Sedapnya Cheese Cake dari Cat & The Fiddle
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dsalam keadaan siaht sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai salah satu  kek yang paling sedap yang ada di pasaran Malaysia sekarang.
Jika anda mengikuti saya di akaun media sosial saya yang lain pastinya anda semua telah melihat pelbagai gambar yang saya kongsikan iaitu pelbagai jenis kek yang berlainan warna dan perisa. Ramai yang tertanya-tanya kek itu datang daripada mana. Saya juga tidak kedekut untuk berkongsi dengan anda semua mengenai kek yang lazat itu. Benda baik hendaklah dikongsi bersama. Tak gitu?
Tak hanya gambaran luaran sahaja yang bagus (sampai ada yang terliur), tapi juga rasa kek ini cukup enak sekali. Wah! Setelah saya cuba kesemuanya memang tak cukup kalau makan sekali, memang kena tambah dan tambah lagi. Lupakan smeua pasal diet atau apa, sebab benda sedap sebegini tidak harus dilepaskan.
Untuk makluman semua, kek ini disediakan oleh pihak Cat & The Fiddle. Ianya merupakan satu jenama yang cukup popular di Singapura dan di bawa masuk ke Malaysia untuk dijamu buat seluruh rakyat negara ini. Mana tidaknya kalau pelbagai sambutan yang mengalakkan diterima mereka setakat ini.
Berikut saya kongsikan jenis-jenis kek yang disediakan oleh pihak mereka. Setakat entri ni ditulis, terdapat 6 perisa yang boleh dipilih oleh peminat iaitu
Over the Moon (New York Cheesecake)
Queen of Hearts (Strawberry Cheesecake)
The Modern Duke’s Pudding (Oreo Cheesecake)
The Russian Whiskers (Mango Cheesecake)
Naughty and Nice (Chocolate Cheesecake)
King Cat of the Mountain (Durian Cheesecake)
Menarik bukan? Bukan itu sahaja, buat masa sekarang, pihak Cat & The Fiddle sedang mengadakan promosi untuk rakyat Malaysia menikmati kek mereka yang enak ini. Macamana nak menikmati promosi ini? Mudah sahaja, anda perlu ke www.catandthefiddle.com.my dan masukkan kod kupon Promo16 untuk menikmati diskaun sebanyak 16%. Diskaun hanya untuk pembelian dalam talian sahaja.
Promosi berlangsung sekarang sehingga 30 November. Bukan itu sahaja, penghantaran percuma juga disediakan untuk pelanggan dalam kawasan Lembah Klang ini. Menarik bukan?
Antara lokasi yang terlibat adalah seperti berikut:
Kuala Lumpur
– Ampang/Cheras
– Bukit Bintang/Pudu/KLCC
– Bangsar/Damansara Height
– Brickfields/Old Klang Road
– Bukit Jalil/Kuchai Lama
– Chow Kit/Dang Wangi
– Kepong/Jinjang/Segambut
– Jalan Ipoh/Sentul
– Mt Kiara/Sri Hartamas
– Setapak/Wangsa Maju/Setia Wangsa
– Sg Besi/Sri Petaling
Selangor
– Ara/Kota Damansara/Bandar Utama
– Batu Caves/Gombak/Selayang
– Bangi/Kajang/Semenyih/Sg Long
– Damansara/Petaling Jaya
– Klang
– Puchong
– Sunway/Subang
– Shah Alam
Bagi yang teringin untuk mencuba sendiri kek ini bolehlah berkunjung ke Hopp Cafe di alamat berikut.:
Alamat:Â No. 10A, Nadayu 28 Dagang, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway 48250, Selangor Darul Ehsan
Contact No:03-5613 3366
Operation Hrs:11.00 am – 10.00 pm
Ianya dijual secara slice dasn berharga hanya RM11.90 untuk setiap slices yang sedap ini.
Tidak hanya terdapat di Hopp Cafe, kek Cat & The Fiddle ini juga terdapat di restoren Pappa Rich terpilih di Malaysia pada harga RM9.90 untuk setiap slice di:
1.      PappaRich Centrepoint
2.      PappaRich Permaisure
3.      PappaRich The Gardens
4.      PappaRich 3 Two Square
5.      PappaRich Ampang Avenue
6.      PappaRich Desa Aman Puri
7.      PappaRich Southgate
8.      PappaRich Taman Bukit Segar
9.      PappaRich Kota Bahru
10. Â Â PappaRich Sri Manjung
11. Â Â PappaRich Muar
Banyak pilihan bukan untuk dapatkan kek Cat & The Fiddle ini? bagi saya kek ini adalah kek keju yang antara terbaik pernah saya cuba. Jadi rugilah kalau anda tak mencuba sendiri kek yang sedap ini. Untuk maklumat lanjut bolehlah layari medium di bawah:
Facebook: Â Â Â Â Â Â Â Â Â
Cat & the Fiddle MY https://www.facebook.com/catandthefiddlemy/
Instagram: Â Â Â Â Â Â Â Â
catandthefiddlemy [#catandthefiddlemy]
https://www.instagram.com/catandthefiddlemy/
Laman Web Rasmi:
Amboi sedapnya nampak semua tu…
Memang sedap. Hasif kena cuba ni. biar tambah sikit berat badan tu..hehe
Tengok gambar pun dah boleh bayangkan betapa sedapnya kek ini. InsyaAllah nanti nak cuba satu persatu-satu kek ni.
Kena cuba bro, sebab memang sedap sesangat..
Sedap kan kek ni..tak cukup rasa2 gitu je..kena sebeli sebijik terus 😉
Memang best. Akak kena beli lagi ni..