Lihat Keindahan Keseluruhan Langkawi Melalui Langkawi SkyCab

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasih sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Langkawi SkyCab.

Jika sebut sahaja pulau yang wajib dikunjungi di Malaysia, pasti terpacul dari mulut kita semua tetang Pulau Langkawi ini. Dan jika ditanya tempat-tempat yang patut dituju jika ke Pulau Langkawi, saya pasti Langkawi SkyCab adalah salah satu tempatnya.

SkyCab ini terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi, Kedah. Kereta kabel ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur dan kehijaun pepohonan diGunung Mat Chincang ini memang menarik buat sesiapa yang memandangnya.

Panjang SkyCab ini adalah 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland. Di sin iterdapat 2 buah stesen yang bolewh anda berhenti untuk melihat panoramanya. Namun untuk lebih pengalaman yang lebih menarik, saya cadangkan untuk anda terus ke puncak atas.

Di puncak atas juga terdapat SkyBridge. Ia merupakan salah satu daya tarikan yang unik di kompleks kereta kabel Langkawi. Ia siap dibina pada tahun 2004, titian gantung yang melengkung ini dibina diatas puncak Gunung Mat Chinchang.

Dihubungkan dari stesen puncak, titian ini tergantung setinggi 82m dari tiang tunggal dan jarak dari tanah puncak adalah 100m. Titian ini unik kerana, walaupun ia tergantung tetapi ia hanya dipaut oleh tali-tali yang dinat kemas oleh sebatang tiang penahan. Ia juga melengkung dilereng puncak tanpa menjejaskan tumbuhan-tumbuhan semulajadi dibawahnya.

 

Dari atas puncak gunung ini, anda akan dapat melihat keindahan laut Andaman iaitu laut yang didiami oleh Pulau Langkawi ini. Selain menikmati udara sejuk dan merasa dinginnya hembusan bayu di atas ini.

Selain itu juga, terdapat beberapa tarikan lain di atas ini yang dapat anda nikmati seperti bergambar, membeli cenderamata, makan dan sebagainya. Ianya pasti mengamit memori anda yang berkunjung ke sini.

Berikut harga tiket untuk SkyCab Langkawi ini

Jadi buat anda yang berkunjung ke Pulau Langkawi, jangan lupa untuk datang ke sini ya.

Langkawi SkyCab
Cable Car Station, Oriental Village,
Burau Bay,
07000 Langkawi,
Kedah, MALAYSIA

T:[6]04-959 4225/1225
F:[6]04-959 1121/4121

E: info@panoramalangkawi.com

Website: http://www.panoramalangkawi.com/skycab/

Buat anda yang berkunjung ke Langkawi, jangan lupa untuk menginap di Resort World Langkawi. Dengan pelbagai kemudahan menarik yang ditawarkan untuk anda.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge