Kelantan Seindah Namamu- Oki Setiana Dewi
Assalamualaikum semua. Salam sejahtera jua diucapkan kepada anda. Alhamdulillah tadi aku berjaya menonton rancangan Bicara Selebriti yang diadakan di Kelantan Trade Centre (KBTC). Program ini meruoakan siri bual bicara bersama selebriti yang ke-4 diadakan dibumi Cik Siti wan Kembang ini.
Antara panelis yang hadir pada kali ini adalah. Kapten Hafiz Firdaus, Sharifah Khasif dan semestinya Oki Setiana Dewi. Dihoskan oleh Amin Idris. Apa yang aku kongsikan pada kali ini adalah sajak yang dibaca oleh Anna Althafunnisa (oki) pada akhir program. memang menarik. Sudilah kiranya anda membaca sajak ini. sajak yang dicipta khas oleh Oki semperna keberadaannya selama 2 hari di bumi Kelantan. dengan bertajuk ‘Negeri Kelantan Seindah Namamu’
Negeri Kelantan seindah namamu
Tanah serendah sekebun bunga
Negeri tadahan wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu
Duhai wajahmu yang indah persis Jeddah
Yang pernah kulewati
Taat menjunjung Al quran
Teguh menggalas syariat yang tidak pernah goyah
Tersentuh hati kudusku
Lantaran aku disini
Biar tidak pernah kuduga bertemu dengan seorang ulama
Yang dicintai rakyatnya
Lalu kuntum rindu yang lama tersimpan terubat jua akhirnya
Biar seklumit cinta
Beruntung rakyatnya menumpang teduh seorang ulama
Yang lembut tapi tegas beriabdah
Yang pengasih namun tidak goyah pada percikan kealphaan dunia
Pasti aku merindui mu lagi..
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa kutitip buatmu
Memacu membangun Islam bersama.
Semoga kita bertemu kembali.
Begitulah sedikit sajak yang dideklamasikan oleh Oki Setiana Dewi pada bual bicara Selebriti edisi ke-4 ini. amat mendalam maksudnya. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke negeri kami.
AM: Aku berada di luar Kelantan, kalau dok di kampung, konform aku pergi sama majlis nih. 😀
bagus lah bila ada aktiviti gini… baik remaja mahupun belia boleh dpt manfaat.
bagus bila ada aktiviti gini… baik remaja mahupun belia dapat manfaat…
tak sempat nak ke event ni hari tu. rugi betul rasanya
tak sempat nak kesana hari tu…
huhuhu