Nasib Baik Ada Pek Immunity Himalaya
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai produk yang saya guna sekarang.
Sedar tak sedar sudah 6 bulan kita menjalani tempoh kawalan pergerakan disebabkan oleh penularan wabak Covid 19 ini. Satu tempah yang agak lama dan dijangkakan ianya berlarutan untuk satu tempoh masa lagi. Selagi mana vaksin atau ubat untuk pandemik ini masih belum dijumpai, selagi itulah kita perlu sentiasa berwaspada.
Itu belum lagi penyakit yang dah sebati dengan masyarakat kita. Dengan keadaan sekarang yang panas membahang dan juga kering pasti memberikan dugaan dan menguji kesihatan tubuh badan kita. Selsema, demam dan juga sakit kepala itu adalah kemungkinan yang akan menjengah kalau kita tidak berjaga-jaga.
Oleh demikian, saya bertanya kepada kawan-kawan bagaimana untuk kekal terjaga dalam keadaan sekarang ini. Ada yang mencadangkan kepada saya untuk mencuba produk kesihatan dari Himalaya iaitu set imuniti. Set imuniti ini mengandungi beberapa produk terbaik Himalaya iaitu Amalaki, Koflet Lozenges 10, Septilin Tabs, Septilin Syrup dan Cold Relief Balm.
Himalaya Amalaki 60’s (AMLA C)
Baiklah untuk Amalaki ini ianya mengandungi 250mg yang diekstrak dari buah Gooseberry India. Ia kaya dengan antioksidan dan merupakan sumber makanan penting vitamin c, mineral dan asid amino. Seperti yang kita tahu, Amalaki ini membantu untuk menyuburkan tisu badan dan memproses pertumbuhan semula sel-sel dan membantu menjaga kesihatan dan fungsi sistem imunisasi yang tinggi.
Bertindak meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan, menyuburkan tisu badan dan mengalakkan pertumbuhan semula sel dan sebagai sumber antioksidan semulajadi yang sangat berkhasiat dan terkaya.
Nak makan pun mudah. Hanya consume 2 biji sehari untuk kesihatan yang lebih baik
Septilin Tablet 100’s & Septilin Syrup
Sejujurnya ini adalah salah satu produk yang aku paling suka. Kenapa? Sebab memang diperlukan saat badan rasa tak sedap. Kalau dulu badan tak sedap memang kena telan paracetamol dari pelbagai syarikat yang dah well established. Namun kali ini hanya telan Septilin ini sahaja.
Septilin ini mempunyai 2 jenis iaitu dalam bentuk tablet dan cecair. Jadi kalau yang jenis susah nak telan cecair tu bolehlah telan tablet.
Septilin ini sesuai untuk sesiapa yang mengalami masalah keradangan tonsil, jangkitan kulit dan tisu lembut, ulser, sakit tekak, sinusitis, batuk dan selesema. Cara mengambilannya juga sangat mudah iaitu 3 tabs untuk dewasa (dua kali sehari) dan 2 tabs untuk remaja (dua kali sehari).
Untuk septilin syrup pula pengambilannya adalah sebanyak 1 hingga 2 sudu teh (tiga kali sehari).
Koflet Lozenges 10
Baiklah yang ini merupakan produk yang wajib ada dalam beg anda. Cukup kecik dan memang convenient untuk dibawa ke mana sahaja.
Koflet Lozenges ini mempunyai ingredient seperti Trikatu, Lavanga (Clove) dan Licorice (Yashtimadhu). Amatlah sesuai untuk menghilangkan sakit tekak, tekak kering dan juga batuk.
Saya juga sentiasa menggunakan Koflet Lozenges ini sebabnya dengan keadaan cuaca yang panas ini pasti menyebabkan mulut kering dan tekak perit. Kemam sebiji alhamdulillah lega rasanya.
Cold Relief Balm
Produk ini pun kecik sahaja. Memang saya sentiasa ada dalam beg untuk pastikan ianya dalam keadaan berjaga-jaga. Sakit kepala datang ni bukan boleh jangka. Memang produk inilah solusinya. Calit sahaja di tepi dahi. Berangin dan selesa rasanya.
Lagi satu kalau selsema dan hidung tersumbat. Memang akan rasa tak selesa sangat nak bernafas. Jadi ambil sahaja balm ini dan sapu di hidung. Berangin dan terasa segar sahaja. Saya juga suka hidu balm ni. Terasa dingin dan menjadikan hidung tersumbat tadi lebih ok.
Macamana? Terbaik kan produk Himalaya yang saya kongsikan ni. Produk Himalaya ni tak perlu dibimbangi kerana ianya diperbuat daripada bahan semulajadi. Tiada side effect yang tidak elok kepada badan kita.
Jadi buat anda yang teringin untuk mendapatkan produk Himalaya sebegini bolehlah mendapatkannya di cawangan kedai Himalaya di seluruh negara.
Buat anda yang ingin mendapatkan produk ini secara dalam talian juga boleh berbuat demikian. Telan sahaja shophimalaya.my dan buat pembelian di sana.
Jadi seru saya kepada kita semua termasuk saya, bersamalah kita menjaga kesihatan kita. Ambillah makanan tambahan namun dalam masa yang sama kita amalkan penjarakan fizikal, kerap cuci tangan dan juga menggunakan hand sanitizer secara kerap.
Bersama kita jaga kita.