January 15, 2025
Lain-Lain

Marilah Kita Menjaga Kelestarian Tapir Di Dunia Bersama

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua mengenai tapir bersempena dengan Hari Tapir Sedunia.

27 April setiap tahun diangkat menjadi Hari Tapir Sedunia. Melalui hari ini, diharapkan dapat memberi kesedaran kepada semua tentang kewujudan tapir dan keadaan mereka sekarang. Semua sedia maklum bahasawasanya tapir sudah dimasukkan dalam senarai haiwan yang terancam. Mana tidaknya populasi mereka semakin menurun saban tahun.

Oleh yang demikian juga, Watsons, Pocotee & Friends, dan juga Ecotourism and Conservation Society Malaysia (ECOMY) telah bekerjasama dalam menjayakan kempen ‘We Hug Tapir’. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kelestarian alam agar tapir mampu bertahan dengan lebih lama lagi di muka bumi ini.

Untuk makluman semua, Malayan Tapir yang menghuni tanah Nusantara ini merupakan antara spesis yang diancam kepupusan. Malaysia, Thailand, Myanmar dan juga pulau Sumatera merupakan tempat tinggal bagi spesies ini. Namun sekarang, ekosistem mereka diceroboh dan akhirnya kehidupan mereka turut terjejas.

Atas kesedaran ini juga. Watsons bersama produk Naturals iaitu jenama keluaran mereka telah menganjurkan program ‘Sehari Bersama Tapir dan Alam Semulajadi” yang diadakan di River Dusun Wildlife Reserve di Selangor. Saya juga tidak berkecuali mengikuti program ini bersama pengamal media yang lain.

Di sini, saya telah belajar banyak pekara mengenai tapir ini. Sayang sekali bila mengenangkan keadaan tapir ini yang banyak dirundung malang saban hari. Acapkali juga kita mendengar yang tapir selalu dilanggar oleh kereta bukan? Ya! Itu antara penyebab terbanyak kematian tapir ini.

Pegawai Perhilitan sedang memberikan penerangan mengenai tapir kepada hadirin.
“Tahukah anda yang tapir merupakan haiwan terbesar di Selangor?”

Ini salah satu fakta yang saya perolehi semasa menyertai program ini. Memandangkan gajah tiada di Selangor, maka tapirlah haiwan yang terbesar yang wujud di negeri ini. Tapir adalah haiwan yang sama dalam spesies kuda dan badak. Sekilas kita melihat mereka sudah kita tahu akan keadaan fizikalnya bagaimana bukan?

Di River Dusun Wildlife Reserve ini juga dijadikan tempat buat tapir ini membiak dan mereka dijaga sebaiknya. Buat masa ini seramai 9 ekor tapir berada di sini. Dimaklumkan juga, apabila usia tapir ini mencapai dewasa dan mampu berdikari, mereka akan dilepaskan ke hutan untuk mereka menjalani kehidupan sepertimana haiwan liar yang lain.

Sang anak bersama ibu..
Comelnya sang anak. Malu pula dia nak berpaling ke sini

Selain dari itu juga, kami menanam pokok nangka yang menjadi makanan kegemaran bagi tapir ini. Semoga pohon ini berbuah lebat dan menjadi santapan para tapir ini nanti. Stay strong pokok nangka! Tapir needs you!

Tetamu jemputan iaitu En Danny Goh, Encik Andrew Sebastian sedang menanam pokok sebagai simbolik program pada hari ini
Plak dipacak untuk memberitahu tentang program yang diadakan
Saya juga tidak terkecuali!
Tumbuh suburlah wahai pohon nangka

Melalui kempen pembelian produk dari jenama Watsons, sebahagian didermakan untuk projek ini. Sebanyak RM1  disumbangkan dari setiap produk yang dibeli oleh pengguna. Derma ini akan digunakan untuk program kesedaran untuk anak-anak sekolah yang tinggal berdekatan dengan Taman Negara National Park iaitu tempat tinggal tapir ini.

Sepanjang kempen ini berlangsung, sebanyak RM30,524 telah berjaya dikutip. Ianya diharapkan agar mampu menyokong usaha program kesedaran dalam kalangan anak-anak kita supaya sentiasa menjaga kelestarian hidupan liar di muka bumi ini.

Semoga usaha seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan. Sayang seribu kali sayang jika tapir, antara haiwan yang mendiami bumi bertuah Malaysia ini hilang ditelan zaman. Bersamalah kita semua berusaha bersama-sama mengelakkan ianya daripada pupus untuk mengimbangi ekosistem alam ini.

Biar anak cucu kita pada masa hadapan mampu untuk melihat secara langsung haiwan ini depan mata, bukannya gambar sahaja dari komputer riba.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

19 thoughts on “Marilah Kita Menjaga Kelestarian Tapir Di Dunia Bersama

  • awak ke tapir tu? tetiba teringat iklan biodiversity kat tv3 tu haahahaha . tapi cuba teka populasi tapir sekarang macam mana

    Reply
  • Seriously program dari Watson ni memang sangat bermanfaat. Dapat kenali tentang binatang Tapir ni lagi deep. Betul tak tahu la apa akan jadi pada masa akan datang. Pupus ke kalau anak-anak teknologi zaman sekarang tak ada yang amik tahu.

    Reply
  • Wah, bestnya ada program kesedaran pasal tapir, ada yang tak tahu pun tapir ni wijud kat malaysia. Selama ni duk ingat tapir ni kat area borneo, tak sangka kat selangor ada.

    Reply
  • Baru tahu rupanya tapir binatang paling besar di selangor ni. Tula kehidupan tapir sekarang semakin terancam. Bagus ada program macam ni dapat beri kesedaran kepada orang awam betapa pentingnya menjaga kelestarian hidupan yang terancam seperti tapir. Bukan untuk orang lain, untuk generasi yang akan datang

    Reply
  • Nhazla binti Mohamed Fikri

    Kelakar juga kempen We Hug Tapir tu. Boleh bayang pakat duk peluk tapir. Hehe. Terima kasih berkongsi hal tapir ni. Maklumat yang bagus tentang makanan kegemaran tapir adalah nangka. Ada pokok nangka, adalah tapir. Cuma confuse, di dalam hutan pun rupanya ada pokok nangka liar la ya. Andaian jela ni. Satu soalan, kalau nak menderma, kiranya kena membeli-belah di Watson ke? Beli satu item, derma satu ringgit. Macam tu? Harap mendapat jawapan. Terima kasih

    Reply
  • Bagus nya ada program macam ni . Kalau tak , tentu generasi Akan datang tak dapat tengok tapir dah … Sebenarnya nina sendiri belum pernah tengok tapir. Hehee… nanti nak gi sana bawak anak-anak laaaa

    Reply
  • Terima kasih kongsi mengenai haiwan yang huda tak pernah tengok ni. Baru tahu rupanya ada Hari Tapir Sedunia . Bagus la event Watson dan kerjasama dengan macam-macam agensi ni. Aktiviti tanam pokok tu pun bagus. InshaAllah, one day nak bawa anak-anak tengok tapir kat sini.

    Reply
  • Banyak haiwan dah makin pupus.memang kena perbanyakkan program kesedaran ni pada masyarakat sama2 berusaha menjaga agar haiwan tak pupus

    Reply
  • I will support any campaign to protect this species. Hope our future generation able to see Tapir and learn about this animal.

    Reply
  • Tahniah watson atas awareness program macam ni. Memang kita semua tau yang tapir semakin pupus. Jadi kena ada tempat perlindungan untuk haiwan ni untuk terus membiak. Kalau tak, anak cucu kita nanti tak kenal apa itu tapir.

    Reply
  • Yeahhh terbaik lah Amir join program mcm ni. Sebagai pencinta haiwan..bidadari jatuh dr langit amat sokong 100% diadakan program cam ni..melindungi haiwan2 yg semakin pupus ni.
    Next time kalu ada program cam gini gitaulah ekk

    Reply
  • Amboi ayat surat khabar sangat hehehe tapi amir tak takut tapir ker hehehehe. tengok tapir ni teringat kat amir wakakakaka tak pernah tengok tapir secara dekat amir pernah wakakakak..

    Reply
  • Dulu tak tahu nama tapir. Duk sebut tenuk je. Sbb masa duduk alor setar mmg sebut tenuk.1st time tahu ada hari tapir sedunia. Tp mmg tapur ni antara haiwan yg pupus yg ptt dilindungi

    Reply
  • Ni pun antara spesis terancam kan. Mesti nak kena jaga ni. Wajib. Utk anak cucu kita. Unik tapir ni. Sedang elok aje black & white. Kita kena wujud kan suasana hutan yg semulajadi utk tapir. Baru la perkembangan baby tapir sihat dan natural.

    Reply
  • okay baru tahu tapir nie haiwan terbesar di selangor. dan baru tahu jugak rupanya tapir nie ada banyak jenis. dan setiap jenis berbeza warna kulit dia. eh comel pulak tapir-tapir nie. Semoga kelestarian hidup si tapir akan terus berlangsung dengan adanya usaha seperti ini. thank you Watson for doing this.

    Reply
  • Baru kita tahu daun nangka tu favourite tapir. Teringat masa join UNESCO club dulu, they do have this write up bout tapir on their monthly newsletter, masa tu baru mak tahu they have other name for tapir; cipan 😂

    Reply
  • Kalau nak tengok tapir pun kena pergi zoo.kat situ baru nampak depan mata. Yup tapir merupakan haiwan yang terancam populasinya.selama nih tau tapi yang hitam putih saja, baca entry ni baru tau tapir ada banyak jenis.

    Reply
  • sedih tengok tapir sekarang ni dah makin pupus, pastu bila tapir sesat kat kawasan perumahan tidak ada siapa yang pandai handle tapir yang liar sampai ada kes tapir mati. Hopefully, anak-anak kita sempat kenal haiwan yang menarik ni.

    Reply
  • I have not seen tapir in real yet. this program really a great program and we the idea of replanting plant would also help not only providing fruits but more oxygen to them in the farm.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *