solat Zuhur dan makan. Gaji yang aku dapat tu agak best jugak la. Lepas la kalau nak joli tu. Tapi aku nak simpan duit nih untuk kegunaan semester depan. Almaklumlah dah besar kan, xnak la harapkan parent lagi..hu3.

Apepom, aku harap bila dah biasa kerja lpas nih, aku dah tak letih dah. Boleh la selalu update blog nih. Hujung minggu nih aku nak pi tgk Pirate of Carribean ngan Nur Kasih The Movie la.. JOm la pi tengok ngan aku..hehehe..

Ok, semoga jumpa lagi…

AM: Hati agak gundah gulana..


amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

17 thoughts on “Penat!!

  • bestnya.. gaji 7e skrg bape nye? dia wajib buka buku akaun bank ambank kan? kak oghe berhajat nk keje 7e gak.. hehe..

    Reply
    • xperlu buka ambank eh..boss byr cash..basic tu rm700 lau overtime tu dpt ler seribu lebih..he3

      Reply
  • Salam. Nak tanya bro pasal kerja di 7e ni, nak minta kerja kat situ kat salah satu cawangan macam mana? kena hantar resume ke atau jumpa direct ketua dia….saya betul2 tak tahu dan erlu bantuan bro untuk penerangan lebih lanjut. Terima kasih.

    Reply
  • jogho

    basic 700..then pastu dpt brape?

    Reply
      • jogho

        org ckp smpai seribu lbih…xde tolak pape ker lps 2?

        Reply
        • saya pernah dapat jugak seribu lebih tuh.. Tolak cam biasa la.. EPF ngan KWSP rasanya

          Reply
  • awk.boleh ke klu kita nk keje shif siang shj?sbb 7e kn 24jam.

    Sy nk tahu lebih lnjut pasal ni boleh?
    0136342113- pls sms sy

    Reply
  • Bro..sng x nk apply keje kt 7e?

    Reply
    • Senang la jugak. Cuba pergi ke 7E terdekat dan tanya. Banyak kerja kosong rasanya 🙂

      Reply
  • brapa lama nk tngu baru dapat

    Reply
  • Salam. Kalo assistant store manager utk 7e brpe ye?

    Reply
  • Kalau part time dapat gaji dalam sebulan berapa eh? Nak kerja cuti sekolah ni.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *