Mindful Muslim – Santapan Rohani Buat Insani
Mindful Muslim – Santapan Rohani Buat Insani | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai aplikasi yang terbaik yang saya jumpa iaitu Mindful Muslim.
Sepintas Lalu Apa Itu Aplikasi Mindful Muslim?
Mindful Muslim adalah aplikasi kesadaran Islam pertama di dunia yang dibangunkan untuk membantu 1.8 bilion umat Islam meningkatkan kesejahteraan emosi dan mental mereka melalui ceramah audio yang lemah lembut dari kisah-kisah Islam.
Anda boleh membuat senarai untuk anda dengar seperti Dua, Ruqyah, Al-Quran malam, suara alam dan perbincangan audio yang diperdengarkan secara lembut untuk membantu anda tidur.
Selain itu juga, anda boleh memilih banyak kisah Islam untuk membantu anda mengurangkan kegelisahan, insomnia, kemurungan atau kebimbangan. Pendek kata, Mindful Muslim adalah aplikasi islamik yang wajib ada untuk setiap muslim.
Bagaimana Saya Jumpa Aplikasi Ini?
Sebenarnya saya ini seorang burung hantu. Setiap malam amat sukar untuk saya pejamkan mata. Bila pejamkan mata, ada sahaja benda yang saya fikirkan menyebabkan saya jadi gelisah dan memikirkan benda yang tak perlu pun. Tambahan pula sekarang musim PKP. Asyik berkurung sahaja akan menjadikan kesihatan mental semakin buruk.
Nak dijadikan cerita, saya ada nampak perkongsian kawan mengenai aplikasi ini di media sosial. Jadi saya muat turunlah sendiri aplikasi ini untuk mencuba. Pandangan pertama saya agak mengagumkan. Mana tidaknya, aplikasi ini cukup lengkap dengan pelbagai input yang berguna untuk halwa telinga kita.
Paling saya suka akan fungsinya yang pelbagai dari siang hinggalah ke malam. Saya boleh pilih apa yang saya mahukan mengikut keadaan dan waktu. Ianya dilengkapi dengan bacaan ayat al-Quran, zikir, kisah-kisah para Nabi, ceramah motivasi, bacaan rukyah dan doa-doa khas.
Anda juga boleh memilih bunyian alam semula jadi yang cukup menenangkan yang anda mahukan. Seperti saya, saya gemar akan bunyi hujan. So calming.
Selain itu juga terdapat bacaan al-Quran dari beberapa orang Qari besar. Mesti kalian kenal akan nama-nama qari seperti Saad Al-Ghamdi, Mishari Rashid Al-Alfasy, Abdul Rahman Sudais ataupun Abdul Basit Abdul Samad. Kalian pilih sahaja untuk mendengar alunan Quran daripada nama-nama qari di atas.
Buat sahaja playlist mengikut apa yang anda mahukan lepas itu pasang. Macam saya tengah menaip entri ini pun saya mendengar playlist yang saya buat sendiri. Alhamdulillah. Boleh menenangkan fikiran.
Muat Turun Aplikasi Mindful Muslim Sekarang!
Mungkin ramai di antara anda yang teringin untuk memuat turun Mindful Muslim Apps. Anda boleh bebruat demikian dengan menekan mana-mana dari pautan di bawah:
iOS: https://apps.apple.com/my/app/mindfulmuslim/id1503293513
Andriod: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mindfulmuslim
Aplikasi ini adalah secara percuma, namun anda boleh melanggan untuk kandungan premium pada harga AS$3.90 (RM16.09) sebulan. Buat masa sekarang, aplikasi Mindful Muslim ini boleh didapati dalam versi bahasa Inggeris dan mengikut perancangan ianya juga bakal diperluaskan dalam bahasa Melayu dan Arab.
Sedikit makluman terakhir berkenaan aplikasi ini. Mindful Muslim apps ini dibangunkan oleh Encik Mohd Akhtaar Bin Abdul Ghani atau lebih dikenali dengan panggilan M dalam kalangan keluarga dan juga teman rapatnya. Baru berusia 33 tahun dan berasal dari Singapura, Mohd Akhtaar kini sedang melanjutkan pelajaran di Auckland University of Technology di New Zealand dalam bidang Masters of Communication.
Jangan lupa untuk muat turun sekarang 😉