July 21, 2024
Hal-hal Semasa

Jom ke Korea Fair 2016 di Hartamas Shopping Centre

Anyeong Haseyo!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca blog yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan mengenai festival yang mempromosikan negara Korea di Hartamas Shopping Centre.

Semua sedia maklum yang dunia sekarang sedang demam dengan pengaruh daripada Korea. Tak kiralah muzik, drama dan juga makanan. Budaya mereka tidak juga kurang hebatnya. Oleh yang demikian, mereka yakin dan percaya dengan perkongsian apa yang mereka ada kepada dunia mampu mengeratkan hubungan Korea dan dunia lain.

unnamed

Tidak melepaskan peluangu ntuk memperkenalkan negara Korea kepada Malaysia, Hartamas Shooping Centre telah menganjurkan program Korean Fair 2016 di ruang legar pasaraya mereka. Bermula pada 27 September hingga 1 Oktober, ianya dijangka menarik ramai pengunjung ke pasaraya besar tersebut.

terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang untuk para pengunjung antaranya persembahan tarian kebudayaan, pameran makanan, fashion, gaya hidup dan banyak lagi. Pastinya ia akan memberikan pengalaman yangm enarik kepada para pengunjung.

“We would like to appreciate and celebrate the cultures of other nationalities especially among the residences around the mall vicinity as they are also our esteemed customers”, kata Mr Alex Tan,  Centre Manager bagi Hartamas Shopping Centre. Hartamas Shopping Centre merupakan tempat dimana kawasan sekitarnya merupakan kawasan tempat tinggal pelbagai ekspatriat dari pelbagai negara. Jadi dengan adanya festival seperti ini dapatlah kita saling kenal mengenal antara budaya lain.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk para pengunjung antaranya tarian kebudayaan untuk acara hari pembukaan, pertunjukkan permainan ddakji pada hari kedua dan permainan tuho pada hari ketiga. Untuk hari keempat pula akan diadakan pertunjukkan membuat kimchi dan hari terakhir akan diadakan pertandingan memakan Samyang. Wah! Orang ramai juga dijemput untuk menyertai aktiviti ini.

yut

Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Tan Sri M. Kaveas.

Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari laman Facebook rasmi Hartamas Shopping Centre di www.facebook.com/hartamas.sc

Hartamas Shopping Centre @ Plaza Damas,
No. 60 Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *