October 5, 2024
Hal-hal Semasa

#NestleWWD World Walking Day 2012, Taman Gelora Kuantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Apa khabar anda semua hari ini? Semuoga semuanya sehat-sehat belaka. Baiklah, hari ini saya ingin menceritakan berkenaan program World Walking Day yang diadakan pada 28 Oktober lepas.

Untuk pengetahuan semuaj juga WWD ini jugak didakan di beberapa lokasi lain di Malaysia selain Kuantan, antaranya Putrajaya, Ipoh, Kuching, Kota Kinabalu dan beberapa tempat lain lagi. Saya berpeluang untuk bersama di Kuantan yang diadakan di Taman Gelora.

Ayuh semua kita tengok gambar dahulu.

Senamrobik dulu awal-awal untuk memanaskan badan sebelum larian
Lautan manusia yang bersama-sama memanaskan badan

Selesai aktiviti berjalan kaki sejauh lebih kurang 3.4 kilometer, kami disajikan dengan sarapan berkhasiat oleh pihak Nestle. Memang sedap dan menyelerakan.

Bubur Maggi. Sedap sangat. 4 mangkuk saya makan. Berselera betul
Pelbagai lapisan umur beratur untuk mendapatkan Koko Crunch percuma
Air Milo! Sedappp.. Memang menyelerakan..

Dihiburkan juga oleh persembahan dari Akademi Muzik Belia Pahang. Beberapa buah lagu dipersembahkan oleh mereka. Memang mempersonakan.

Bergambar bersama maskot Koko Crunch

Secara keseluruhannya, aktiviti kali ini memang meriah. berjaya menarik penyertaan lebih kurang 3 ribu orang dari pelbagai lapisan masyarakat serta pelbagai kaum. Satu cara untuk mengeratkan lagi perpaduan kaum di Malaysia. Mulakan langkah pertama anda sekrang untuk mendapatkan kesihatan yang optimum. Good Food, Good Life, Good Health for everyone!

 

 

AM: Semoga dapat sertai lagi aktiviti seperti ini. Menantikan kalau-kalau ada jemputan dari pihak Nestle.. 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “#NestleWWD World Walking Day 2012, Taman Gelora Kuantan

  • waaaahhhh… sampai 4 mangkuk bro tibai.. hehehehe

    p/s: setting sket box komen ni.. tulisan kecik

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *