Nasrudin Hassan Dan Khairy Jamaluddin

Ianya merupakan jaguh anak muda dari kedua-dua pihak iaitu Nasruddin dan Khairy Jamaluddin yang dikenali sebagai KJ. Umum sudah mengetahui perihal siapakah mereka berdua ini, namun saya sentiasa mengikuti segala perkembangan kedua-duanya. Bukannya saya minat berpolitik namun sekadar tahu apa yang patut.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua para pembaca blog sekalian. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera semuanya. Blog ini sememangnya belum pernah lagi rasanya menulis pasal politik, namun kali ini tergerak sedikit hati untuk berbicra pasal ini.

Dengan pelbagai isu dan juga polemik yang muncul sekarang, arena politik Malaysia sememangnya panas. Dengan harga barangan meningkat, harga urmah meningkat, cadangan penghapusan kereta 12 tahun, dan banyak lagi isu yang dibangkitkan. Dan juga kisah Ibrahim Ali yang dipenjara sehari!

Namun disebalik kerancakan arena politik tersebut, ada dua tokoh anak muda yang saya amat sanjungi. Dari pihak PR jua pihak BN.

Ianya merupakan jaguh anak muda dari kedua-dua pihak iaitu Nasruddin dan Khairy Jamaluddin yang dikenali sebagai KJ. Umum sudah mengetahui perihal siapakah mereka berdua ini, namun saya sentiasa mengikuti segala perkembangan kedua-duanya. Bukannya saya minat brpolitik namun sekadar tahu apa yang patut.

Nasruddin Hassan merupakan bekas Ketua Pemuda PAS manakala KJ pula ialah penyadang Ketua Pemuda UMNO. Kedua-duanya merupakan kepala bagi sayap pemuda dalam parti masing-masing. 

Aku bersama Ustaz Nasarudin di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC
Aku bersama Ustaz Nasarudin di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC

[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”] Berbeza ideologi namun persahabatan tetap terjalin. [/pullquote]

Namun dalam arena politik segalanya mungkin. Tidak semua mereka bergaduh sepanjang masa. Bertikam lidah tak kira masa. Adakalanya sikat profesional itu penting sekali. Kerana mereka sentiasa menjadi sasaran serta pandangan orang sekeliling.

Ini dilihat apabila KJ menyapa Nasruddin di Twitter mengenai pelepasan jawatan Nasruddin dari kerusi Ketua Pemuda PAS Pusat. Keadaan sebeginilah yang kita mahukan dalam kepimpinan akan datang. Berbeza ideologi namun persahabatan tetap terjalin.

Nasaruddin vs Khairy

Sebenarnya saya agak ralat melihat perangai sesetengah ahli politik yang agak veteran yang mungkin agak keterlaluan. Tapi macamana nak buat, itu dah perangai mereka. Semoga ahli politik pelapis selepas ini seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa miikrkan masalah rakyat.

AKU SAYANG MALAYSIA!

AM: Tetiba plak tertulis pasal ini..

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Nasrudin Hassan Dan Khairy Jamaluddin

  • November 20, 2013 at 6:52 am
    Permalink

    semoga kedua-dua mereka dapat membimbing para pemuda ke arah yang lebih positif…betul tak?

    Reply
  • November 20, 2013 at 9:46 am
    Permalink

    Eloklah macam tu… Kenapa perlu kita bertikam lidah atau bermasam buka disebabkan perbezaan parti politik… Politik hanya sebagai wadah perjuangan sesebuah parti, tetapi sebagai manusia kita tetap sama di sisi Allah S.W.T…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *