Menarik Rupanya Produk Himalaya ini, Patutlah Ramai Yang Minat dan Tular
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai produk Himalaya yang saya gunakan.
Untuk makluman semua para pembaca, saya sememangnya seorang yang tak reti duduk diam. Akan ada sahaja tempat yang akan saya terjahi bila ada peluang dan kelapangan. Oleh sebab itu kesihatan tubuh badan menjadi keutamaan saya.
Mana tidaknya, pernah saya pergi travel 2 minggu berturut turut tanpa rehat. Anda boleh bayangkan betapa sakitnya tubuh badan saya ini. tapi bila antibodi dan penggunaan produk yang betul, insyAllah tiada penyakit yang menjengah.
Untuk trip back to back saya ke Lost World of Tambun tempoh hari, saya telah menggunakan produk Himalaya sebagai peneman saya sepanjang trip itu. Kenapa Himalaya? Sebabnya ramai yang cakap produk ini ok. Lebih-lebih lagi rakan blogger Mek Onie. Asyik dok promote produk ini sahaja.
Apapun kali ini saya telah menggunakan beberapa produk Himalaya iaitu:
1. Neem Face Wash
2. Protein Shampoo Gentle Daily Care Shampoo
3. Clear Complexion Whitening Day Cream
4. Neem Caps
5. Koflet Lozenges
Ok baiklah jom saya bercerita tentang satu demi satu produk ini. Jom kita ke produk yang pertamaaaaaaa. Yeahhhhh!
1. Neem Face Wash
Ini antara produk yang paling saya gemari. Memang best bila guna produk ini. Mana tidaknya kulit muka akan jadi lebih lembut dan lincin. Almaklumlah bila travel ni tak kisah la lubang mana, lubuk mana semua saya masuk. Hah sebab itu muka penuh kotoran. Bila guna tisu basah tu memang hitam legam tisu tu. Nampak tak betapa teruknya?
2. Protein Shampoo Gentle Daily Care Shampoo
Ini pun salah satu produk penting bila travel. Rambut memang akan jadi kusut masai. Entah debu dari mana muncul pun saya tak tahu. Kalau tak ditangani dengan elok, jadi kelemumur la kepala kita. Oleh itu dengan adanya syampu ini akan menjaga rambut kita hingga ke akar. Menjadikan rambut kita lembut dan mudah diurus. Saya suka!
3. Clear Complexion Whitening Day Cream
Yang ini pun wajib bila travel. Almaklumlah rakyat Asian. Kulit ini aset penting juga. Tak mahulah nanti kulit muka gelap gelita dan tak sekata. Dengan penggunaan produk ini akan menjadikan kulit kita lebih lembab, warna sekata dan mencerahkan! Produk ini juga mengandungi cinnablock yang mampu menghalang sinaran UV yang membahaya kepada kulit kita.
4. Neem Caps
Yang ini pun salah satu usaha untuk memastikan kesihatan kita terjamin dari dalam. Kapsul ini mengandungi herba yang baik untuk badan. Tiada kandungan bahan kimia ya. Itu yang terbaik. Kita pun tak tahu bila kita nak demam kan. Jadi bab kata orang tua-tua, Prevention is better than cure. Kerlas!
5. Koflet Lozenges
Yang ini memang terbaik. ianya seperti gula-gula dan mudah disimpan di dalam poket. Memang sesuai dibawa untuk travel. Memang berguna bila tekak terasa kering dan sakit. Jadi ianya memang membantu. Pastikan ia sentiasa di dalam poket anda ya.
Apa yang saya dapat simpulkan, produk-produk dari Himalaya ini memang membantu dalam menjalani hidup-hidup anda. Demi kesihatan yang lebih baik. Masa muda ni lah nak jaga kesihatan baik-baik kan? Supaya tak menyesal bila dah tua. Makanan tambahan dan penggunaan produk yang penting juga perlu.
Oklah itu sahaja yang nak saya kongsikan secara ringkas. Nak tahu lebih lanjut bolehlah berhubung terus dengan medium rasmi pihak Himalaya ya.
Saya pun selalu beli dan guna produk Himalaya ini mahupun untuk lelaki dan juga perempuan