December 13, 2024
Lain-Lain

Kompleks Kolam Renang Awam Presint 6 Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai Kompleks Kolam Renang Awam Presint 6 Putrajaya.

Untuk makluman semua, saya merupakan penggemar sukan renang walaupun berenang saya macam katak. Jadi beberapa hari yang lepas saya telah ke kolam renang awam di Presint 6 ini untuk melepaskan gian berenang..

Setahu saya terdapat banyak kolam renang awam di sekitar Putrajaya, namun di Presint 6 ini sahajalah yang paling dalam. Paling dalam adalah sedalam 2 meter. Terdapat 3 kolam renang di sini iaitu untuk dewasa dan 2 untuk kanak-kanak.

KOlam renang presint 6 2

Bayaran masuk di sini adalah RM2 untuk seorang. Dan hari Isnin kolam renang ini ditutup. Berikut adalah waktu operasi di sini.

Kolam renang awam Presint 6

Boleh tahan juga la berenang kat sini. Namun agak panas jika pergi pada waktu tengahari kerana kolam di sini tidak berbumbung. Sebelum ini saya selalu berkunjung ke Kolam Renang MPK. Di sana terdapat kemudahan kolam renang yang lengkap. Siap ada kolam renang bersaiz Olimpik yang berbumbung lagi. Selesa untuk digunakan.

Apapun semoga kemudahan sukan untuk rakyat dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa demi melahirkan rakyat yang sihat tubuh badan serta cerdas akal fikiran.

 

AM: Hope to find new place soon.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

14 thoughts on “Kompleks Kolam Renang Awam Presint 6 Putrajaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *