Mudahnya Nak Mencari Promo Bercuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang aku kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri pada kali ini, aku ingin berkongsi dengan anda semua cara untuk memudahkan percutian anda.

Percutian adalah keperluan untuk diri kita dalam mengambil masa untuk dapatkan kekuatan mental dan fizikal balik. Zaman teknologi IT yang makin grow sekarang ni banyak tolong kita nak setelkan apa yang patut di manage. So dalam artikel ni aku nak share sikit camne nak find best KLIA Express deals kat Traveloka. Traveloka dibuat untuk senangkan korang yang suka travel untuk bercuti sebab korang boleh buat booking and payment sekali. So aku akan cerita sikit camne korang nak book and lepas tu aku cerita sket kat mana korang boleh pergi bercuti.

Ke kLIA dengan mudah menggunakan KLIA Express

Yang menariknya Traveloka punya apps selain nak book hotel atau flight korang boleh cari atau buy bus from klia2 to kl sentral tickets online dengan senang. Caranya korang pergi kat menu dan cari book KLIA transport. Dari situ korang boleh pilih destinasi korang dari mana, kemudian nak ke KLIA. Akan keluar harga dan korang boleh book.


Tempah sahaja pengangkutan anda menggunakan aplikasi Traveloka

Lepas korang buat payment through debit card atau kredit card korang akan dapat voucher yang akan dihantar ke email korang. Through voucher tu nanti korang boleh pakai untuk naik bas. Senang kan? Takyah naik teksi kalau teksi tak available and korang pun boleh elak jam and sampai cepat. Kalau korang nak naik ke KLIA2 pon boleh. Tapi voucher ni nanti korang tak boleh jual balik so make sure kalau korang beli tu nanti pakai la ye. So guys please again install tau Traveloka apps. Settle!

OK dah settle bahagian tu. Sekarang ini aku nak berkongsi dengan korang tentang tempat-tempat yang best kat negeri-negeri Cik Siti Wan Kembang. Almaklumlah aku ini anak jati negeri Kelantan, jadi keterujaan tu memang jelas untuk aku berkongsi dengan kalian semua tempat menarik di negeri aku ini.

Kota Sultan Ismail Petra ini adalah tempat tarikan pelancongan yang terkenal di negeri Kelantan. Kalau tak ke sini, tak lengkaplah perjalanan korang di Kelantan, sebabnya, kat sinilah terletaknya banyak sekali monumen-monumen yang bersejarah seperti Istana Jahar, Bank Kerapu, Bank Pitis dan Istana Balai Besar. Korang boleh berjalan kaki di sekitar kota ini untuk melawat kesemua lokasi-lokasi bersejarah kat sini. Sebaik korang masuk ke Kota Sultan Ismail Petra, korang akan disambut oleh Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra atau Menara Rehal yang menjadi lambang kemegahan ibu negeri Kelantan, Kota Bharu. Ada banyak lokasi menarik untuk dilawati di sekitar Menara ini antaranya Padang Merdeka, Istana Balai Besar dan Bank Pitis.

Lokasi lain yang patut korang satu family visit juga kalau ke kota ini adalah seperti Muzium DiRaja, Masjid Muhammadi dan Kampung Kraftangan. Masjid Muhammadi yang begitu penting di Kelantan ini telah dibina pada tahun 1867 dengan hanya menggunakan kayu-kayu yang terbaik namun diubah kepada konkrit pada tahun 1922. Masjid Muhammadi ini dapat menampung 2400 orang jemaah pada satu-satu masa. Dianggap sebagai masjid yang memainkan peranan yang sangat penting kerana kat sinilah tempat di mana ramai ulama-ulama besar Kelantan pernah mengajar seperti Haji Wan Ali Kutan, Tuan Taba dan Tok Kenali. Kerana kemahsyuran masjid ini sebagai tempat penyebaran ilmu agama di Nusantara, Kelantan mula terkenal sebagai Serambi Mekah.

Muzium Islam yang berbentuk seperti masjid ini terletak di ibu negeri Kelantan, Kota Bharu, muzium ini juga berdekatan dengan lokasi bersejarah iaitu Bank Kerapu. Korang boleh membawa anak-anak ke sini untuk mempelajari lebih banyak lagi tentang asal-usul agama Islam di tanah Kelantan. Ada banyak dokumen-dokumen dan artifak-artifak  yang bersejarah yang menjadi bukti pengaruh agama Islam sehinggakan  Kelantan mendapat gelaran sebagai Serambi Mekah.

Di muzium ini korang dapat tengok pameran tentang tokoh-tokoh agama Islam, mufti-mufti negeri ini, seni-seni Islam dan lain-lain lagi. Ada pelbagai aktiviti budaya yang dipamerkan di Gelanggang Seni ini seperti wayang kulit, pembuatan wau, silat, permainan gasing, Rebana dan lain-lain lagi. Apalah gunanya kalau datang bercuti ke Kelantan tanpa tengok sendiri kekayaan budaya tradisional Kelantan ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi tentang info aktiviti yang dijalankan di Gelanggang Seni, korang boleh mendapatkan maklumat dari pusat pelancongan.

Antara tempet menarik yang lain di Kelantan, dengan jolokan Pantai Nami iaitu Pantai Senok

Menarik bukan? Oklah, itu sahaja dahulu untuk perkongsian tempat menarik untuk anda yang ingin mengetahui perihal hal sejarah dan warisan. Untuk tempat menarik lain seperti tempat makan dan juga tempat lepak yang cool akan saya kongsikan di lain entri.

Sehingga berjumpa lagiā€¦

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge