Resorts World Langkawi Kini Berwajah Baru dengan Pelbagai Tarikan Menarik
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Resorts World Langkawi.
Musim cuti persekolahan sudah hampir tiba, jadi semestinya ramai di antara kita yang sedang merancang untuk membawa keluarga bercuti bukan? Jadi saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang Resorts World Langkawi yang terbaru.
Resorts World Langkawi terletak dihujung Tanjung Malai iaitu di selatan Pulau Langkawi. Ianya berada betul-betul di penghujung pulau tersebut dan sememangnya permandangan cukup indah bila matahari terbit dan terbenam.
Resorts World Langkawi sebenarnya telah diubah suai dan melalui proses renovasi major. Hotel ini dahulunya dikenali sebagai Awana Porto Malai namun sekarang berwajah baru dengan nama Resorts World Langkawi. Terdapat pelbagai pilihan bilik untuk anda pilih bersesuaian dengan citarasa anda.
Dengan keadaan bilik yang kondusif, dengan hiasan dalaman yang minimal pastinya memberikan lebih suasana tenang buat anda yang berkunjung ke sini. Di sini terdapat 211 bilik termasuk yang baru direnovasi iaitu Deluxe Garden View rooms, Deluxe Seaview dan Premier Seaview room. Anda boleh memilih bilik mana yang anda mahukan sewaktu membuat tempahan.
Namun pastikan anda membuat tempahan awal suaya bilik yang anda inginkan dapat disimpan (reserve) untuk anda. Ini kerana ia berkonsepkan first come first serve. Namun kesemua bilik adalah dalam keadaan terbaik. Ada bilik yang menghadap ke taman iaitu bilik Deluxe Garden View dan untuk yang menghadap ke laut dikenali sebagai Deluxe Seaview. Untuk lebih eklusif anda boleh menmpah bilik Premier Seaview. Memang terbaik!
Kemudahan
Untuk makluman semua, di Resorts World Langkawi ini terdapat pelbagai kemudahan untuk anda nikmati. Dan ianya sememangnya eklusif untuk anda yang menginap di sini. Antaranya ialah restoren. Berada berdekatan dengan laut pastinya memberikan suasana yang tenang dan nyaman sewaktu makan sambil menghirup udara segar dari bayu laut.
Sarapan pagi disediakan untuk pengunjung yang membuat tempahan termasuk sarapan pagi. Jadi untuk menikmati makanan di sini, pastikan anda memsukkan sekali butiran sarapan dalam tempahan anda.
Selain itu juga, terdapat kolam renang untuk anda beriadah bersama keluarga. Terdapat 2 jenis kolam renang yang anda iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak. Jadi semua golongan dapat menikmati mandi di kolam renang ini. Terdapat kerusi rehat untuk anda sandarkan badan di tepi kolam renang ini. Ianya juga dilengkapi dengan life guard yang bertugas untuk keselamatan anda (walaupun air sebenarnya cetek sahaja 😛 ) .
Selain itu juga terdapat ruangan gym untuk anda gunakan di sini. Ianya dibuka dari seawal 7 pagi sehinggalah 11 malam. Terdapat juga ruangan gym terbuka di tengah laluan ke kolam renang. Bersenam sambil memandang ke arah laut. Wah! Sungguh menarik dan mendamaikan. Saya teringin nak ada gym sebegini di rumah!
Selain itu juga, di Resorts World Langkawi ini juga terdapat ruangan urutan dan spa untuk anda yang ingin melepaskan lelah seharian. Urutan khas Bali ini dibawakan khas dari Indonesia dengan menggunakan francais Mustika Ratu. Untuk bacaaan penuh mengenai Taman Sari Royal Heritage Spa ini bolehlah klik link di bawah kerana saya sudah mengulasnya lanjut di sana.
Taman Sari Royal Heritage Spa
Selain kemudahan spa, terdapat juga kemudahan lain yang berada di sini. Berada berdekatan pantai pastinya ianya sesuai untuk aktiviti air. Resorts World Langkawi ini juga terdapat private marina ataupun marina peribadi berdekatan kawasan resort. Jadi ianya cukup convenient untuk para tetamu yang hadir.
Itu sahaja dulu apa yang saya ingin kongsikan berkenaan Resorts World Langkawi ini. Buat anda yang ingin ke sana, jangan lupa juga untuk merasai sendiri mengalaman mengelilingi paya bakau sambil mengenali warisan sejarah yang ada. Maklumat lanjut bolehlah klik di link bawah kerana saya telah berkongsi tentangnya di entri tersebut.
BioGeo Trail di Kubang Badak Langkawi
Sekian sahaja dahulu untuk entri kali ini. Buat anda yang ingin berkunjung ke Langkawi, pastikan anda menginap di Resorts World Langkawi untuk pengalaman yang lebih indah.
Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi melalui medium di bawah.
03 – 2718 1118
Terbaik ni boleh rancang untuk ke sana nanti
Memang sesuai untuk cuti sekolah ni
Pingback: Lihat Keindahan Keseluruhan Langkawi Melalui Langkawi SkyCab - AMIRNAWAWI
Pingback: Makan Malam Atas Kapal Di Tengah Lautan Andaman Bersama Tropical Charters Langkawi - AMIRNAWAWI
Pingback: Nikmati Keindahan Panorama Dari Infinity Pool di Resorts World Langkawi - AMIRNAWAWI