October 5, 2024
Food

Stacks By Las Vacas di IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda smeua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai salah satu restoren terbaru yang dibukan di IOI City Mall Putrajaya iaitu Stacks by Las Vacas.

Untuk makluman semua, IOI City Mall Putrajaya baru sahaja memulakan operasi pada akhri tahun 2014 yang lepas. Jadi masih banyak restoren baru beroperasi di sini. Dan salah satunya ialah Stacks by Las Vacas. restoren ini merupakan restoren yang menjual makanan ala barat iaitu burger dan steak. Berkongsepkan ala restoren makanan segera (fast food), ia merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Sebelum ini restoren di Las Vacas menyediakan hidangan stik, namun di Stacks ini mereka memfokuskan hidangan seperti burger. Oh! Lupa untuk saya maklumkan bahawa Las Vacas merupakan pembekal daging halal import di Malaysia. Hanya daging berkualiti sahaja yang dijual di sini. Dan ianya HALAL!

Stacks by Las Vacas mungkin berbunyi agak kebaratan dan munkin kita agak skeptikal dengan status restoren sebegini, namun tahukah anda pemilik bagi Stacks di IOI City Mall ini ialah Mr Freddy Azman, a Malay man! Dan untuk makluman semua juga, all the staff in Stacks by Las Vacas di IOI City Mall ini adalah Melayu! From the kitchen to waiters and also to coffe makers. So, isu halal tidak timbul lagi.

Jadi tanpa berlengah panjang lagi, ayuh kita saksikan antara makanan yang terjual di sini. Harga makanan yang paling mahal di sini ialah RM40 iaitu untuk burger yang menggunakan daging wagyu. Semua sedia maklum yang daging wagyu merupakan antara daging yang terbaik di dunia dan di import dari Jepun.

stacks

Jadi buat semua yang teringin untuk mencuba menu ini bolehlah berkunjung ke Stacks di alamat berikut:

 

Stacks by Las Vacas Lot GE-05,
IOI City Mall IOI Resorts
62502 Putrajaya  Wilayah Persekutuan 
Tel: +60 3 8328 0787 
 
Tempat: Pintu Masuk utama dan berhadapan dengan Magnum  Cafe.

 

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

10 thoughts on “Stacks By Las Vacas di IOI City Mall Putrajaya

  • fuhh..

    beger besar-besar korang makan ehh..

    tak habis gua makan sorang tu.

    Reply
  • Seronoknya dapat peluang makan-makan dekat tempat macam ni… bilalah agaknya ada orang nak belanja saya ye? Hehehe.. 😉

    Reply
    • hahaha. Saya pun review sahaja ni.. Nanti kalau ada event boleh la sesiapa belanja

      Reply
  • Boleh la try ni kalau terlajak ke putrajaya bl2..

    Reply
  • macam simple je diorang punya menu. Kalau datang sini boleh try rasa.

    Reply
  • Ok bagus sangat daging dah halal tapi cook pun kena pastikan solat 5 waktu tak pernah tinggal. Buku2 agama contohnya buku bagitau masakan yg dimasak oleh orang yg tak solat mmg penyebab solat si pemakannya tak khusyuk. Banyak lagi bala akibat orang tak solat ni bukan setakat apa yg dia masak.

    Reply
    • Bagus peringatan sebegini. Semoga mereka mendengarnya.

      Mesti encik sentiasa makan kat rumah kan. Masak sendiri sebab kat luar sana ramai jugak yang tak semayang. apatah lagi kalau restoren franchais. Jurumasak mereka bukan Islam. kOnform-konform tak pernah kena air semayang kan.. 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *