Melaka Alive Tarikan Terbaru untuk Negeri Melaka
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian,. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di saming keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini saya ingin ongsikan dengan anda semua mengenai tarikan terbaru di Melaka iaitu Melaka Alive.
Melaka Alive? Apa itu?Â
Mesti masih ramai yang belum mengetahui secara umum apa itu Melaka Alive, untuk makluman semua, Melaka Alive merupakan satu persembahan teater khas berkonsepkan sejarah negeri Melaka dengan bantuan kesan khas yang menarik. Dibawakan khas oleh Neuvo Attraction & Destination Sdn Bhd.
Tidak hanya persembahan teater biasa namun ianya adalah dengan konsep 5D! Ya memang semua terpinga-pinga bagaimana konsep 5D. Tidak hanya menggunakan bunyi dan cahaya sebagai elemen dalam persembahan, teater ini juga menyelitkan unsur air dalam persembahan mereka. Jaga-jaga kerana anda mungkin kebasahan disirami oleh air.
Memang menarik, bagi saya persembahan bertenaga dan juga mengembalikan nostalgia lama mengenai sejarah Melaka. Dan dimaklumkan bahawa tidak hanya satu cerita sahaja, namun ianya bertukar tukar mengikut waktu. Jadi bukan sepanjang tahun tu pengkisahan yang sama sahaja ya.
Boleh dikatakan persembahan ini juga dipanggil teater muzikal, tidak hanya teater biasa, diselit juga tarian dan nyanyian yang memukai. Oh! Lupa untuk saya katakan yang teater ini dipersembahkan dalam bahasa Inggeris. Namun jangan bimbang, ada sarikata di sediakan. Teater ada sarikata? How? Itulah rahsianya, anda patut pergi sendiri. Dan anda akan tahu jawapannya di sana.
Kalau anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut,
Melaka Alive
Jalan Parameswara, Bandar Hilir Melaka (berhadapan Bangunan Pengistiharan Merdeka)
Dibuka setiap hari Khamis hingga Ahad dan hari cuti umum Malaysia
7.30 malam dan 9 malam (2 show setiap hari)
Harga tiket :
Dewasa: RM35 (warganegara), RM45 (bukan warga)
Kanak-kanak (4-12 tahun): RM20 (warga), RM28 (bukan warga)
Warga emas (60 tahun ke atas): RM20 (warga), RM45 (bukan warga)
Maklumat lanjut boleh hubungi talian di bawah
012-2669374/012-2669461/603-78772828
p/s: Selain itu juga di venue yang sama diadakan pameran The Pirates Adventures. Jangan lepaskan peluang untuk merasa pengalaman berada di dalam kapal Jack Sparrow. yeah!
AM: Bab treater tu memang wajib tengok weh. Serius aku cakap memang tak boring,. Serius! Memang wajib kalau hampa semua pergi ke Melaka. Aku memang nak pergi menonton sekali lagi kalau diberi peluang.
boleh datang ke sini bila cuti hujung tahun nanti 🙂
Ya, memang direkemen untuk pergi.. 🙂
Baru tahu ada Melaka Alive ni… Bolehlah bawa anak-anak jalan ke sini satu hari nanti… 😉
Pergi la. Belajar sejarah dengan cara yang menyeronokkkan 🙂