Minum Kapi-Tea dan Menang!
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang permainan yang menarik yang disediakan oleh pihak Chatime.
Bukan itu sahaja, dengan permainan ini, anda dapat memenangi hadiah yang menarik. Antaranya ialah tiket penerbangan ke New Zealand! Wow ini sememangnya ohsem.
Untuk bermain permainan ini cukup mudah. Hanya perlukan telefon pintar dan juga anda perlu bertandang ke mana-mana cawangan Chatime yang mengambil bahagian untuk kempen ini.
Permainannya mudah sahaja, halakan telefon anda dengan memungut seberapa banyak bebola aiskrim di skrin dengan menggerakan telefon anda ke kiri dan juga ke kanan. Pastikan telefon anda mempunyai talian internet yang super duper pantas. Kalau tidak anda akan lagging ke belakang.
Anda juga boleh bermain seberapa banyak yang anda mahukan dan kumpul point untuk anda memenangi hadiah yang menarik tersebut. Ada juga kupon untuk anda dapatkan minuman Chatime pada harga diskaun. wohoo. Ini memang best.
Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen ini dan Kapi-Tea boleh layari
http://www.chatime.com.my/kapitea/
ataupun video di
https://www.facebook.com/chatimemalaysia/videos/1181262178584424/