BioGeo Trail di Kubang Badak Langkawi Menarik
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya masih lagi ingin berkongsikan pengalaman saya berada di Langkawi tempoh hari.
Untuk makluman semua, Langkawi sememangnya terkenal dengan keindahan alam semulajadinya. Walaupun keluasannya adalah lebih kurang Singapura, namun kepadatan pulau ini masih rendah dan oleh yang demikian banyak tempat di Langkawi masih terjaga akan ekosistem asalnya.
Pantainya yang bersih sememangnya menjadi tumpuan ramai, namun tahukah anda, yang anda dapat menyelusuri di kawasan paya bakau di kawasan Langkawi ini dan mempelajari tentang sejarahnya? Mesti anda masih belum mengetahui berkaitan hal ini bukan?
Dalam trip yang saya sertai tempoh hari, saya juga dibawa ke Kampung Kubang badak di Langkawi ini. Ianya adalah satu tarikan baru yang wajib anda lawati jika berkunjung ke Langkawi. Sebelum ini tumpuan yang biasa kita pergi adalah seperti kereta kabel, Beras Basah, Pekan Kuah dan pelbagai lagi, namun pastikan anda masukkan BioGeoTrail di Kubang Badak ini dalam list anda.
Mana tidaknya, terdapat pelbagai point yang akan anda lawati dalam trail ini. Dari tempat tumbuhan paya bakau sehinggalah ke gua prasejarah yang pastinya akan membuatkan anda terpegun.
Yang lebih menarik mengenai BioGeoTrail di Kubang Badak ini ialah ianya terjaga dari sebarang aktiviti yang tidak sihat dan kawasan ini masih belum tercemar. Anda dapat lihat hidupan liar, flora dan fauna yang hidup bebas di sini.
Untuk pencinta alam semulajadi bolehlah berkunjung ke sini untuk mempelajari tentang pelbagai spesis pohon bakau dan juga burung. Dikhabarkan terdapat pelbagai spesis burung helang menghuni kawasan ini.


Selain itu juga, anda akan dibawa ke tempat tinggalan warga Siam yang menghuni kawasan ini pada zaman sebelum merdeka dahulu. Di sini mereka mengusahakan perniagaan kayu arang daripada pokok bakau. Pondok dan relau pembakaran arang masih ada sehingga kini.


Diberitahu oleh guide kami, sebanyak 11 relau berjaya dijumpai setakat ini di kawasan ini. Tinggalan ini ada yang masih utuh sehingga sekarang. Selain itu juga, terdapat kesan-kesan tinggalan warga Siam di sini yang lain antaranya pinggang mangkuk, pondok serta tapak kedai terdahulu. Kawasan ini menjadi tempat perlindungan para pelaut terdahulu dari tiupan angin monson dan hujan.
Selain itu juga, anda akan di bawa ke gua batu kapur yang terdapat di sini. Ianya menghadap ke negara Siam yang lebih dikenali sebagai Thailand kini.

Menarik bukan? Untuk makluman anda juga, bilangan pelawat ke kawasan ini terhad untuk satu-satu masa. Hanya 20 trip sahaja sehari dibenarkan masuk ke kawasan ini demi menjaga kebersihan ekosistemnya. Jadi buatlah tempahan awal untuk anda berkunjung ke sini. Ianya diusahakan oleh koperasi penduduk setempat tanpa dikacau oleh kapitalis yang inginkan keuntungan semata.
Jangan lupa untuk jadikan Resorts World Langkawi sebagai destinasi pilihan anda jika berkunjung ke Langkawi.
Untuk tempahan bolehlah menghubungi mana-mana medium di bawah
Reservation Enquiries :
Comments and Feedback :
Wah cantiknya gambar gambar yang diambil
Close up ikan belacak pun ada
Alahai….
Bestnya dapat pergi Langkawi…
Misi program student akan datang nak pergi ke Langkawi lah kalau macam ni… 😉
Pingback: Resorts World Langkawi Kini Berwajah Baru dengan Pelbagai Tarikan Menarik - AMIRNAWAWI
Pingback: 9 Places to Spot Wildlife in Malaysia - Gaya Travel Magazine