March 23, 2025
Lain-Lain

Majalah Travel 3Sixty AirAsia Sudah Isu ke-100!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat smeua pembaca blog yang budiman sekalian. Baiklah pada entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai pelancaran isu terbaru majalah travel 3sixty AirAsia yang telah memasuki isu yang ke 100! Itu bermakna sudah beberapa versi yang telah anda baca dalam pesawat Airasia.

Majalah dalam penerbangan AirAsia, travel 3sixty yang telah memeangi pelbagai anugerah telah mengadakan majlis sambutan bagi isu yang ke 100 malajah tersebut, yang turut menandakan ulang tahun ke-8 bagi majalah yang telah berkembang hingga mencecah 3 juta pembaca bulanan.

Datuk Kamarudin Meranun, penerbit Majalah Travel 3sixty yang juga pengerusi eksekutif AirAsia berkata,

“Perjalanan bagi malajah dalam penerbangan ini amat menarik sejak ditubuhkan pada tahun 2007. Saya berbangga melihat perkembangan majalah ini yang kini telah menjadi sebuah majalah yang anggun, bergaya, berinformasi. dan juga satu-satunya maajah dalam pernerbangan yang diaudit dan disahkan oleh ABCM.

“Misi utama majalah ini adalah untuk mempamerkan yang terbaik dalam percutian, budaya dan cara hidup dan kami mahu semua pembaca untuk terus mendapatkan pengalaman dan meinkmati majalah ini melalui pelbagai media, iaitu media cetak dan digital. Isu yang ke 100 bukanlah pencapaian yang mudah, dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan editorial atas kejayaan ini.

Bersama rakan blogger di majlis pelancaran.
Bersama rakan blogger di majlis pelancaran.

Satu pertandingan khas yang bertemakan “INVITE travel 3sixty’ turut diumumkan bersempena dengan isu ke- ini. Pertandingan ini membuka peluang kepada pembaca majalah untuk menjemput pasukan editorial untuk melawat kampung halaman mereka dan juga akan ditampilkan sebagai rencana utama, membolehkan cerita-cerita tempatan dapat dikongsikan sebagai cerita serantau melalui majalah ini.

Inspirasi untuk pertandingan khas ini datang dari seorang guru seolah di luar kawasan banadar di Tebedu Sarawak yang telah menghantar email kepada pasukan editorial dan telah berkongsi cerita bagaimana beliau menggunakan majalah ini untuk mengajar murid-muridnyatentang budaya lain di rantau ini selain meingkatkan pengusaan bahasa Inggeris mereka.

Majalah ini telah banyak memenangi banyak anugerah dan penghargaan sejak ditubuhkan pada ogos 2007. Yang terbaru telah meraih Anugerah Pencapaian Platinum di Majlis Anugerah Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Award 2014 bagi kategori Media Cetak Antarabangsa yang mempunyai 22 penerbitan disenarai pendek seluruh dunia.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Majalah Travel 3Sixty AirAsia Sudah Isu ke-100!

  • Tahniah Air Asia.. dah dekat 3 tahun tak naik Air Asia.. sampai dah tak ingat tentang isi kandungan buku ni..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *