Menjamu Selera di Tanah Aina Cafe
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog amirnawawi yang budiman sekalian. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai sebuah kafe yang menarik perhatian saya iaitu Tanah Aina Cafe. Jom kita berkenalan dengan lebih lanjut mengenai kafe unik ini.
Untuk makluman semua kafe Tanah Aina ini terletak di Batu 3 Shah Alam, berdekatan dengan Stesen KTM Batu 3. Kafe ini direka hias berkonsepkan alam semulajadi. Dengan susun atur perabut yang kemas, dekorasi yang indah serta penggunaan warna yang menarik perhatian di segenap sudut ruangan kafe ini. Element sebegini sengaja dicipta untuk mewujudkan perasaan damai dan cintakan alam sekitar dalam kalangan pengunjung mereka. Inspirasi penciptaan tema ini adalah cetusan idea pemilik Tanah Aina Cafe sendiri iaitu Puan Seri To’ Puan Shariffa Sabrina Syed Akil.

Puan Seri To’ Puan Shariffa Sabrina Syed Akil juga merupakan Presiden PEKA (Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia). Jadi tidak hairanlah jika dekorasi indah sebegini diwujudkan. Jika ditanya mengapa Tanah Aina Cafe ini diwujudkan di bangunan yang lama dan bukan di bangunan baru, Puan Seri mempunyai alasannya tersendiri. Ini adalah untuk mengelakkan daripada penggunaan tanah baru yang boleh menjejaskan alam sekitar. Kata beliau bangunan yang ada sekarang sudah cukup untuk menampung kehidupan untuk 30-40 tahun akan datang.

Tanah Aina Cafe ini diusahakan oleh Puan Seri To’ Puan Shariffa Sabrina Syed Akil serta dibantu oleh anak perempuannya sendiri iaitu Farhana. Puan Seri amat menitik beratkan soal makanan yang dihidangkan. Makanan yang disediakan tidak menggunakan bahan pengawet dan perasa tiruan malah pesanan akan dimasak terus dengan ramuan asli untuk memlihara rasa hidangan yang  disediakan. Jom kita tengok serba sedikit masakan yang disediakan di sini.
Tidak hanya menyediakan makanan antarabangsa, Tanah Aina Cafe juga menyediakan masakan tradisional Melayu seperti nasi lemak, kuih lopes, mee kari, mee hoon sup dan banyak lagi. Harga makanan yang disediakan di Tanah Aina Cafe juga amat berpatutan dengan suasan yang amat menyenangkan dan memberi ketenangan untuk menikmati makanan bersama insan tersayang.









Selain mempunyai kafe di tingkat bawah, di Wisma Tanah Aina ini juga mempunyai pusat fitness di bahagian atas. Apa yang menariknya ialah Puan Seri sendiri yang menjadi instructor di sini.
Bagi yang ingin mencuba masakan dan menyertai kelas fitness di sini bolehlah menghubungi atau datang sendiri ke
Tanah Aina Cafe
Wisma Tanah Aina
No 1 Jalan Mesra 1
Taman Mesra Batu 3
Shah Alam Selangor
+60355243258
Hahaha, mula-mula scroll cari gambar sendiri. baru baca, hehehe. Salam kenal Amir Nawawi 🙂
Salam kenal juga ida..
Nak belon besar satu… Boleh bawa balik tak belon besar tu? hehehe
Tu bukan belon, tu bola bro..hehe
Wah… menarik…
Lapar plak rasa… 😀
yg mcm guli tu pun boleh mkn jugak ke?
Guli itu untuk main congkak sahaja..hehe. Makan yang tu memang tercekik la
Wah menarik. Menu2 pun macam best je.
Memang best. Anda patut coba
Menariknya makanan dia, one day ada rezeki nak datang sini, In Shaa Allah.. btw nice sharing 🙂
P/s: Yang guli tu bukan makanan kan? 😀
hehe. Guli tu untuk main congkak tuh
kelas fitness tu paling menarik perhatian.hee
aku terkenang satu makanan je karipap makanan kampung favorit aku
NAsi beriani lamb tu sangat berselera. yummy
Ruang dan tempat makan yang memang selesa kat cafe nie…. tapi pulut durian jugak menu yang champion…. hehehehe
Hi … Anda telah ditag …
Jom join segmen Mini GA by Nina + Anies
memang sedap nampaknya hidangan yang disediakan.
pergh!, gambar makanan tu memang meggiurkan siap ada kelas fitness tu, lepas makan boleh g kelas fitness.