March 18, 2025
Food

Nikmati Bufet Ramadan di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Assalmualaikum dan salam ejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ignin kongsikan dengan anda semua mengenai bufet ramadan di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel.

Ramadan hampir menjelma sudah. Pejam celik, pejam celik kita sudah menghampiri penghulu segala bulan ini. Banyakkan amal ibadah dan bersedekah disepanjang bulan yang mulia ini.

Seperti mana lazim yang kita ketahui, banyak hotel yang terdapat di malaysia ini yang menyediakan bufet berbuka puasa. Ini termasuklah di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel.

Pada tahun ini, pihak Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel turut mengadakan bufet Ramadan dengan pelbagai sajian tradisi Melayu dan juga exciting ‘Ramadhan Chefs Out’. exciting ‘Ramadhan Chefs Out’ ini merupakan sajian hidangan makanan laut yang banyak disajikan kepada anda di atas meja.

Essence memberikan pengalaman ‘Ramadhan Chefs Out’ yang menarik dan menggembirakan, menampilkan lebih daripada 300 sajian dari masakan tradisional Melayu, kegemaran tempatan dan juga hidangan antarabangsa.

Tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan terkenal seperti Ayam Panggang Perchik Ala Kelantan Essence (Chicken Perchik), Sambal Daging Batang Pinang dengan Terung Pipit, Gulai Kawah Rusuk Lembu (Lembu Rib Stew) dan Asam Pedas Special (Ikan Asam) dan dari hidangan bufet sepanjang 120 meter.

Selain itu, terdapat juga sajian kambing bakar  dengan nasi mandi dan stesen memasak secara langsung (live cooking) yang memaparkan Ikan Bakar, Satay dengan sos kacang; semua menggunakan bahan-bahan segar yang pasti akan memenuhi selera makan anda.

Sambal tradisi Melayu
Daging bakar
Ikan bakar segar
Satay
Kuih tradisi Melayu

Tahun ini juga Essence’s “Ramadhan Chefs Out”  juga akan memberikan pengalaman yang menarik kepada anda. Sesudah azan Maghrib berkumandang, hidangan makanan laut segar akan dimasak dan disajikan terus ke meja anda. Sajian laut tersebut termasuklah ketam, udang, kerangan, sotong dan pelbagai lagi dengan sajian sos istimewa dari chef mereka.

Buat anda yang inginkan pengalaman yang menarik berbuka disini boelhalh berbuat demikian. Harga yang ditawarkan adalah RM158 nett per person namun pembelian awal pada harga RM 111 nett (dari sekarang sehingga 16 Mei 2018). The ‘Ramadhan Chefs Out’ di Essence Restaurant terdapat pada waktu makan malam dari 17 Mei sehingga 12 Jun 2018.  Kanak-kanak di bawah 9 makan secara percuma dan kanak-kanak dari 9-12 tahun boleh menikmati diskaun 50%.

Untuk tempahan bolehlah menghubujngi mana-mana medium dibawah:

Telefon: 03 2717 9933

Email to Essence.Venue@sheraton.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Nikmati Bufet Ramadan di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *