Nikmati Keindahan Panorama Dari Infinity Pool di Resorts World Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kolam tanpa sempadan, ataupun infinity pool di Resorts World Langkawi.

Semua sedia maklum bahawasanya, Resorts World Langkawi telah melalui fasa renovasi secara besar-besaran. Ini melibatkan pengubahsuaian bilik bagi memberikan keselesaan kepada semua para pengunjung yang berkunjung ke sana.

Tidak hanya dengan itu, pihak mereka sekali lagi menambah tarikan terbaharu iaitu kolam renang tanpa sempadan ataupun infinity pool ini. Ini merupakan tarikan yang terbaharu yang terdapat di sini. Sebelum ini, sudah ada kolam renang yang lain, namun tambahan ini untuk memberikan pengalaman yang terbaharu kepada semua pengunjung.

Sebelum ini saya telah kongsikan dengan anda semua mengenai pengubahsuaian bilik yang telah dilakukan di sini. ianya cukup selesa untuk didiami. Jujur untuk saya katakan, ianya memang kondusif dan sesuai untuk percutian bersama keluarga.

Untuk bacaan lanjut mengenai bilik di Resorts World Langkawi klik pada pautan ini.

Bilik di Resorts World Langkawi

Infinity Pool

Baiklah jom kita bercakap mengenai infinity pool ini. Ianya telah dibuka secara rasmi bermula 10 Februari 2018 yang lalu. Dibina dengan berkeluasan 28.5m panjang dan 7.1m lebar. berkedalaman 1.2m. Kolam ini menghadap lautan Andaman yang sememangnya saujana mata memandang. Ianya juga menarik perhatian tatkala malam bulan mengambang. Cukup indah untuk bergambar dengan segala elemen yang terkandung di sana.

Can you see the moon?

Saya juga tidak berkecuali. Dengan bot kecil nelayan, dan kapal persiaran mewah yang diparkir menjadikan suasana cukup menakjubkan. Betulah kata Dato Edward Holloway, suasana sebegini sememangnya hanya ada di Langkawi. Lebih tepat lagi di Resorts World Langkawi ini.

Sambil mandi manda- anda juga boleh mengadakan majlis di tepi kolam ini. ianya cukup kondusif untuk mengadakan aparti sebegini. Dengan penat berenang, anda dapat mengisi tenaga lagi dan lagi. Cukup mempesonakan.

Sambil menikmati minuman yang disediakan

Untuk makluman semua, kolam ini dibuka dari 8 pagi hingga 8 malam. ianya boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja penghuni hotel ini. Dengan diisi air masin garam pastinya lebih selamat kepada kulit kita.

Jadi buat anda yang berkunjung ke Pulau Langkawi, jangan lupa untuk jadikan Resorts World Langkawi sebagai tempat penginapan anda. ini kerana bukan sahaja kemudahan yang cukup, namun suasana yang menarik yang sememangnya menjadi tambah nilai dalam percutian anda.

Di Resorts World Langkawi juga terdapat ruangan spa yang boleh dikunjugi pada harga yang cukup berpatutan. Untuk maklumat lanjut berkaitan spa bolehlah membaca dipautan ini.

Untuk sebarang tempahan di Resorts World Langkawi, bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:

Alamat: Tanjung Malai, 07000 Langkawi, Kedah

Reservation Enquiries :

customercare@rwgenting.com

Comments and Feedback :

rwl@rwlangkawi.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

19 thoughts on “Nikmati Keindahan Panorama Dari Infinity Pool di Resorts World Langkawi

  • April 20, 2018 at 11:30 am
    Permalink

    Syoknya dapat mandi dekat infinity pool tu sambil menyaksikan view lautan Andaman yang sangat indah. Lagi-lagi kalau buat majlis tepi kolam ni. Confirm nampak eksklusif dan mewah. Nak survey lah harga dekat sini nanti.

    Reply
  • April 20, 2018 at 12:56 pm
    Permalink

    Oh gosh..akak teruja betul dengan infinity pool ni…bila la dapat menginap kat sini ni..takde ke yang nak taja sempena birthday ke kan..hahaha..apapun yang penting ketenangan dan pengalaman yang kita lalui kan..akak yakin Amir betul2 menikmati keindahan di RWL…

    Reply
  • April 20, 2018 at 1:10 pm
    Permalink

    Dah lama plan nak cuba infinity pool ni menarik betul kalau tangkap gambar.boleh la plan next trip ke sini

    Reply
  • April 20, 2018 at 1:27 pm
    Permalink

    I really miss Langkawi, one of the best gateway in Malaysia. I’ve not stayed at Resort World Langkawi before will give it a try next round cause the infinity pool caught my eye.

    Reply
  • April 20, 2018 at 1:40 pm
    Permalink

    Wehhhhh bestnyaaaa! Kalau layan sunset sambil berendam pun puas hati yg amat sgt. Infinty pool dan nak ruoa duk tengah laut haaaa… haha…

    Reply
  • April 20, 2018 at 2:13 pm
    Permalink

    Oh baru buka Februari ya. Bestnya. Kalau pi Langkawi, memang masuk list lah infinity pool ni.. kalau dapat luangkan dua tiga hari kat sini, alangkah seronoknya. Lupakan sebentar kekusutan fikiran 🙂

    Reply
  • April 20, 2018 at 3:47 pm
    Permalink

    Layan sunset, sambil mata jeling kt kapal layar mewah, sambil minum air fresh orange, sambil menikmati hembusan angin sepoi-sepoi bahasa..fuhh, nikmat apa lagi yang perlu didustakan

    Reply
  • April 20, 2018 at 5:25 pm
    Permalink

    Wahhhhh indahnya ye pemandangan dari infinity pool resort ini. Suka lah ! Rasa mcm sekarang nak jugak ke sana.

    Reply
  • April 20, 2018 at 5:27 pm
    Permalink

    Selalu juga dengar pasal resort ni. Memang mewah dan menarik betul! Teringin rasanya ke sini juga suatu hari nanti. Nampak best betul untuk staycation!

    Reply
  • April 20, 2018 at 5:47 pm
    Permalink

    syoknye berendam kt infinity pool sambil tgk view sunset tu…ni dlu porto malai langkawi ek…dh tukar nama ye…sbb tgk view macam sama..tp dlu pegi tk prasan plak ada infinity pool ni

    Reply
  • April 20, 2018 at 5:59 pm
    Permalink

    This is really a great place to stay in and almost my every trip to Langkawi, for sure I will stay there. Looking forward my this year to there… I miss the pool and seafood there. Hahaha

    Reply
  • April 20, 2018 at 8:35 pm
    Permalink

    Amboi bamir santai sangat tu. Sukalah tempat ni tenang ajer. Esp blh tengok sunset yg mana sgt menenangkan gituuu

    Reply
  • April 20, 2018 at 11:37 pm
    Permalink

    Lama dah TB tak pi Langkawi.. agaknya dah 8 tahun lepas rasanya tak pi langkawi.. kalau pi sana suka borong coklat.. hee.. tempat makan kat sana TB tak pandai sangat.. tapi bila baca entri ni boleh la pi makan kat Resorts World Langkawi ni kalau pi sana lagi

    Reply
  • April 21, 2018 at 12:23 am
    Permalink

    you just gave me a place to stay during my next visit to langkawi…thank you! I was finding like locations and activities to do in langkawi…and your post just came in right on time…

    Reply
  • April 21, 2018 at 6:09 am
    Permalink

    Penat kerja seharian boleh rehat dan bercuti di sini mandi infinity pool. Kedalaman 1.2 meter ye. Erm infinity pool untuk kanak kanak tak de ke? Mana tahu nak bercuti ke Langkawi nak check in kat sini.

    Reply
  • April 21, 2018 at 9:39 am
    Permalink

    Bab 2 be rendam memang seronok Tambah seronok lagi tengok permandangan yang Indah. Boleh tenang jiwa dan fikiran.

    Reply
  • April 21, 2018 at 9:45 am
    Permalink

    Wow.menarik tu infinity pool. Boleh tengok pemandangan cantik matahri terbenam lagi. Best. Kat langkawi ni. Mommy last g langkawi masa bujang lagi. Hehe

    Reply
  • April 21, 2018 at 11:03 pm
    Permalink

    The word infinity sound spacious and wide. The view must be nice from the pool. Seem enjoying day for you.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge