Malaysia Professional Boxing Association (MBA) Diiktiraf World Boxing Council (WBC)
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Malaysia Professional Boxing Association (MBA).
Untuk makluman semua, baru-baru ini telah diadakan majlis rasmi pengumuman MBA sebagai persatuan rasmi yang bernaung di bawah World Boxing Council (WBC). Ini adalah satu-satunya persatuan di Malaysia ini yang diiktiraf penubuhannya oleh persatuan tinju dunia itu.
Tujuan penubuhan MBA ini adalah untuk menjadi platform kepada rakyat tempatan menonjolkan bakat serta kebolehan tinju mereka kepada dunia. Semua sedia maklum yang kita juga mempunyai bakat yang cukup hebat dalam arena tinju ini, namun kerana tiada platform untuk menonjolkan mereka, ianya tenggelam sebegitu sahaja.

Sebut sahaja nama besar seperti Muhammad Ali, Mike Tyson Sugar Ray Robinson malahan dari negara jiran kita Filipina iaitu Manny Pacquiao. Namun kenapakah jaguh dari negara kita tiada kedengaran nama mereka? Nah! Oleh sebab inilah MBA ini ditubuhkan. demi memartabatkan sukan tinju negara ke peringkat antarabangsa.
Berlangsung pada hari tersebut juga penyampai sijil kepada peserta seminar pengadilan tinju. Ianya diadakan selama 2 hari bagi melatih pengadil perlawanan tinju. Ianya dikendalikan oleh 3 pakar dalam bidang masing-masing. antaranya ialah pengadil lagenda Bruce McTavish.
