October 14, 2024
Lain-Lain

Selamat Ulang Tahun Pertama amirnawawi.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah semalam genaplah setahun usia blog aku nih. Terasa cam baru jer kan. Apepun banyak pekara yang berlaku dalam setahun nih.

Mungkin dulu aku tak berapa pasti ape itu blogging. Namun selepas rakan baik aku menunjukkan sedikit jalan, akhirnya aku terus mengorak langkah dengan amirnawawi.com ini. Memang best bila berblogging nih. Dapat kenal ramai kawan baru dari kalangan blogger yang mempunyai minat yang sama macam aku.

Dulu aku ingatkan blogging ni sekadar menulis merapu meraban jer tapi sebenarnya memang susah jugak bagi yang tidak mempunyai kesabaran. Ramai yang mampu menulis namun tak semua penulisan benar-benar berkualiti. Menulis di blog ini bukan sekadar menulis sahaja, saham dosa pahala itu perlu difikirkan jua.

Apepun semoga blog aku ini akan semakin berkembang maju dan cemerlang dalam dunia maya ini. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menyokong saya selama ini.

 

Sireh pinang didalam kaca ,

Dimakan oleh dara pingitan,

Terima kasih kepada pembaca

Budi baik dalam ingatan.

AM: Gembira dapat berblogging nih. Dapat banyak pengalaman baru

 Jemput like page saya di facebook

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

14 thoughts on “Selamat Ulang Tahun Pertama amirnawawi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *