Nikmati Hidangan Ayam Kampung di Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium D’Pulze Cyberjaya
Nikmati Hidangan Ayam Kampung di Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium D’Pulze Cyberjaya |
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai restoran yang menyajikan masakan berasaskan ayam kampung yang cukup enak iaitu di Restoran Ayam Kampung Velodrone Premium di D’Pulze Cyberjaya.
Untuk makluman, Restoran Ayam Kampung Velodrome ini merupakan rangkaian restoran yang menyajikan masakan berasaskan ayam kampung sejak tahun 1980 lagi. Jadi ianya memang tidak asing dalam menyajikan masakan tersebut. Tidak hanya makanan berasaskan ayam kampung, makanan lain yang turut disajikan di sini adalah masakan kampung dan juga masakan ala barat.
Restoran mereka di D’pulze Cyberjaya ini meruapakan cawangan mereka yang ke-3. Dijangkakan banyak lagi cawangan lain yang bakal muncul antaranya di klia2! Wah! semoga lebih banyak lagi restoran sebegini ditempat tumpuan sebegitu. Dahla sedap, mudah la untuk kita makan bila menunggu penerbangan selepas ini.
Antara makanan yang boleh didapati di sini adalah:
Set Nasi Ayam Kampung
Set Nasi Ayam Kampung Butter
Siput Sedut Masak Lemak
Seleksi Ikan Bakar Dendam Tak Sudah
Makanan lain yang turut disajikan di sini adalah masakan barat, lauk pauk tradisi yang lain seperti daging masak hitam, udang masak merah, daging salai masak lemak, ayam kampung masak merah. Di sini juga terdapat masakan ala-carte iaitu char koew teow, mee dan bihun goreng AKV, nasi goreng ayam AKV, laksa utara dan juga lontong istimewa.
Selain tu, terdapat juga satay ayam kampung. Ini pertama kali saya makan satay ayam kampung. tak sangka isinya cukup lembut dan lagi manis dari daging ayam bandar yang kita biasa makan. memang menarik. Yang ini anda wajib cuba.
Pilihan air juga banyak disini. Dari jus buah hinggalah kepada air konvesional yang biasa kita minum.
Tidak hanya dengan itu, terdapat beberapa tawaran menarik untuk anda dapatkan di restoran ini. Antaranya:
1. Tawaran Sempena Hari Kemerdekaan
Kunjungi restoran ini dari pukul 10 pagi hingga 12 tengahari sepanjang bulan Ogos ini dan nikmati diskaun 50% bagi menu set ayam kampung, ayam kampung butter dan set nasi lemak ayam kampung.
2. Tawaran Buat Para Pelajar
Buat pelajar yang berkunjung ke sini, dapatkan diskaun 10% untuk makanan anda sepanjang hari. Hanya tunjukkan kad pelajar anda sahaja.
3. Ruangan Untuk Mengadakan Majlis
Buat anda yang inign mengadakan majlis di sini, tidak perlu untuk membayar apa-apa sewa tempat. Anda hanya perlu memesan makan yang disediakan oleh pihak mnereka sahaja. Menarik bukan?
Untuk anda yang ingin ke sini bolehlah mengikuti alamat dan medium seperti di bawah:
Restoran Ayam Kampung Velodrome
Lot EX-GW-01 Aras G
DPulze Shopping Centre Cyberjaya
Facebook: Ayam Kampung Velodrome Premium
Telefon: 010 300 3077
Tengok gambar pun dah menarik kena cuba sekali baru tahu kenikmatan ayam kampung ni