March 18, 2025
Travel

Taman Sari Royal Heritage Spa, Spa 5 Bintang di Resorts World Langkawi

rwlangkawi11

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai pengalaman ringkas ke salah satu tarikan yang ada di Resorts World Langkawi lepas.

 

Untuk makluman semua, di Resorts World Langkawi terdapat pelbagai jenis kemudahan di dalam kawasan hotel untuk dinikmati oleh para pengunjung mereka. Segala kemudahan ini disediakan untuk keselesaan para pengunjung yang menginap di sini.

Salah satu kemudahan yang ada di sini adalah perkhidmatan spa. Spa di sini adalah Taman Sari Royal Heritage Spa iaitu salah satu rangkaian spa yang berasal dari Indonesia. Untuk makluman, spa ini merupakan francais dari Indonesia yang menggunakan produk Mustika Ratu dalam perkhidmatan mereka.

rwlangkawi10

Semua sudah sedia maklum akan keberkesanan produk Mustika Ratu dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Jenama ini sudah lama menjadi buah mulut di Indonesia hatta di Malaysia juga. Spa yang menggunakan segala peralatan yang dibawa khas dari Indonesia ini menjadikan perkhidmatan spa di sini amat kondusif untuk pengunjung.

Segala peralatan dan juga bahan yang digunakan di sini adalah di bawa terus dari Indonesia. Hatta perhiasan di dalam spa ini!

rwlangkawi7

Segala pekerja di dalam spa ini adalah terlatih dan juga di datangkan khas dari Indonesia. Ianya merupakan salah satu standard yang ditetapkan oleh pihak Mustika Ratu dalam francais spa mereka.

Berikut merupakan pakej yang ditawarkan di Taman Sari Royal Heritage Spa ini.

rwlangkawi8

tangan massage

Untuk menu pakej spa yang ditawarkan pula bolehlah berkunjung ke laman web rasmi

mereka dipautan ini.

rwlangkawi9

Beruntunglah sesiapa yang menginap di Resorts World Langkawi dengan adanya kemudahan in-house spa sebegini. Harga berpatutan dan servis yang selesa.

 

Untuk tempahan bolehlah menghubungi mana-mana medium di bawah

Reservation Enquiries :

customercare@rwgenting.com

Comments and Feedback :

rwl@rwlangkawi.com

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Taman Sari Royal Heritage Spa, Spa 5 Bintang di Resorts World Langkawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *