Tripda, Perkongsian Perjalanan Anda
Anda tak suka naik train?
Mahukan masa yang lebih fleksible?
Inginkan teman berborak dalam perjalanan?
Perjalanan cepat dan menjimatkan?
Lebih mesra alam dan mengurangkan kesesakan?
Ya! Kalau semua di atas menarik minat anda itu bermakna Tripda adalah jodoh anda. Tripda merupakan satu platform perkongsian kereta dalam perjalanan. Anda ingin menumpang atau ingin menumpangkan orang, semua itu boleh dilakukan. Yang paling penting banyak kebaikkan yang terhasil dari perkongsian ini bukan?
Nak tahu lebih lanjut mengenai Tripda? Jom jom mari dekat dan baca apa yang saya tulis ini. Ini bukan penulisan sembang kencang semata namun penuh dengan isi isi yang akan membuatkan anda berfikir sejenak. Ok! Jom proceed dengan maklumat Tripda,
Ok dah faham? Oh! Tak faham Inggeris ker? Meh saya terjemahkan untuk anda.
Tripda merupakan paltform perkongsian kenderaan yang menghubungkan pemandu dengan penumpang dengan memberikan tempat kosong dalam ruangan kenderaan mereka kepada penumpang yang menuju ke destinasi yang sama dengannya.
Dihasilkan di Brazil pada tahun 2014 oleh seorang usahawan yang bersemangat waja dan dibantu oleh Rocket Internet, syarikat ini telah beroperasi di 13 buah negara dan membantu ribuan orang untuk menumpang sambil berjimat.
Faham? Masih tak faham?
Bahasa Melayu kampungnya ialah, kau tumpang orang yang nak pergi ke tempat sama dengan kau. Dah dia pun nak ke sana, mesti la dia kasi kau tumpang dengan harga yang murah.
Kalau kau driver pulak, mesti kau nak cut-cost minyak kereta kau kan? Kau boleh la offer kepada sesiapa yang nak tumpang kau. Bila dia bayar kurang la sikit beban kau tu.
Faham? Ok kalau dah faham jom kita beralih pula kepada mekanisme bagaimana Tripda ini berfungsi.
Untukl bahagian ini terdapat 2 pilihan untuk anda ketahui. Either you are penumpang ataupun pemandu.
1. Download Tripda di peranti anda ataupun layari sahaja di browser internet anda.
2. Daftar melalui akaun Facebook
– Kenapa akaun Facebook? Sebab ni nak elak dari fakers bermaharaja lela. Mana tahu lelaki menyamar wanita semata-mata nak tumpangkan kaum wanita sahaja. Ini untuk langkah keselamatan la kiranya. Kalau anda perempuan, tengok pemandu yang offer tu friends dia sedikit lepas tu agak meragukan, tak payah la tumpang kereta itu. Faham?
3. Pilih samada anda nak menumpang ataupun memberi tumpang. (passenger or Driver)
Menumpang (search, find a ride) dan memberi tumpang (offer, offer a ride)
4. isi segala butiran perjalanan anda  dan tekan Find A Ride
5. Pilih dan cari trip yang sesuai dengan anda.
6. Setelah anda memilih berdasarkan jumlah tambang dan apa jua mekanisme yang ditentukan oleh pemandu. untuk makluman anda boleh bersembang mengenai trip bersama memandu di dalam aplikasi ini.
7. Akhir sekali enjoy your journey dan jangan lupa selfie!
Ni sembang kencang ni apa kelebihan Tripda ni? sabar la kejap, saya nak cerita la nih. Jemput baca pelahan-lahan. Jangan gelocoh. Kalau tak faham mohon tanya kat ruangan komen ya.
1. Kalain boleh rated pemandu dan pemandu boleh rated anda. Sebabnya kalau yang rated rendah tu memang something wrong with them la kan? Fefaham sendiri la.
2. Ladies only rides! Oh! Kalau anda perempuan dan tak suka menumpang bersama lelaki, anda boleh pilih option ladies rides only. Yang ini ada butang pink. Pink kan sinonim dengan perempuan. Selamat la anda wahai wanita dari lelaki yang gatal. eh? Aku lelaki yang baik. 😛
3. Bebas memilih nak menumpang dan tumpangkan sesiapa. Banyak pilihan oooi. pilih sahaja anda nak yang mana. Kalau jenis malam bangun pagi tu, boleh pilih trip yang tengahari. Tiada masalah.
4. Facebook login sahaja. Kenapa facebook? Baca kat atas. Aku dah tulis kenapa.
5. Sistem mesej dalaman. Dalam Tripda itu sendiri anda boleh mesej ooi. Kalau orang balas mesej anda, anda akan dapat notification. Tak payah nak guna sistem SMS kat telefon anda tuh.
6. Sistem pengesahan melalui SMS dan email. Pabila trip anda dah disahkan, mesej pengesahan akan dihantar melalui email dan sms juga. Jadi tiada alasan untuk terlepas maklumat.
7. Maklumat anda berada dalam keadaan selamat. Tiada kebocoroan maklumat anda kepada pihak luar. Status anda, kerja anda, pakwe/makwe anda. Itu tidak didedahkan. Jangan bimbang. Padahal mereka tak tahu pun maklumat tu..hehe
8. Untuk menggunakan Tripda ini, pemandu diwajibkan mempunyai lesen yang sah. Jadi budak bawah umur dan tiada lesen tu jangan nak memandai-mandai guna. Memang takkan lepas. Tak pepasal anda yang menumpang terpaksa pergi balai polis kalau pemandu tiada lesen kan.
Masih ada apa pertanyaan? Tanya jer aku kat ruangan komen dibawah. Tapi kalau malu anda boleh tanya staf Tripda sendiri. Mereka sedia membantu. baik-baik semuanya.. 🙂
Lupa nak cakap ooooi yang Tripda ini PERCUMA! Yes its free…
Ok dah siap dengan maklumat mengenai Tripda, jom aku nak cerita jugak sedikit mengenai majlis lepak-lepak dengan blogger bersama staf Tripda Malaysia ini. Majlis lepak santai ini berlangsung di Delicious Cafe St. Mary Residence.
Pelbagai maklumat mengenai Tripda ini diterangkan satu-satu kepada hadirin. Sebab tu la aku faham pasal bagaimana sistem ni berfungsi. nak tahu apa yang diceritakan oleh mereka? Hah pi baca atas ni! semua dah aku ceritakan..haha. Itu la yang mereka ceritakan kepada kami yang hadir ni.
Untuk maklumat lanjut mengenai Tripda ini, anda bolehlah layari mana-mana medium di bawah
* Â Tripda website :Â Â http://www.tripda.com.my/
* Tripda mobile app  available on iOS and Google Play
*Â Tripda Facebook page :Â Â https://www.facebook.com/
* Tripda instagram  + twitter handle : @TripdaMY for both
* Hashtag  #TRIPDAblogawards
ok la tuh.
kira nak jimat duit gak la nih.
Baru first tahu tentang kewujudan TRIPDA ni… Nampak sangat menarik…
Gong Xi! Gong Xi! Congratulation for the the most deserving #TripdaBlogAwards Blog Entry
From
Ler Travel Diary
Thank you. Congratulation to you too
Congrats on being one of the TripdaBlogAwards winners! Gong Xi Fa Cai!
Thank you once again 🙂
Congrats on being one of the TripdaBlogAwards winners!
Thank you. 🙂
senang banyak kalau berjalan dengan panduan, takdelah tersesat sana sini.
Congrats on winning the RM200 Tripda blogging contest~
Regards,
Spent RM500+ In Online Advertising To Win Back RM2,000 Tripda Contest But Failed Experience
Pingback: Tripda Bakal Ditamatkan Pada 4 Mac 2016 - AMIRNAWAWI