Sunrise In Genting Highlands
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ringkas sahaja saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai short vacation saya bersama kawan-kawan ke Genting Highlands.
Sebenarnya ini bukan vacation sangat pun sebab pergi pun on the spot. Tak merancang pun. Tapi best juga pergi on the spot nih sebabnya kalau rancang-rancang pun biasanya tak jadi. Dah beratus kali rancang tak pernah nak jadi. Baik pergi on the spot. Kami pergi pukul 2 pagi dan balik pukul 9 pagi. Kejap je kan?
Pergi kejap je pun sebabnya nak kurangkan stress katanya. Aku ni mana bekerja. Nak stress celah mana pun tak tahu. Tapi dah kawan ajak, pergi sahajalah. Kalau tak pergi kan kata aku ni tak support kawan la, itu la ini la. Baka boo pulak mereka dengan aku nanti.
Sebenarnya untuk makluman semua, ini bukan kali pertama aku ke sini. Dah berapa kali dah aku ke sini ooi. Tu pun semua Resort World Genting yang jemput. Tapi ni la pertama kali pergi sendiri. Tapi kali ini bukan pergi ke puncak pun. Pergi sampai ke Goh Tong Jaya je pun. Almaklumlah yang memandunya perempuan. Jalan bengkang bengkok begitu memang merbahaya. Padahal dalam kereta tu ada je 3 lelaki lain, tapi kami ni special kes 😛
Suasana di Goh Tong memang sejuk. pastikan anda bawak sweater bersama supaya tidak berada dalam kedinginan. Kalau badan gemuk berlemak macam aku ni takpe la. Sejuk sebegitu pun tak rasa apa. Walaupun belum tiba ke puncak, namun suhu di sini memang dingin. Itu belum angin bertiup lagi. Lagi menusuk ke tulang sejuknya.
Apapun ayuh tengok koleksi gambar yang di ambil sepanjang berada di sana. maaf gambar selfie je semua. Cis!
Akhir sekali jutaan terima kasih kepada Kepok a.k.a Shikin, Andy dan Firhan for this short trip. And all the sponsored such as transportation, supper and breakfast. Aku tak keluar satu sen pun oooi! Thank you to you guys. Next time aku pulak ya! Doakan aku dapat kerja la..hahaha
AM: Ok aku dah taip entri ini. Siap!
Lama betul tak pergi genting.. Kali terakhir pergi ke Genting pada tahun 2004… Perghh.. Dah 10 tahun rupanya saya tidak menjejakkan kaki ke Genting Highlands…
Saya pun semenjak jadi blogger ni jer selalu datang ke sini
gambar last tu cantek. hoho..
terima kasih terima kaish
pernah datang sekali je.