Lawatan ke Pejabat @NuffnangMy dan @Churp2
Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca yang budian sekalian. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya ke Heritage House kepada anda semua.
Oh! baru nak kongsi? Padahal ni dah kali ke berapa puluh dah aku sampai ke sana. hehe. Tapi kali ini aku pergi untuk program lawatan. #ChurpChristmast Tour namanya. Ala macam lawatan sambil belajar gituh. Untuk makluman semua, aku pergi pada 24 Disember pada pukul 11 pagi. Seramai 4 orang Churper menyertai lawatan ini.

Waduh! pertama sekali aku pergi Orange Office, ingatkan meet kat sana, rupanya kena turun bawah. Dah lama tak turun office bawah. Dedulu ada la jugak turun bawah masa Mikaela/May Ying Ong kerja ngan Churp-churp. Selalu juga pergi. Selepas mereka pindah ke atas, tak pergi dahla aku kat tingkat bawah. Eh!



Lawatan kali ini santai-santai sahaja. Untuk mengenali lebih mesra para karyawan yang berada di sangkar burung ini. Kami diberikan pasport, dan dikehendaki menghabiskan lawatan ke sekitar tingkat bawah dan juga Pejabat Oren.






Sebenarnya ini kali kedua saya datang ke event Churp-churp semperna Christmas. Untuk pengalaman sebelum ini bolehlah baca di entri ini.
Yang paling menarik mengenai lawatan ini ialah, di setiap check point kami diberikan hadiah! Waduh sebelum pulang udah bisa penuh beg itu. yang penting aku dapat seekor lagi burung! Memang menarik, buat peluk tidur pun best 🙂
Dan layanan yang diberikan oleh Churpies hari tersebut memang mesra dan baik sekali!. Nick Yap sebagai ketua rombongan..heu heu.. Dan yang selebihnya adalah jelitawan dan intern mereka. Sungguh mesra walaupun ada seorang tuh yawning. Mengantuk mungkin..hehe.
Apapun hope to go again to heritage House after this.
AM: Rupenyer dah 4 tahun aku bersama mereka. Wah! Agak senior di situ ;P
fuhh..best la dapat gi sana kan.
Tak ada masa saya nak pergi ke tempat macam ni… Walaubagaimanapun terima kasih di atas perkongsian pengalaman…
Wah..bestnya dapat pergi situ. Saya tak pernah berpeluang lagi setakat ni, usahkan pejabat Nuffnang, nak withdraw pun tak lepas2 lagi haha
kalau suasan tempat kerja macam itu, memang semangat aku nak bekerja..hahah
Yang paling best kerja dekat nuffnang best giler argh!!
Boleh peluk bantal lagi.
Eh, nama I appear kat sini. Helo! Rindu ke? XD
hahaha.. Rindu la Mike!
Pingback: Xiaomi Redmi Note Percuma Dari ChurpChurp - AMIRNAWAWI