January 17, 2025
Lain-Lain

Kenapa Universiti Malaysia Pahang (UMP)?

Kenapa Universiti Malaysia Pahang (UMP)?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang dikasihi lagi dihormati sekalian. Alhamdulillah berjaya juga mengemaskini blog ini setelah sekian lama menyepi. Rasa malas mula menebal, namun kena gagahkan juga bagi mengelakkan blog ini berhabuk. Oh!

Baiklah beberapa hari lepas saya telah menyertai satu program (akan diceritakan kemudian) dan dalam satu sesi perkenalan, ada seorang ahli kumpulan saya telah menanyakan satu soalan kepada saya iaitu ‘Kenapa memilih Universiti Malaysia Pahang sebagai tempat untuk mengikuti ijazah Sarjana Muda?’.

Sebenarnya ini bukan kali pertama saya diajukan soalan sebegini, semasa dalam subjek Kaunselor Siswa pun pernah diajukan soalan ini kepada semua yang hadir. Memang terkedu dan kelu lidah untuk menjawabnya. Bukan tak nak menjawab, tapi tak tahu nak menjawab apa.

Nak tahu apa yang saya jawab? Tengok balik visi, misi dan teras universiti. Lepas itu cakaplah pasal bidang yang kita minat dan banyak lagi. Sebenarnya banyak kelebihan bila belajar di UMP ini, Salah satu universiti pilihan buat sesiapa yang berminat untuk menyambung dalam bidang kejuruteraan.

logo ump

Namun itu bukan persoalannya, sekarang saya nak minta pendapat pembaca sekalian, yang saya yakin pengunjung blog ini dari UMP sudah bertambah. Kenapa kalian memilih UMP sebagai tempat untuk kalian menyambung pelajaran peringkat Sarjana Muda?

Ayat kliche seperti :

1) Kerajaan dah hantar saya kat sini melalui UPU

2) Saya tak pernah pilih pun UMP, tahu-tahu dapat sini.

Saya nak tahu sebab musabab lain yang lebih kukuh yang mampu untuk kita beritahu kepada lepasan SPM untuk menjadikan universiti kita ini sebagai pilihan utama mereka.

DAN BUAT PEMBACA BLOG SAYA YANG SEDANG MEMBACA ENTRI INI, JANGAN BIMBANG DAN RAGU-RAGU JIKA MENDAPAT TAWARAN UNTUK KE UMP. 🙂

UMP

AM: Saya bangga menjadi salah seorang pelajar di universiti Malaysia Pahang ini.

Lebih maklumat kenapa UMP. Tekan sini

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

8 thoughts on “Kenapa Universiti Malaysia Pahang (UMP)?

  • ump pling dekat beb..u laen sume lbih 2 jam nk smpai..hahaha

    Reply
      • op coz la mir…lg dekat lg bgus..sng tiap mggu aku pecut blik umah…

        Reply
  • Mungkin kerana kedudukannya yang jauh daripada kesibukan bandar kuantan dan juga mempunyai prasarana yang cukup baik serta berhampiran dengan lebuhraya pantai timur.

    Reply
  • ump lagi bagus dari uitm

    Reply
  • Ramai orang pelik apasal ak nak sambung kat ump,sedangkan ak graduate chem eng usm,rumah plak kat nibong tebal n kampus kejuruteraan usm jugak dekat nibong tebal.tambah plak chem eng usm dalam top 50 world ranking.ak pun xtau nak explain ape,cume ak rase research yg bakal ak embark ni lebih berdaya saing dari apa yg ada kat usm.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *