Raikan Majlis Anda di Lake Cempaka Villa Kelolaan Felda D’Saji

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai venue terbaru yang dikelolakan oleh Felda D’Saji iaitu  Lake Cempaka Villa.

Untuk makluman semua, Lake Cempaka Villa ini merupakan venue ke 14 kelolaan Felda D’Saji. Felda D’Saji merupakan anak syarikat Koperasi Permodalan Felda dan Felda. Di venue ini anda boleh mengadakan pelbagai majlis antaranya majlis perkahwinan, makan malam syarikat, sambutan hari lahir, dan pelbagai lagi mengikut permintaan anda.

Bercakap mengenai Lake Cempaka Villa ini, venue ini terletak di Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Untuk lebih mudah anda datang ke sini, cari sahaja McDonald Bandar Baru Bangi dan anda akan lihat bangunan ini di belakangnnya. Penubuhan venue ini bermula pada Julai 2017 dengan kerjasama daripada syarikat Ixora dan Majlis Daerah Hulu Langat.

Sebenarnya tempat ini adalah tapak pejabat pengurusan bagi Taman Tasik Cempaka, namun ianya telah digubah menjadi sebuah venue restoran yang cukup kondusif bagi mengadakan majlis anda. Dengan penubuhan restoran ini bakal menjadikan ia sebagai salah satu mercu tanda yang terbaru bagi Bandar Baru Bangi.

Mungkin bagi anda semua tertanya-tanya apa yang membezakan venue ini berbanding venue yang sedia ada di Bangi dan Kajang kan? Untuk makluman anda venue ini berkonsep santai dengan pemandangan tasik serta berkonsep terbuka teres dan bilik berhawa dingin untuk digunakan oleh para tetamunya.

Contoh pelamin yang boleh dipilih

Dengan keluasannya yang cukup besar mampu memuatkan 350 tempat duduk dalam satu masa dan mampu memuatkan 2000 tetamu untuk majlis berkonsepkan buffet. Terdapat bilik khas yang mampu menempatkan pelamin dan ianya berhawa dingin.

Lagi contoh pelamin

Jadi tak usah risau akan mekap dan keadaan pengantin. Memang cukup selesa dan kondusif. Bagi tetamu pula, terdapat kipas besar pertama seumpamanya di venue D’Saji yang mampu memberikan kedinginan bagi anda yang hadir. Ini kerana keselesaan tetamu adalah keutamaan bagi pihak D’Saji.

Ruangan makan beradap

Semua sedia maklum, bila melibatkan majlis yang besar, akan berlaku masalah berkaitan ruangan tempat letak kenderaan dan juga kemudahan yang lain seperti tandas dan surau bukan? Di Lake Cempaka Villa semua itu bukan masalah kerana di sini terdapat ruangan parkir yang cukup luas untuk para tetamu. Di samping terdapat juga tandas dan surau yang selesa untuk digunakan.

Bagi soal makanan pula, mungkin siapa yang sudah agak kenal katering Felda D’Saji akan tahu mengenai keenakan masakan yang disediakan oleh pihak mereka. Saya sendiri telah merasai banyak kali dan memang boleh saya rumuskan yang masakan mereka adalah antara masakan Melayu yang terbaik yang pernah saya nikmati. Jadi bab katering, anda tak perlu risau 🙂

Untuk anda yang ingin melaksanakan majlis perkahwinan anda di sini, pihak Felda D’Saji menawarkan Pakej Perkahwinan Lake Cempaka Villa bermula dari hanya RM28 untuk seorang termasuk pelamin. Promosi ini sehingga hujung tahun 2017.

Selain itu juga, pada hari biasa terdapat tawaran masakan restoren ‘Authentic Malay’ untuk makan tengahari dari Isnin hingga Khamis dan BBQ Steamboat pula pada sebelah malam dengan tawaran pelbagai lagi menu ala carte yang lain. Untuk buffet ini, harganya hanyalah dari RM29 dan ala carte bermula dari RM8.00.

Baru-baru ini, Lake Cempaka Villa telah dirasmikan oleh Tan Sri Shahrir Samad iaitu Pengerusi Felda.

Bagi anda yang inign ke sini dan inign mendapatkan maklumat lanjut bolehlah melayari mana-mana medium di bawah.

Lake Cempaka Villa

Taman tasik Cempaka

Bandar Baru Bangi

Bangi Selangor

Telefon: 019-2777792 (pn Nabila)

Email: nornabillah.ms@felda.net.my

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge