Assalamualaikum dan Salam Sejahtrera semuanya. Semoga semua dalam keadaan hebat-hebat semuanya. Hari ini saya sekadar ingin berkongsi sedikit luahan rasa peribadi saya tentang beberapa isu berkenaan tajuk entri kali ini.

Ramai yang saya baca entri sekarang mengatakan yang Nuffnang ini memilih bulu dalam memberi sebarang kempen terumpuk (BE) atau dalam kata nama lain hanya untuk kroni terdekat sahaja. (nama blog terpaksa dirahsiakan untuk mengelakkan aku dari dimaki olehnya). Oleh sebab itu ramai blogger yang berpaling arah daripada syarikat pengiklanan internet pertama di Asia Pasific ini.
Bagi saya, apa masalahnya sekarang ialah, kenapa perlu nak marah-marah serta nak memburukkan syarikat ini? Pada hemat saya cukup senang, kita nak berkerja dengan orang tapi pada masa sama orang tak terima kita bekerja. Perlukan kita nak memarahi orang tersebut?. Maka mulalah untuk memaki, menabur pelbagai spekulasi dan cercaan yang tidak berasas. Tidak perlu rasanya kita berbuat demikian.
Perlu diingatkan pada tujuan berblogging itu sendiri. Apakah tujuan utama anda berblogging? Inginkan duit ataupun nak berkongsi pengalaman serta maklumat dengan orang lain? Jikalau memang niat utama anda nak dapatkan duit tu, patutlah anda berang bila tidak mendapat sebarang iklan bukan?
Apepun, biarlah blog anda telah stabil dari segi trafik serta isi kandungannya. Kalau sekadar main copy and paste jer, jangan nak mengharap pergi jauh la dalam berblogging nih. Usaha sekadar melepaskan batuk jer, tapi hasilnya mengharap bagai penuh sedulang emas. Mana mungkin!
Saya agak tertarik dengan seorang senior dalam bidang ini (Eyriqazz) mengenai mendapatkan income dalam blogging ini,
1) Berbuat baikla kepada Ibubapa…Bulan2 jangan lupa, gaji tu, dahulukan buat mereka…Mengikut kemampuan tersendiri…
2) Sebelum menerima, biarla kita memberi….Bantu2 la saudara mara or rakan2 yang memerlukan..InsyaAllah, rezeki anda dimurahkan…
3) Gembirakanla hati Insan tersayang ,… anak2, Isteri, suami,etc…
4) Jangan mudah dengki mendengki..Rezeki masing2..Trafik yang tinggi tidak semestinya menjanjikan Income yang lumayan…Begitula juga sebaliknya…
5) Bantu membantula sesama rakan bloggers…jangan kedekut kasi backlink walaupun tidak mendapat balasan balik…..*Don’t give up,…Tulis apa yang anda minat dan anda sukai…InsyaAllah, the rest will come, sooner or later…
Saya cukup tertarik dengan kata-kata terakhir itu, don’t give up, sooner or later, the rest will come. Takkan la usaha baru 2 minggu dah nak mengharapkan hasil seperti usaha setahun. Sedikit-sedikit dan jangan gelojoh.
Pastikan kita enjoy dengan apa yang kita lakukan dan pastinya hasil yang setimpal akan kita dapat. Aku akui aku menulis blog dulu disebabkan oleh pengaruh kawan baik aku yang ada domain sendiri. Aku pun taknak kalah lalu aku beli jer domain nama aku. Tersadai akhirnya. Namun selepas aku menulis dan terus menulis, aku dapat rasakan kepuasannya. Dapat ramai kawan dari kalangan blogger yang mepunyai pelbagai sisi pandangan, Tak kira la dari segi masalah keluarga, aktiviti remaja, kesihatan dan jugak makanan. I love food!
Tak usah la berblogging semata-mata kerana duit. Nikmatilah dan buatlah jaringan persahabatan sebanyak mungkin kerna itu yang akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk menulis. Kalau dah penuh jaringan tuh mudahlah untuk income masuk. Tak usahlah terlampau mengharap pada Nuffnang. Aku dah lebih setahun bersama Nuffnang ini tapi satu BE pun aku tak pernah terima. Namun aku tak kesah kerana ini bukan tujuan utama aku berblogging nih.
Aku pasang iklan tu pun untuk nampakkan seri blog aku dengan iklan yang bergerak-gerak. selain itu jugak dapat la check keyword dan jugak traffik blog ini. Syukur, sekarang traffic blog aku sudah maintain. Tidak lagi berada ditakuk lama. Memang berbaloi untuk blogger yang tahap seperti aku ini.
Ramai juga yang memberikan tips untuk mendapatkan BE dari Nuffnang nih, namun tak semestinya dapat. Aku sendiri pun tidak pasti. Mungkin perlu tanya pakar. Ada yang kata traffik perlu maintain, hantar tiket, update profile dan sebagainya. Namun korang boleh cuba. Aku dah cuba tapi tidak berjaya pun. Tapi aku lebih tertarik akan adik Nuffnang iaitu Churp-Churp. Yang ini sememangnya terbaik. Dapat la masyuk hari-hari walaupun 20sen..
. Mungkin yang ini kita akan ceritakan dengan lebih lanjut di kemudian hari.

Churp-churp always in my Heart.
Berbalik kepada tajuk utama entri ini, adakah Nuffnang hanya memberikan iklan kepada kroninya sahaja? Anda sendiri sahajalah yang jawab. Kalau aku jadi pihak Nuffnang sekali pun, tidak akan aku bagi iklan pada blog yang sekadar picisan dan copy paste..(macam blog aku nih, no wonder tak pernah dapat
)
Apepun, selamat berblogging kepada anda semua. Entri ni bukan nak kondem sapa-sapa cuma sekadar peringatan untuk kita semua sahaja bersama. Tak perlu nak stresskan minda memikirkan tentang hal income tuh. Banyak lagi caranya untuk menambah harta peribadi anda. Salah satunya dengan join pelbagai kontest serta giveaway yang diadakan di blog-blog. Jom join kontest mini saya ini, mana tahu ini adalah salah satu ianya rezeki mutlak anda nanti.

AM: Banyak juga rasanya yang aku dapat dari blogging nih. Dapat games, duit, topup, anak patung, button, CD, baju, tiket wayang, makan-makan dan sebagainya.




95 comments
Skip to comment form ↓
amalina yaakub
March 13, 2012 at 11:52 pm (UTC 8) Link to this comment
betul kena tetapkan niat.. dan tujuan utama blogging ! kalau nak duit dan kefemesan better pergi delete la blog tak kemana pun…
amirnawawi
March 14, 2012 at 12:00 am (UTC 8) Link to this comment
Niat itu penting.. salah niat, rosaklah amalan.. Tak gitu?
fazrol
March 13, 2012 at 11:53 pm (UTC 8) Link to this comment
Panas sungguh entry kali ini.. he he…
InsyaALLAH.. aku akan join kontest yg bro buat..
fazrol baru jer tulis pasal..Sesaat kau datang – Ramlah Ram feat Sleeq!
amirnawawi
March 14, 2012 at 12:52 am (UTC 8) Link to this comment
hahaha3.. Panas ker? hehe3.. Musim hujan ni kena la panaskan sket..
*just kidding
amirnawawi
March 13, 2012 at 11:59 pm (UTC 8) Link to this comment
Tu la.. Ada yang aku baca, UV 20 jer sehari pun dapat..
Tapi dah takde rezeki, nak buat macamana kan.. hehe3
maya diana
March 14, 2012 at 12:03 am (UTC 8) Link to this comment
betul2…..
buat blog sbb minat…kalo masyukk ok gak…now dah join http://www.rakanblog.com utk maintain….u olls kena try….ok…lupa lak ….Tolong LIKE~ https://www.facebook.com/RakanBlog sini gakk eaa….
maya diana baru jer tulis pasal..Sock puppet Video Y2
amirnawawi
March 14, 2012 at 12:53 am (UTC 8) Link to this comment
Wah! Siap promote lagi nih.. Nanti saya join
KiD
March 14, 2012 at 12:24 am (UTC 8) Link to this comment
steady lah amir!!! teruskan berblogging bro!!!
KiD baru jer tulis pasal..Contest Teka Angka Shakiddo.com
amirnawawi
March 14, 2012 at 12:46 am (UTC 8) Link to this comment
Yeah!! Kid lagi steady.. Terbaikk!
eyriqazz
March 14, 2012 at 12:25 am (UTC 8) Link to this comment
Kadang2 berdiam diri lebih baik…dah banyak tohmahan yang saya terima…
Takpela…terima seadanya apa orang nak kata..Nobody perfect kan? (tunjuk jari kat diri sendiri)….
eyriqazz baru jer tulis pasal..Anmum Materna Pilihan Ibu-Ibu Mengandung
amirnawawi
March 14, 2012 at 12:46 am (UTC 8) Link to this comment
Hahaha3.. Betul tu bro.. Sabor jelah.. diam tidak semesetinya setuju dengan apa yang orang cakapkan..
KiD
March 14, 2012 at 1:02 am (UTC 8) Link to this comment
no body perfect… aku pun kekadang dapat gak orang perli2.. hehehehe
no body no body no body but you!!!
KiD baru jer tulis pasal..Contest Teka Angka Shakiddo.com
aizatshafiq
March 14, 2012 at 12:25 am (UTC 8) Link to this comment
Biase la..macamane pun mesti ade yg dengki jgk..
Tapi kena la ukur baju kat badan sendiri kan?…
Patutnya kita have fun with blogging…tak perlu nak tension2… Hehehe
aizatshafiq baru jer tulis pasal..Pertama kali merasa Tutti Fruitti
amirnawawi
March 14, 2012 at 12:45 am (UTC 8) Link to this comment
Tu la.. Mesti ada yang dengki punyer..
Nak buat camna kan.
Tapi biarlah berpada-pada.
Memang best kalau kita tahu tujuan utama..
Fun is fun! Yeah!
Eqbalzack
March 14, 2012 at 12:29 am (UTC 8) Link to this comment
Salam, abg eq amalkan konsep dapat dan beri. Inxome nuff yg abg eq dpt abg eq berikan semula pd followers dlm btk contest. Ambil sedkit shj hak kita, selebihnya bg pd readers. Insyaalah, rezeki akan sentiasa dtg..
-eqbalzack-
Eqbalzack baru jer tulis pasal..eqbalzack in KOSMO! & APARTMEN magazine
amirnawawi
March 14, 2012 at 12:40 am (UTC 8) Link to this comment
Bagus la macam tu Abang Eq. Sesuai ngan motto nih, what I get, I give back..
Baru la dpt rezeki lebih lagi kan. Kena ambil iktibar juga nih
eqbalzack
March 14, 2012 at 10:11 am (UTC 8) Link to this comment
mana yg baik ambil ikhtibar. jadi blogger ni tak boleh kedekut sgt amir. lagi2 yg ada followers ribu2 ni. sekali sekala kena hargai followers kita. Tanpa followers/readers kita baca blog kita sendiri je la…hehe
eqbalzack baru jer tulis pasal..eqbalzack in KOSMO! & APARTMEN magazine
amirnawawi
March 14, 2012 at 11:57 am (UTC 8) Link to this comment
Tu la. Followers ni kena hargai jugak. kan tak pepasal datang sekali terus fed-up.
Sebabkan readers la, makin bersemangat nak mengarang di blog nih.
Tanpa readers, blog ibarat diari usang yang tunggu untung dibuang jer.
Amir
March 14, 2012 at 12:32 am (UTC 8) Link to this comment
hahahaha..
terasa la pulak aku :p
kantoi
Amir baru jer tulis pasal..Keputusan SPM 2011 diumumkan 21 Mac 2012 | Teringat kenangan dulu kala..
amirnawawi
March 14, 2012 at 12:36 am (UTC 8) Link to this comment
Hahaha3.. jangan terasa-terasa bro. . Aku pun terasa gak sebenarnya..
Wabbit
March 14, 2012 at 12:52 am (UTC 8) Link to this comment
Just do what you do and you will be rewarded accordingly. I know a lot people with high traffic complains about BE, last month when I back in blogging I also didn’t get any BE with average 20-50 UV daily. This month able to get 2×2 with 100+ UV is great enough for me to see some results when my readership is not that awesome compare to other bloggers with thousands of UV due to copy paste posts.
Wabbit baru jer tulis pasal..Zumba Party with Core Fitness
amirnawawi
March 14, 2012 at 9:11 pm (UTC 8) Link to this comment
Yes! The originality is important. Although we have thousand followers, but with copy paste entry, this means nothing..
Wabbit
March 14, 2012 at 10:23 pm (UTC 8) Link to this comment
not to forget loyal readers that appreciate our effort
Wabbit baru jer tulis pasal..Thanks Nuffnang for the 2 x 2 BE
Din
March 14, 2012 at 1:07 am (UTC 8) Link to this comment
terbaikkla entri ni bro..
apa-apa pun jangan berhenti berharap bro…teruskan usaha blogging..insyaAllah dapat la BE tu suatu hari nanti
amirnawawi
March 14, 2012 at 1:11 am (UTC 8) Link to this comment
Tak pernah berharap pun bro..
Bro, untunglah la, baru sebulan bersama Nuffnang dah merasa BE. tahniah..
Nono Lu
March 14, 2012 at 1:11 am (UTC 8) Link to this comment
amenda pulak BE tu? well, aku baru buat nuffnang nie 29hb feb nie. kira baru lagi wlopon blog aku dr last year lagi dh ada. btw, skip to the point,BE tu pe? explain plez…
amirnawawi
March 14, 2012 at 1:53 am (UTC 8) Link to this comment
Buffered Earning? Pernah dengar? Cer search kt google. Banyak orang cerita pasal nih..
kimmie
March 14, 2012 at 8:32 am (UTC 8) Link to this comment
jangan putus asa, terus berusaha, satu hari nanti bila dah sampai masanya akan dpt BE tu kan
kimmie baru jer tulis pasal..Wordless Wednesday 20 – 4 adik beradik
amirnawawi
March 14, 2012 at 3:44 pm (UTC 8) Link to this comment
Yeah! Sooner or later.. Tapi tak berharap pom..huhu3
anastasyea
March 14, 2012 at 8:54 am (UTC 8) Link to this comment
Insya Allah, nanti ada la rezeki tu .. ^__^
anastasyea baru jer tulis pasal..Trafik Blog Cantik Penambah Semangat
amirnawawi
March 14, 2012 at 3:41 pm (UTC 8) Link to this comment
Sooner or later kan kak?
myvitrd
March 14, 2012 at 10:04 am (UTC 8) Link to this comment
Dulu masa aku mula2 join nuffnang pun niat aku memang nak dapatkan income juga.. pantang iklan keluar mesti berebut nak klik.. siap minta tolong tunang masa tu (sekarang wife) tolong klikkan..hehehe.. tapi bila lama-lama macam tak masyuk je.. mulalah dalam jiwa tu ada rasa bosan.. tertekan dan mula nak maki..
Tapi selamat aku cepat diselamatkan oleh beberapa rakan blogger & hasil pembacaan bahawa kalau nak jadi kaya bukan nuffnang tempatnya.. tapi kalau sekadar nak suka-suka sambil tambah income boleh setia dengan nuffnang..
Apa yang penting betulkan niat.. dan tulis ikut apa yang korang rasa nak tulis.. bukan copy paste dari blog orang.. ramai je penulis blog berjaya dengan hanya menulis kisah keluarga & peribadi..
So Apa yang penting berbloglah dengan rasa tampa paksaan.. secara tidak langsung kalau rezeki telah ditulis untuk anda pasti ianya akan datang dengan sendiri..
myvitrd baru jer tulis pasal..Jangan Bertangguh Lagi Lakukannya Sekarang
amirnawawi
March 14, 2012 at 12:00 pm (UTC 8) Link to this comment
Tu la.. berblog la dengan penuh minat dan tanpa niat yang menyeleweng. Mesti perasaan gembira tu akan datang. Tak perlu la nak stress-stress dengan benda yang belum tentu milik kita. Tapi yang lagi parahnya, boleh pulak wujud sifat dengki dalam diri tuh. Tengok orang lain berjaya, mulalah kutuk dari belakang. Tu lagi teruk..huhu3
normi
March 14, 2012 at 10:43 am (UTC 8) Link to this comment
dapat RM0.15 dari dulu sampailah skarang..haha
normi baru jer tulis pasal..Wordless Wednesday….
amirnawawi
March 14, 2012 at 11:54 am (UTC 8) Link to this comment
hehe3.. Dari dulu tu bila? minggu lepas ke? hehe3
*just joking
Bean Moreno
March 14, 2012 at 11:13 am (UTC 8) Link to this comment
adatlah tu tak dapat income hehe
. Sayapun dah berbulan dah income still naik tapi buat apa nak kecoh2 ye dak buat dono dah le…
amirnawawi
March 14, 2012 at 11:55 am (UTC 8) Link to this comment
Tu la.. tak perlu nak kecoh-kecoh salahkan orang lain. Kalau dah rezeki tu ada la. kalau takde, tunggu la sampai ada.. huhu
shatmashuri
March 14, 2012 at 12:38 pm (UTC 8) Link to this comment
btul2… setuju dgn artikel nie.. berblog secara ikhlas.. insyaallah org hargai kita.. dan kita akan dapt balik hasilnya.. insyaallah..
shatmashuri baru jer tulis pasal..Ucaplah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
amirnawawi
March 14, 2012 at 2:40 pm (UTC 8) Link to this comment
Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. *eh, tetiba plak kan..
Bro Framestone
March 14, 2012 at 2:03 pm (UTC 8) Link to this comment
nanti bro buat entry pasal nie ek
Bro Framestone baru jer tulis pasal..Jika Yuyu Zulaikha Menjadi Isteri Bro Framestone
amirnawawi
March 14, 2012 at 2:39 pm (UTC 8) Link to this comment
Wokeh bro.. Nanti siap bagitau ek.. nanti saya roger pi baca.
akuzle ayu
March 14, 2012 at 2:14 pm (UTC 8) Link to this comment
ahkak setujuk.. byk nak ulas tp tetiba malas plaks psl now ngah bercuti kt kg…hihihihih
amirnawawi
March 14, 2012 at 2:26 pm (UTC 8) Link to this comment
Alaa kak, ulas la panjang sket..hehe3. Sedak la oghe duk kampung..
hafizal
March 14, 2012 at 2:46 pm (UTC 8) Link to this comment
betul tuh saya pun dah lama tak dapat be dari nuffnang sejah hujung tahun lepas.
hafizal baru jer tulis pasal..Sambil menulis blog dan sambil menjengah blog-blog fames….
amirnawawi
March 14, 2012 at 3:43 pm (UTC 8) Link to this comment
Oh, ye ke? Yang pernah dpat tu ok la kan. Pernah merasa jugak..
iza
March 14, 2012 at 3:25 pm (UTC 8) Link to this comment
Assalam..
Biar betul tak pernah dapat BE?
Rasa bersyukur sangat sebab ada juga peluang untuk merasa BE.
InsyaAllah, suatu hari nanti pasti dapat jika status Nuffnang anda masih gelihati…
iza baru jer tulis pasal..Limousine : Wordless Wednesday # 16.
amirnawawi
March 14, 2012 at 3:33 pm (UTC 8) Link to this comment
Haha3. Tak percaya plak akak ek.. tak pernah dapat pun tapi saya tak kesah.
Saya sentiasa berstatus gelihati tu. tapi xdapt-dapat gak.
amirnawawi
March 14, 2012 at 3:46 pm (UTC 8) Link to this comment
Hehehe3.. Thanks bro..
CikLilyPutih
March 14, 2012 at 3:51 pm (UTC 8) Link to this comment
ermm k lily tak de pun sedara kat NN tuh. ok je dapat je join event. BE tu biasalah kalau rajin update then ada lah imbuhan nya kan
CikLilyPutih baru jer tulis pasal..WW – Tabiat Makan Yang Buruk
amirnawawi
March 14, 2012 at 9:14 pm (UTC 8) Link to this comment
hehehe3.. Tu la kak Lily.. Tapi kekadang tuh ada yang tak update pun dapat jer BE. Saya yang update selalu nih tak pernah lak dapat BE walau sekali.. Atas rezeki masing-masing kut. Mungkin rezeki saya takde kat Nuff nih.. hehe3
juanita
March 14, 2012 at 4:37 pm (UTC 8) Link to this comment
sbb Nuffnang ni la saya dpt kenal clever boy amirnawawi tauwwwwwww
amirnawawi
March 14, 2012 at 4:53 pm (UTC 8) Link to this comment
Hak3.. Segan saya kak.. Bukan event Nuffnang la.. Event Churp-Churp..
yakuza
March 14, 2012 at 5:06 pm (UTC 8) Link to this comment
gua bru jer mula berblog..rasa2 x smpai 3 bulan lg..tp dah dpt BE yg pertama..thanks nuff..x thu la dia plih blog cam mana..blog gua trafik x ler hebat mana pom..
yakuza baru jer tulis pasal..Keputusan SPM Pada 21 Mac 2012
amirnawawi
March 14, 2012 at 5:17 pm (UTC 8) Link to this comment
Wah! tahniah bro.
sabree hussin
March 14, 2012 at 7:09 pm (UTC 8) Link to this comment
mungkin ada betul jugak nuff ni pilih kroni.. lantak la. tu hak dia
pasal BE tips tu pulak, aku kurang percaya sikit.. sebab orang yang tulis pasal tips bagai ni pun selalunya orang yang kali pertama dapat BE..
50-50
sabree hussin baru jer tulis pasal..Berhenti Kerja Untuk Jadi Kaya
amirnawawi
March 14, 2012 at 9:08 pm (UTC 8) Link to this comment
Orang yg first time dapat memang eksited lelebih.. Pastu dah tak dapat lak tulis yang macam-macam.. haha3.
syazana
March 14, 2012 at 7:41 pm (UTC 8) Link to this comment
aku ni pon malas nak cari income melalui blog ni. kalau ada, rezeki, kalau takde tuh, nak buat camner kan? aku hanya berblog tuk sukaaa sahajaaaa.
syazana baru jer tulis pasal..Tips hebat bagi mengelak bekas kekasih menggangu hidup anda lagi.
amirnawawi
March 14, 2012 at 7:51 pm (UTC 8) Link to this comment
Yeah! Itu la semolekknya kan.. Suka-suka.. Aku kenal kau pun asalnya dari blog jugak kan.
syazana
March 15, 2012 at 8:18 pm (UTC 8) Link to this comment
mula2 kenal2 macam tu jeh kan? dah lama, kamceng sbb blog! kikiki
syazana baru jer tulis pasal..Alahai, comelnyeeee!
kak ina kl
March 14, 2012 at 7:44 pm (UTC 8) Link to this comment
wah tajuk panas ni..kroni ek…rasanya memang ada kot..
kalau RM matlamatnya memang susah nak maintain blog. Kalau suka suka..insyallah RM akan datang kemudian. Teruskan usaha …mana tau ada rezeki nanti.
amirnawawi
March 14, 2012 at 9:07 pm (UTC 8) Link to this comment
Ada ke kak? Cer citer ce citer.. Panas jugak tuh..
cikgu naman
March 14, 2012 at 8:08 pm (UTC 8) Link to this comment
dulu kawe pernah dapat 20 BE srentak..tapi 3 bloglah..hehe
loni ramai sangat blogger..so Nuffnang mesti pening nak agihkan BE untuk beratus/juta ribu blogger
cikgu naman baru jer tulis pasal..WW – solat sunat tahiyatul masjid
amirnawawi
March 14, 2012 at 9:07 pm (UTC 8) Link to this comment
Fuhh! Untnglah deh.. kawe tak ajin buleh pom..
cikgu naman
March 14, 2012 at 9:35 pm (UTC 8) Link to this comment
loni memang susah..kawe pun ado so jah
cikgu naman baru jer tulis pasal..Ultrabook Toshiba Portege Z830 Pengganti Toshiba Satellite L510?
Miss Mirror
March 14, 2012 at 9:01 pm (UTC 8) Link to this comment
Alhamdulillah K. Mirror walaupun bukan kroni, tapi sekali sekala dapat la jugak B.E, so isu yg dibangkitkan oleh “mereka” itu kurang tepat sama sekali dik. Berblog ni kena ada minat dan keikhlasan… itu yg paling utama sebenarnya.
Miss Mirror baru jer tulis pasal..Idea menyusun majalah tanpa membeli perabot (WW)
amirnawawi
March 14, 2012 at 9:07 pm (UTC 8) Link to this comment
Erm, macam tu la kak. tapi tak semua yang dapat terima kenyataan..
amirnawawi
March 14, 2012 at 9:12 pm (UTC 8) Link to this comment
Tu la.. Wang xde, tapi kawan ramai kan.. Walaupun ramai jugak kawan yang tidak pernah bersua muka..hehe3
AlyzaFisol
March 15, 2012 at 1:04 pm (UTC 8) Link to this comment
ramai kawan tu yg best…x jumpa skang, nanti2 jumpa jugak…
AlyzaFisol baru jer tulis pasal..Pengembaraan 6 Jahanam : Kampung Tom Tom Bak
sharinginfoz
March 14, 2012 at 9:35 pm (UTC 8) Link to this comment
tiada benda yang mudah, kena kerja keras kalau nak berjaya dan kena consistent
sharinginfoz baru jer tulis pasal..Kalau Nak Tahu dengan Tepat Buatlah Panggilan
zuan
March 14, 2012 at 11:20 pm (UTC 8) Link to this comment
churp churp ni aku tak aktif sangat.. dah lebih sebulan tak dapat BE.. kadang2 geram gak.. tapi mungkin bukan rezeki kan
papepun, happy blogging.. kalau tak happy, takyah blog..hehe
zuan baru jer tulis pasal..> Movie Review : John Carter
amirnawawi
March 14, 2012 at 11:44 pm (UTC 8) Link to this comment
Yeah!! Hepi go lucky..haha3. Kalau tak hepi, tutup jer blog..
zuan
March 15, 2012 at 12:20 am (UTC 8) Link to this comment
hmm cool gak gadget komen ko ni.. kluar pic blog aku
zuan baru jer tulis pasal..> Tempat Makan Best : Steamboat Embun Dingin Corner
Hana Maroo
March 14, 2012 at 11:30 pm (UTC 8) Link to this comment
hmmm tul ker kroni? tp tips tu adlh betul… yg penting, niat.. kan??
amirnawawi
March 14, 2012 at 11:44 pm (UTC 8) Link to this comment
Yeah! Niat tu penting.. Permulaan perbuatan adalah niat kan..
muazfaris
March 14, 2012 at 11:39 pm (UTC 8) Link to this comment
perkongsian yg panjang tp senang nak baca…erk kantoi tak pernah baca entri panjang2..
camni la senang.. tak suka jgn duk gatal nak ngurat betul tak? ramai lagi awek lain kat luar sane. Faham maksud aku? fikir2 kan la ye.
muazfaris baru jer tulis pasal..Cara daftar Peperiksaan STAM 2012
amirnawawi
March 14, 2012 at 11:45 pm (UTC 8) Link to this comment
Yeah! I got your point bro..haha3.. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai..
*erk, betul ker peribahasa aku nih
Pejuang Kesenian Extreme
March 15, 2012 at 12:04 am (UTC 8) Link to this comment
Nuffnang pilih kasih,advertlets tak reti nak bayar,innity pulak mengenakan syarat yang ketat..susah-susah..
Apapun,apa yang org katakan itu ada betulnya.. kalau tak ada angin takkanlah pokok boleh bergoyang..
Pejuang Kesenian Extreme baru jer tulis pasal..Gambar Lawak | Awan Nano ??
amirnawawi
March 27, 2012 at 6:39 pm (UTC 8) Link to this comment
Hehe3.. itula risikonya bekerja ngan orang nih..
cmratu
March 15, 2012 at 4:16 pm (UTC 8) Link to this comment
insaf terus baca entry ni..
cmratu baru jer tulis pasal..Gambar Disney On Ice PISA 2012
amirnawawi
March 27, 2012 at 6:40 pm (UTC 8) Link to this comment
hehe3.. Bagus2.. Insaf kejap pom ok gak..
ecadwinkyasha
March 15, 2012 at 8:30 pm (UTC 8) Link to this comment
xpecaya la xdpt BE langsung…hahaha…eca pun thn ne xde BE lagi..kawan-kawan lain dah berlambak BE.tapi takdelah nak dengki2 pula.wakakaka…
actually dpt earning nuff tu satu bonus kan.banyak benda lain boleh dpt selain $$….dpt novel,hadiah2x…yg paling penting,dpt banyak kenalan kan?..dpt gak $$ dari servis edit blog.hahahaha.nilai lagi besar dari $$ nuff.muahahaha.
amirnawawi
March 15, 2012 at 8:38 pm (UTC 8) Link to this comment
tak percaya? Percayalaahhhhhh *nyanyi dalam nada lagu Siti Nurhaliza
hehe3. Actually memang tak pernah dapat pun tapi Amir tak kesah. Cari rezeki belah lain pula.
Cuba baca entri terbaru Amir, amir ada dpt benda yg lagi baik punyer..
Syukur…
ecadwinkyasha
March 15, 2012 at 10:52 pm (UTC 8) Link to this comment
samsung tu pinjam2 la wei…post gi sabah boleh?hahaha
amirnawawi
March 16, 2012 at 7:19 pm (UTC 8) Link to this comment
Samsung mana pulak nih? *innocent..hehe3
ecadwinkyasha
March 16, 2012 at 9:11 pm (UTC 8) Link to this comment
untunglah dapat samsung…tukar lah dgn HP nokia eca….jom jom..
HP kita ada touchlight.samsung takde kan?!.
muahahahahah
ecadwinkyasha baru jer tulis pasal..jom pakat LIKE ramai-ramai.
Nurul
March 15, 2012 at 11:12 pm (UTC 8) Link to this comment
entrh yg sangat bagus dan penuh keikhlasan..x sabar nak tunggu entry churp churp..
amirnawawi
March 16, 2012 at 7:19 pm (UTC 8) Link to this comment
hehe3.. memang ikhlas dari lubuk hati nih..
hazman aka species1980
March 16, 2012 at 10:25 am (UTC 8) Link to this comment
Sempoi la AMIR…. tentunya trafik MENCANAK pasal entry nie kan….Nanti kalau free kita layan main panah kat TIMES SQUARE yea…. Sesungguhnya rindu citer ko kat SEVEN ELEVEN tu hahahahahaha
hazman aka species1980 baru jer tulis pasal..Nasi Ayam Signatures KLCC SEPULUH RINGGIT
amirnawawi
March 16, 2012 at 7:18 pm (UTC 8) Link to this comment
hahaha3.. memang mencanak.. dekat Innit pom first untuk hari tuh..
amirnawawi
March 16, 2012 at 7:19 pm (UTC 8) Link to this comment
tu la.. orang tak sudi tak perlu kita nak terhegeh-hegeh kan..
Juan
March 17, 2012 at 7:09 am (UTC 8) Link to this comment
saya setuju dengan penulisan ini
Juan baru jer tulis pasal..How to Sketch Portrait with Pencil
amirnawawi
March 27, 2012 at 6:41 pm (UTC 8) Link to this comment
Terima kasih..
titan
March 17, 2012 at 1:14 pm (UTC 8) Link to this comment
ko wat macam aku aje. aku mintak terus kat diorang. biasanya dapat. Haha..
tak dapat sepuluh BE..dapat satu dua BE kira ok apa..haha..
titan baru jer tulis pasal..Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012
amirnawawi
March 27, 2012 at 6:43 pm (UTC 8) Link to this comment
Camna nak mintak tuh? cer ajar sket..
madammondoq
March 29, 2012 at 10:38 am (UTC 8) Link to this comment
ermm.. baru pasan topik ni.. alah.. semuanya kena rajin dan jgn putus asa berusaha.. pasti akan ada ganjaran yang dtg kalau kita buat dgn niat yg btol..
madammondoq baru jer tulis pasal..Belajar Menghargai Orang Dengan Ikhlas